9%

372 32 6
                                    

Disebabkan chat malam tu, aku rasa awkward nak jumpa Jungkook. Rasa nak tutup ja muka ni guna kotak.

Aku pandang kiri dan kanan sebelum memasuki sekolah. Hari ni aku datang lebih awal dari selalunya sebab nak elak Jungkook.

Aku berlari sekuat hati menuju ke arah kantin dan naik tangga menuju ke arah kelas aku.

'Buk!

"Arkhh!" Aku dah siap landing atas lantai dan pandang siapa yang aku langgar tu.

"Kau kenapa?"

"Mianhae Jimin sunbaenim" aku berdiri dan tunduk 90°. Dia mendekati aku sambil masukkan tangannya di dalam kocek seluar.

"Beruntunglah kau dah jadi milik Jungkook kalau tak.. Mungkin sekarang saya dah lenyek-lenyekkkan muka hodoh kau tu. Kalau tak pun. Mungkin kau bakal masuk dalam list scandle saya," Jimin bermain dengan hujung rambut aku.

Aku tepis tangan Jimin.

"Apa sunbae merepek ni!"

"Nak tak kalau... Kau jadi scandle saya?" Jimin senyum menggoda dan elus pipi aku. Spontan sahaja aku tolak tangan dia.

"Tak nak!"

"Kenapa? Kau dengan Jungkook pun bukan serious en? Alaa takat Jungkook bayar kau, saya pun boleh. Jadi scandle saya, ok? Kau ni pun cantik senanya, muka halus, best nak disentuh-sentuh~"

Tak tau kenapa tapi tangan aku automatik tampar wajah Jimin. Hati aku panas tetiba. Ingat aku ni murah ke bangang?!

"Kuang aja!!" Jimin genggam pergelangan tangan aku kuat. Wajahnya berubah dingin dan pipi aku dicengkam kuat membuatkan bibir aku termuncung ke depan.

"Lepas!!" Aku meronta ingin di lepaskan tapi Jimin makin galak kuatkan cengkaman di pipi dan tangan. Mati lah aku hari ni.

"Kau sape nak tampar saya?! Kau tu sedarlah sikit, Jungkook pun bukan suka kau! Kau tu umpama pempuan simpanan ja! Apa masalah kau nak tampar saya haa bangang?!!!" Tengking Jimin membuatkan beberapa mata pelajar yang turut datang awal ke sekolah pandang kami.

"J--jimin sunbae.. Lepas!" Dia makin kuatkan cengkaman. Air mata aku mengalir kesakitan.

"Kau jangan cabar saya Aurora. Ini baru sikit, saya boleh buat lagi teruk dari ni!"

Jimin senyum sinis dan lepaskan aku.

"Jadi scandle saya, arra?"

"Tak mau!" Aku cuba larikan diri tapi Jimin halang dan tolak aku.

"Jungkook boleh, takkan saya tak boleh?"

Jungkook boleh sebab aku pun sukakan dia! Kau tu mamat jahanam! Dahlah tak gentleman macam Jungkook aku.

Aku kesat air mata. Aihh apa lah nasib aku pepagi macam ni. Aeri pun confirm belum sampai. Siapa ja nak tolong aku *cry* .

"Tak boleh jawab? Heh. Jungkook ada pun, dia takkan tolong kau lah lembab. Dia bukan suka kau pun,"

Matanya melirik pada kereta yang baru sahaja masuk dalam perkarangan sekolah.

Jungkook.

Hati aku meronta nak lari tapi Jimin halang. Dia genggam kuat pergelangan tangan aku. Aku rasa lahkan tangan aku dah lebam.

Jungkook jalan dengan coolnya naik tangga ke arah kami. Jimin lepas cengkaman di tangan aku dan pandang aku.

"Takde siapa akan kisah kau disakiti atau tidak, jangan nak perasan sangat eh. So, amacam? Nak tak jadi scandle saya?" Jimin senyum manis dan genggam tangan aku semula.

| I Need You |°°Where stories live. Discover now