"Ommo! Aurora! Jungkook! Apa yang korang........buat.........ommoo my eyes! Patutlah bunyi pelik semacam... Korang buat anak rupanya.... Oppa!!"
Aku dengan cepat berdiri dan dapatkan Aeri. Cuba nak explain kepada dua pasangan sejoli itu.
"Salah faham weiih! Ae, takkan kau tak kenal saya ni macam mana kan? Saya takkan buat kerja macam tu!"
"Habistu rakus gelojoh tadi tu apa?!!"
"Jungkook tu ha yang merepek! Tak tau apa ja yang keluar dari mulut dia takat saya urut kuat kaki tu ja. Tulah penangan selalu tengok lucah." Kata aku selamba, geram dengan dia. Ni baru Aeri, kalau jiran lain dengar macam mana? Bukan ke aku kena jadi topik makcik bawang, heih.
"Yah! Sejak bila saya tengok video lucah ha?!" Jungkook berdiri dan berjalan ke arah aku.
Hoseok dah tergelak dan tepuk belakang Jungkook berulang kali.
"Weihhh sejak bila bro? Haritu kitorang ajak tengok kau tolak"
"Yah!" Wajah Jungkook merona merah. Sejujurnya aku rasa dia cute bila blushing. Susah nak tengok jantan sorang ni malu.
"Ahaahahaha gurau ja, sayang jangan percaya ya. Oppa tak macam tu," Hoseok cuit pipi Aeri dan Aeri angguk kecil aca-aca kiot gitu. Eww.
Aku kat sini dah rasa geli geleman pula tapi yalah, orang bercinta, diorang ingat bahagia ja. 😂
"Oklah oklah. Saya percaya kau. Tapi ingat! Kalau si gigi arnab ni cuba nak perkosa kau, saya orang pertama yang akan cabut gigi dia biar rompang!"
Tercetus ketawa yang aku tahan dari tadi. Weihh janganlah mention gigi arnab tu!😂😂😂😂 Aku tak kuat.
"Gigu arnab?" Jungkook blur sebentar dan mata dia membuntang bulat.
"Y—yah! Hoseok, kau tengok lah yeochin kau ni! Melebih!"
"Yaaa yaa aku hari-hari tengok dia. Kau tengok lah yeochin kau tu. Jangan suruh dia update kat status gambar dia lagi, kang ada yang lepasni cemburu lelaki kerumun si dia,"
Muka aku dah mula blushing. So nak kata yang aku ni cantik lah? Gitu? Halah halahh kenapa tak cakap dari tadii😳
"Eii dahlah. Kami pi dapur ya. Kau dengan Jungkook, duduk kat sini diam-diam. Hari ni, biar saya dengan Hoseok yang masak. Special for both of you~"
Aeri sengih dan tarik Hoseok masuk kat dapur aku. Jungkook pandang aku, aku pandang arah lain. Awkward.
"Tengok video lucah? Kau tau ke?"
"Eeyy awak janganlah mention pasal tu. Geli."
"Ohh geli? Habis tu tadi apa? Tak geli?"
"Memang betullah kan. Awak tu merepek tak habis-habis. Segala rakuslah kau cakap. Memang tengok—"
'Chup!'
Mata aku membuntang tekejut. Aku cuba tolak dia tapi dia dengan lincah genggam pergelangan tangan aku. Dia makin dalamkan lagi ciuman.
"Jangan buat saya cemburu lagi boleh tak?"
__________________
-Jungkook POV-
Makanan di hadapan aku langsung aku tak jamah. Aku silangkan tangan dan biarkan sahaja dia sorang-sorang makan.
"Kenapa tak makan?"
"Takda selera,"
"Alaa makanlah. Nanti sejuk, tak sedap dah."
YOU ARE READING
| I Need You |°°
FanfictionPencapaian : #5 in fate Setelah sekian lamanya Aurora menyimpan perasaan terhadap lelaki hot meletop bernama Jeon Jungkook yang merupakan senior di Beta Highschool. Sikap Jungkook yang dingin dan tidak melayan peminat-peminat menyebabkan dia mendapa...