Faris pulang ke rumah ditemani ibunya. Dia memandikan anaknya lalu menyusukan bayi itu dengan susu formula. Baju yang disarungkan itu semua dibeli sendiri oleh Ana kerana kesibukan kerjanya, dia lupa until menemankan Ana membeli barang bayi termasuk susu formula yang dibancuh itu. Betapa dia berharap Ana dapat menyaksikan kemahirannya membancuh susu hari itu. Jika Ana ada , pasti dia sudah tersenyum melihat Faris dan berasa begitu bangga dengan suaminya itu. Faris cuba membayangkan senyuman Ana yang sedang berbaring melihatnya.
Setelah anaknya tidur, dia mencapai buku yang ditulis Ana itu. Dia tahu pasti banyak coretan suka duka yang pernah mereka tempuhi bersama dan kenangan yang sangat dihargai arwah. Perlahan-lahan dia membuka buku itu yang bermula dengan kisah pertemuan mereka kali pertama. Faris tersenyum. Ana sememangnya tidak banyak mulut dan dia hanya mengekspresikan kasih sayangnya melalui bahasa tubuh namun Faris sungguh bahagia bersamanya dan betapa dia merindukan Ana sungguh-sungguh saat ini.
Dia memandang sekilas ke arah gambar Ana bersamanya sewaktu raya yang lalu yang mana Ana nampak sunnguh bahagia, dia tersenyum sepanjang hari melihat Faris. Gambar Ana tidak lagi berseri menandakan yang dia telah pergi menghadap Ilahi. Tangannya dikuatkan untuk membaca isi hati Ana yang sangat dirinduinya.
"Hari ini aku perlu meneman ibu ke rumah kahwin anak kawannya. Sudah aku sangkakan yang ada 'malang tidak berbau' apabila aku digelar sombong oleh orang yang tidak pernah mengenaliku. Namun ada Nadhirah yang datang menceriakan hariku, aku jatuh bergolek dengannya tatkala dia ingin mengejarku. Sungguh memalukan! Lalu aku ditertawakan oleh bomba-bomba miang namun aku terpandang pada sepasang mata yang memerhati kami. Aku tak tahu macam mana aku boleh menenungnya lama tapi aku suka memandangnya. Kacak dan sengaja aku menenungnya tajam supaya dia takutkan aku. Seingat aku kalau tak silap dialah lelaki aku yang melanggar aku sewaktu mengambil cendol namun dia langsung tak menoleh dalam minta maaf. Main gelak-gelak pulak! Tapi apa yang aku paling suka dan boleh berangankan adalah matanya yang redup . Walaupun dia detenung oleh singa , dia hanya terpinga-pinga mencari salahnya. Alahai, baiknya, untunglah kekasihnya. Dia langsung tak menarik muka atau memprotes pada aku malah seperti mengaku silapnya. Comel betul. Hai cik abang, awak tak salah apa-apa tau, saya sengaja aje tenung awak sebab awak comel. Bye! Nanti isteri awak jangan tarik tudung saya tau. Saya main-main je bukannya nak goda awak pun, lagipun saya garang!" Ana menulis nakal walaupun dia tahu mukanya garang dan perkara itu amat difahami Faris bahawa isterinya tiada keyakinan yang tinggi. Faris tersenyum membaca penulisan Ana yang pertama lalu diselak ke muka surat seterusnya. 'Kenapalah Ana tak pernah memberitahunya cerita cendol itu?'
"Tak pasal-pasal aje mak ngah menyuruh aku menghantar lauk ke pak ngah, menyampah betul. Sambil aku menyanyi-nyanyi, aku membayangkan calon suami aku. Ada lah sikit-sikit muka mamat hari itu. Boleh tahan kacak lah~ Sampai aje aku dekat balai, menyesal aku berangankan dia tadi, bala pula menimpa. Bukan main miang lagi bomba sorang tu, ingatkan aku sukakan dia lah tu. Tapi kan~~~~ aku tenungg,tenungg, tenung lagi pegawai hari tu. Mula-mula aku tak perasan tapi lama-lama orang yang sama pulak. Aku apa lagi, duk tenung lah! Dia masih lagi tak marah aku. Comel betullah! Aku memang suka laki macam tu, hormat perempuan! Tapi kat belakang sapa tahu? Ish!"Faris kembang dipuji, dapat Faris bayangkan Ana sedang mengomel-ngomel dengan muka geramnya yang comel. Apabila dia menoleh ke sisi, Ana tiada di situ.
