PROLOGUE

646 11 2
                                    

Faris pusing ke belakang untuk melihat jika Ana masih mengikutinya. Dia lega apabila Ana masih lagi menemaninya dengan setia dari belakang. Entah bagaimana, dia boleh berhenti di tengah-tengah jalan untuk bersua mata dengan wanita itu. Mereka saling berpandangan buat seketika waktu sehinggalah Faris tersedar dan meleraikan pandangan mereka . Dia juga malu kerana merenung wanita itu lama-lama . Nasib baiklah mereka hanya menemankan ibu ke pasar malam dan bukan hanya keluar berdua. 'Ehem',dia berdehem perlahan.

"Awak memang suka tenung orang macam nak makan kan?",ada nada gurauan di sebalik pertanyaannya.

"Bukan awak ke yang tenung saya dulu?", An-Najwa berteka-teki.

"Ouch!", Faris menumbuk perlahan dadanya yang dipurakan sakit itu seolah-olah kata-kata Ana telah menghiris hatinya.

Ana yang cemas melihat keadaan bomba kesayangannya itu terus mendekati Faris. Dia risau jika terjadi apa-apa pada lelaki itu. Tidak dapat dibayangkan perit kehilangannya. Dia tidak mahu sejarah hitam berulang kembali. Tiada kata-kata yang dikeluarkan gadis dingin itu, cuma riak wajahnya yang sangat risau dipamerkan.

Faris mendongak untuk melihat wajah Ana yang berdiri kurang 50 cm darinya. Jantungnya berdegup laju bagai nak luruh dibuatnya. Tak keruan dibuatnya. Satu saat dia memandang Ana, satu saat dia tunduk menyembah bumi. Cepat-cepat dia bangun lalu bergerak setapak ke belakang. Malu! 

Ana sedar Faris malu dengan perbuatannya tapi dia terlalu risau akan keselamatan anggota penyelamat itu. "Jom." , canggung, Faris mengajaknya berlalu pergi. 'Kalaulah hubungan kami ini ibarat pasangan barat, mahu sahaja aku genggam tangannya erat,biar lebih selamat rasanya', namun dia kuburkan dalam-dalam hasratnya itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam kedinginan pagi, aku dikejutkan dengan laungan azan yang dipasang pada telefonku. Aku menggapainya untuk menyemak info-info penting. Alangkah terkejutnya aku, bertubi-tubi panggilan ibu aku abaikan. Aku pantas memanggil semula wanita itu.

Pedih. Sakit hati ini. Mengapa? Kenapa dia? Apa salah dia?

Air mata ini tidak mudah untuk gugur dengan sendirinya melainkan ada berita yang menyayat hati. Faris, kenapa kamu?

.................................

Comment and like..

love,author.

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now