7

154 3 0
                                    

Di padang sekolah;

"Suruh pelajar buat!" Tegas Cikgu Zai mengajar pegawai bomba yang nakal itu. Dia tahu yang bomba itu hanya nak mengenakan bekas pelajarnya itu. Guru-guru lain lalu tergelak melihat reaksi terkejut Adam dimarahi. Namun Adam tak serik "Garang betul cikgu-cikgu sekolah ini!" usiknya. "Garang!!!!" Cikgu-cikgu sekalian cuma menggeleng-geleng kepala mereka melayan budak-budak ini. "Kamu kenal ke Ana?" Perhatian cikgu yang lain tertumpu padanya. "Taklah!" Lekas dia menjawab sambil mulutnya memuncung.

Ana pergi ke kantin kerana perutnya telah berkeroncong. Dia menoleh ke belakang sambil berjalan untuk menyapa anak muridnya lalu dia terlanggar seseorang dari hadapan kerana tidak perasan. Habis buku-buku yang dibawanya untuk kelas seterusnya berterbangan. Dia terus membongkok untuk mengutip buku-buku itu. Ada tangan yang turut serta membantunya dengan sepasang kaki berseluar celoreng. 'Ah, mati aku!' Selepas mengambil buku itu dari tangannya , dia cuma menunduk kecil lalu beredar. 

Faris terpinga-pinga dengan perwatakan Ana yang dingin kecewa kerana tidak dihargai bantuannya. Namun dia tahu yang guru itu sememangnya sebal kerana dikenakan berkali-kali. "Tak ada can lah", Adam mengejek. Faris cuma ketawa kecil sebelum menyakat kawannya, "salah kaulah ni." Adam terkejut terlopong dengan kenyataan Faris sebelum mengejarnya ke kantin. Walaupun disediakan makanan, mereka perlu makan di kantin  bersama cikgu lain juga .

Dalam kantin guru ;

"Hah Ana! Siap 'accident tadi'." Dia diusik guru-guru lain. "Ish, tak lah. Dia tu yang selalu mengusik saya." Pantas dijawab. "Hah, usik-usik sukalah tu." 'Ish cikgu-cikgu ni tak ada topik lain!' Sementara itu keadaan kantin guru yang tadi riuh terus senyap dan memandang ke belakangnya. Dia pun menoleh, 'aih malaikat maut dah sampai', sempat dia menjeling jejaka itu sebelum membuka bekalnya. "Hah, duduk-duduk. Abang bomba dah sampai. Bukan kamu ke yang tolong Ana tadi?" berdekah gelak cikgu lelaki. "Eh, bukan-bukan! Yang ni." Adam menunjukkan Faris. Dia cuma tersipu malu.

"Baguslah Cikgu Ana ni pun dah lama 'solo' . Bolehlah kamu kenal-kenal dengan dia." Faris cuma tertunduk malu. "Hah , boleh-boleh. Lagipun mereka dah memang kenal. Kita teruskan ajelah" pandai sungguh mulut .. dia itu. "HEH!", habis terdiam semua cikgu dengan jeritan Ana sampai tersedak cikgu veteran tadi. Geram, Ana terus membawa bekalnya keluar. Cikgu-cikgu yang mengenalinya memang tahu perangainya ,'darah muda lah tu'.

"Dia tu memang macam tu. Maklumlah cikgu disiplin! Tapi dia baik, selalu tolong cikgu-cikgu lain." Terang Cikgu Razak sambil cikgu lain mengangguk. "Dia memang pemalu, tak suka lelaki."Adam berfikir , "kalau tak suka lelaki,,,?" "Taklah dia malu, cuma buat-buat garang." Tergelak semua orang . Memang betul pun muka garangnya selalu dipamerkan depan kaum Adam sejak dari bangku sekolah lagi. "Kau pun malu kan Ris?", saja.

"Dia tu bekas pelajar sini, tu yang kami kenal. Dari dulu pon 'dingin', tapi pandai, baik malah pelajar cemerlang lagi. Ada gambar dia di poster." tambah Cikgu Aini. Tidak cukup Cikgu Aini, Cikgu Mar menambah " untunglah kalau kamu dapat dia. Rajin! Tadi pun kamu nampak bekal yang dia tak sempat makan tu kan, hari-hari dia bawa bekal!" Cikgu lain mengiakan. Sambil mengenyit mata pada Faris, Adam bertanya ," selalu dia bawa bekal apa?"..
"Selalunya lauk-pauk asam pedas, ikan,sayur, cuma dia tak gemar nasi jadi selalu bekal-bekal timur lah 'bento'." 
"Oh, yang kamu beria tanya kenapa?"sergah Cikgu Aini.
"Tak adelah ... untuk Faris", berkekek dia ketawa. Di samping itu, Cikgu Mas menokok ,"Ingat lagi waktu saya ajar dia saya cakaplah dia kan pandai boleh kerja bagus beli ajelah. Lepas tu dia protes cakap dia pandai masak dari Form 1.Kawan-kawan dia pon back up lah 'dia masak sedap'."
"Haah hari pertama dia posting saja saya mengusik dia , merasa lauk asam pedas dia tu. Bukan main takut lagi, dia tarik-tarik bekalnya. Tapi memang sedap. Kena dengan tekak Johor. Lagipun dia selalu masak untuk mak ayah dia, tu yang bawa bekal. Ingat lagi dia cakap, 'kalau tak sedap, jangan menyesal'. Sudah tu sampai ke hari ni kitaorang usik bekal dia." Sekali lagi cikgu-cikgu tergelak.  "Kau pun suka asam pedas kan, Ris?" Faris yang dari tadi khusyuk mendengar tersentak dengan soalan Adam.

...........................................

"Terima kasihlah pegawai bomba sudi datang sekolah kami. Kami pun terhibur dengan kehadiran kamu." Cikgu Zai menghantar kepulangan mereka ke pagar."Jangan terasa sangatlah dengan Ana tadi. Dia memang macam tu cuma lain kali janganlah usik dia. Sensitif tu." Faris menjeling Adam di sisi. 

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now