Runtun. Hatinya meruntun. Dia bingkas menunaikan solat Asar dan berdoa akan ketenangan isterinya itu. Telatah Ana yang comel tatkala marah sungguh mengusik hatinya. Dia rindukan Ana. Dia merintih kepada Allah tentang rindunya. Faris lalu membaca Al-Quran seperti yang dilazimi Ana setiap kali solat terutama sekali waktu dia mengandung, dia sangat rajin membaca Al-Quran. Ana tiada di situ tapi jiwanya ada bersama Faris. Seusai solat dia menyambung lagi membaca diari Ana. Dia ingin tahu perasaan iterinya itu. Jikalau dia tahu yang Ana sememangnya isteri dia, dia pasti sudah lama dahulu akan dia kahwini Ana.
"Entah macam mana aku boleh berjumpa dengan bomba-bomba tu lagi dan boleh pula aku terlanggar dia , orang yang aku tenung tu! Mula-mula aku dah cegar aku langgar Adam, mampuslah aku kena bahan. Nama dia 'Faris'. Faris. Sedap kan? Dah lah comel , baik pulak tu. Adam asik mengusik aku, menyampah lalu aku terjerit kat dia. Aku bukan apa, malu. Aku malu diusik-usik dari dekat padang. Punyalah terkejut waktu Faris pandang aku.Mukanya masih sama terpinga-pinga. En. Faris, En. tak salah apa-apa, salah Encik ada muka tu, sebab tu lah saya tenung, kan dah kena!" Faris dapat membayangkan Ana berbuat nakal.
"Kalau dah jodoh tak ke mana, cewah! Hari ni, aku tertolong seorang mak cik yang nampak berkenan dengan aku, syukurr~ tapi siapalah tahu yang dia ibu Faris kan. Alamak! Tapi kan~~~ Faris tolong aku tau tadi. Menipulah kalau aku tak kembang! Punyalah comel dia!Dia tahu aku tak pandai 'parking' cepat-cepat dia selamatkan aku macam 'superman' dalam baju bomba. Dia ketuk tingkap aku panggil aku "awak". Ahhhhh."Awak,,,saya tolong ea?" Terhenti jantung aku!Kami tersipu malu.. Alahai~~~ comelnya kalau aku isteri dia dan dia suami aku. Ops! Melebih pulak." 'Ya, Ana memang kita suami isteri dan abang sayang Ana.'
"Kau tahu tak yang ibu dia kawan mak aku dan aku kantoi aku pandai masak! Aku malu gila dengan Faris walaupun dia tak pandang aku, tapi.... Akhirnya aku dapat juga jumpa Nad yang aku rindu sangat.Aku tak tengok-tengok Faris walaupun aku nak cuba curi pandang tapi kalau kantoi macam mana? Dahlah ada mama, 'Arwah aku!'" Faris terkedu, dia memandang perkataan 'arwah' itu lama dan dia menahan sebak.
"Hmmmm..... Hari ni Faris menegur aku. Itu kali pertama kami bercakap dan aku sebenarnya kembang bila nampak dia, dah lah dia pakai baju melayu turqoise yang macam padan dengan baju aku. Nasib aku bukan kawan pengantin macam dia dan nasib mak aku tak perasankan baju aku. Tapi mula-mula tu aku mula cemburu, menyampah betul, rupanya adik dia..HAhaha, nampak sangat kuat cemburu, Ana! Bukan tu je yang buat aku bahagia, dia datang lagi pujuk aku. Dia suka aku ke hah? hihi. Punyalah terkejut aku tahu tu adik dia lepastu aku bagi aje kuih tu pada dia.. tapii kami kantoi kat luar . Ya ke kantoi? Aku cuma mampu bersorok di sebalik ibu tapi Faris sungguh 'gentleman'. Sanggup dia telefon mama untuk bela aku. Aku kembang tersngih-sengih, memang betullah dia 'bomba bela aku.'
'Ana, abang rindu Ana.'
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Storie d'amore"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...