-No POV-
Seperti biasa, hari sabtu dan ahad adalah cuti umum bagi seorang pelajar menengah atau pun sekolah rendah.
Aurora menegangkan badannya sedikit dan menggosok hidungnya yang terasa sedikit gatal akibat selesma.
Pintu bilik gadis kecil molek itu di tendang kasar membuatkan matanya menjadi segar bugar.
"Weih kau tak reti nak bangun ke saeng? P masak lah. Lapar. Nak harap orang tua kita tu, yang satu dah lumpuh. Satu lagi otak tak berfungsi,"
Aurora ketap giginya geram dan hanya membiarkan sahaja Minhyuk berkata sesuka hatinya. Bagi dia, walau sejuta kata pun dilontarkan pada lelaki itu, sudah pasti tidak ada satu pun yang akan masuk dalam otak.
"Cepatlah!" Minhyuk menarik tangan Aurora kasar dan menghembus nafas kasar.
"Yah! Oppa ada tangan kan? Tak boleh guna tangan tu sendiri ke?!"
"Apa guna saya ada adik kalau tak buat apa-apa kat rumah ni?"
"Kau fikir kau tu ada buat apa-apa ke kat rumah ni? Sedangkan eomma appa pun oppa tak dapat nak jaga, ni kan lagi nak cakap saya cam tu."
"Eiii kau jangan kurang ajar! Jangan cabar kesabaran saya!"
"Suka hati lah! Ingat saya ni takda tahap sabarnya ke?! Kalau bukan sebab kau, appa takkan terlantar kat hospitallah! Sekarang ni.. Siapa nak cari duit untuk bayar kos pembedahan appa hari tu? Kau tau berjudi—"
"Diam!"
Satu kepal penumbuk dilayangkan ke wajah mulus Aurora. Tubuh kecil itu ditarik kasar hingga ke ruang tamu.
"Oppa! Apa—"
Tali pinggang mula disebat ke kaki Aurora tanpa rasa belas kasihan. Suara teriakan kesakitan Aurora di biarkan sahaja.
Tok tok tok !
Minhyuk berhenti dari terus melakukan hal kasar itu terhadap Aurora dan pegi buka pintu.
Kau ni tak layak hiduplah Minhyuk, sian adik kau buat macam tu.😪
Minhyuk memandang lelaki kaya yang berdiri di hadapannya kini.
"Cari siapa?" Soal Minhyuk sedikit dingin. Rasa marahnya terhadap Aurora masih belum terlunas.
"Han Aurora." Jawab lelaki itu turut dengan nada yang dingin. Minhyuk berdecit kecil dengan sikap rude lelaki di hadapannya.
"Adik aku takda kat rumah."
"Tch.. Tepi," dia tolak Minhyuk ke tepi dan masuk ke dalam. Aurora yang sememangnya sudah terlantar di atas lantai menahan kesakitan hanya mampu menangis dan memandang lelaki di hadapannya penuh rasa malu.
Minhyuk menarik leher baju lelaki itu dari belakang dan ingin menumbuknya tapi dengan cekap tumbukan itu dihalang dengan menggunakan satu tangan sahaja. Lelaki itu sudah tersenyum sinis dan memulas tangan lelaki itu ke belakang.
"Argh! Lepas! Lepas!" Lelaki tu tolak Minhyuk kuat hingga membuatkan lelaki itu tersungkur mencium lantai.
Dia berjalan ke arah Aurora dan memeluk tubuh wanita itu.
YOU ARE READING
| I Need You |°°
FanfictionPencapaian : #5 in fate Setelah sekian lamanya Aurora menyimpan perasaan terhadap lelaki hot meletop bernama Jeon Jungkook yang merupakan senior di Beta Highschool. Sikap Jungkook yang dingin dan tidak melayan peminat-peminat menyebabkan dia mendapa...