"Walaupun sudah beberapa bulan berkahwin, kami masih lagi seperti pengantin baharu. Faris menjagaku penuh kasih ibarat menatang minyak yang penuh. Ada kalanya dia mendakapku seolah-olah dia tidak akan melepaskan aku. Aku tersenyum. Dua bulan belakangan ini, aku kerap mual dan tak selera makan. Aku pergi ke klinik untuk mendapat berita gembira. Tidak lama lagi merupakan hari jadi Faris, biar sahaja aku kejutkannya hari itu. Semoga benar apa yang aku harapkan ini."
"Dalam perjalananku pulang, aku terdengar lagu Untuk Kamu nyanyian Suki Low. Bait-bait lagu itu cukup menggambarkan kisah kami. Pada mula cuma mencari alasan sehingga hati Faris terluka lalu aku menerimanya sepenuh hati. Sepenuh hati. Menipu hatiku merupakan perasaan yang sangat melukakan dan ternyata betul, aku tidak sanggup kehilangannya. Aku bercadang untuk bermanja dengannya sehingga akhir nyawaku. Ana sayang abang."
"Assalammualaikum suamiku yang kacak kesayangan hati dinda. Abang , lambat -laun abang akan tahu juga tentang diari ini maka Ana berhajat untuk meneruskan penulisan Ana buat abang. Abang, hari ini Ana pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan tapi ..... Ya, Ana mengandung dan Ana sungguh bahagia dapat memberikan zuriat kepada abang. Ana harap abang sudi menerima anak ini. Sudah Ana bercadang untuk mengejutkan abang dan alangkah bahagianya Ana apabila abang sungguh suka mendengar berita ini. Abang terus mendukung Ana dan memeluk Ana erat. Ana juga tidak mahu melepaskan pelukan abang dan Ana hanya memberi sehelai kemeja putih buat abang kerana sebelum ini Ana tidak dapat menahan perasaan apabila melihat abang berkemeja-T hitam dengan seluar celoreng. Abang sungguh kacak dan Ana tidak mahu perempuan lain melihat abang begitu.
Pada saat ini, Ana hanya teringatkan momen awal selepas kita berkahwin. Ana cuma mahu menyiram pokok di luar tanpa Ana duga paip itu tiba-tiba bocor dan abang meluru keluar membantu Ana. Abang meminta Ana mengambilkan playar tapi Ana tak kenal lalu abang mencubit pipi Ana lembut. Ana hanya memerhati gaya abang yang sedang memebetulkan paip sambil tersenyum kerana abang terlalu kacak dan Ana terkesima tidak menghiraukan air yang membasahi kita. Ana sedar abang tahu yang Ana memerhati abang tapi Ana tidak boleh berhenti melihat abang lalu abang mengendong Ana ke dalam rumah menuju bilik air dan bawah pancuran air mandi hujan , abang melayan Ana penuh kasih. Ana masih tidak dapat lupa betapa kacaknya abang sewaktu abang membaiki paip itu. Aduh!
Setiap kali abang pulang dari kerja, pasti akan memeluk Ana dan bermanja dengan Ana. Ana sungguh bahagia, jika boleh Ana tidak mahu masa berlalu dan biarlah Ana kekal dalam dakapan abang. Sewaktu kereta Ana rosak lagi, abang baring di bawah kereta dengan gaya mekanik membetulkan benda yang Ana tidak faham lalu Ana mengacah abang dari luar dengan tersenyum lebar mengganggu fokus abang agar abang cepat-cepat meluangkan masa dengan Ana. Waktu itu Ana sedang memasak asam pedas kegemaran abang dan abang mengganggu Ana dari belakang. Abang, terima kasih kerana membantu Ana melakukan kerja-kerja rumah walaupun penat. Ana rindu bermanja dengan abang waktu menonton televisyen.
Ana sungguh berat hati setiap kali ingin melepaskan abang ke kerja. Abang tak lama lagi kita akan menimang cahaya mata dan ada perkara yang Ana sorokkan dari abang. Abang , abang ampunkanlah Ana kerana tidak dapat menjadi isteri yang baik pada waktu abang amat memerlukan Ana. Sel kanser dalam badan Ana terus membesar dan merebak ke seluruh badan namun Ana bersyukur bayi ini selamat kerana ubat yang abang jumpa tempoh hari itu.
Pada waktu malam Ana sering menagih kasih dan perhatian abang kerana Ana tahu waktu Ana tidak lama dan syukur abang melayan karenah Ana. Ada suatu malam Ana menangis teresak-esak namun abang cepat sahaja memujuk Ana. Ana bersyukur dapat menjadi isteri abang dan Ana minta maaf atas ketidaksempurnaan Ana. Sewaktu Ana berkelah bersama keluarga abang tempoh hari, Ana bahagia abang mengusik Ana, abang mendekat-dekatkan muka abang sehingga menyentuh dahi Ana, sungguh, Ana tidak mahu dilepaskan lalu abang membiarkan Ana berehat pada dada abang yang bidang. Ana sungguh bahagia. Dari jauh, Ana hanya memandang abang bermain-main dengan anak-anak saudara abang. Betapa bahagianya Ana jika anak kita dapat dilahirkan awal dan Ana dapat menyaksikan detik itu.Abang mengendong Ana ke laut dan memeluk Ana yang ketakutan lalu kita sama-sama main air. Abang memakaikan baju sejuk pada Ana malam itu agar Ana tidak kesejukan. Abang menyanyi karaoke lagu Teman-Lovehunters yang ditujukan pada Ana, ya , lagu itu juga menggambarkan pertemuan kita. Ana juga teringat abang menyanyi lagu 'Kurnia' yang Ana nyanyi sewaktu tersenyum pada abang tu pada hari perkahwinan kita. Ana sungguh terharu.Tahukah abang, waktu itu bayi kita menendang perut Ana.Dia juga sayang ayahnya. Abang, malam itu Ana sungguh sedih mencurigai abang , rupanya abang menonton video kita. Ana menonton video itu berkali-kali kerana terlalu sukakan pandangan abang terhadap Ana.
Kalaulah Ana tahu yang Ana akan pergi buat selamanya, mahu sahaja Ana tinggalkan semuanya dan menjadi isteri abang. Abang maafkan Ana, percayalah Ana sangat menyayangi abang sepenuh hati Ana. Sudah hampir masa, Ana akan melahirkan anak ini dan bermaksud Ana akan pergi jua. Abang, maafkanlah Ana kerana tidak menjadi isteri yang sempurna, Ana sungguh bahgia dengan abang dan Ana lah anak, isteri dan menantu yang paling beruntung dalam dunia ini sehingga Ana tidak mampu meminta lebih. Ana sungguh berharap agar Ana dapat memberi susu badan pada anak kita nanti tapi Ana tak mampu, maafkan Ana abang, maafkan ibu sayang. Abang, Ana juga teringin ingin memberikan lebih ramai zuriat kepada abang dan melahirkan anak perempuan yang diingini abang itu tapi maafkanlah Ana. Selepas ini, Ana akan pergi buat selamanya dan Ana bahagia dapat menghabiskan hari-hari terakhir Ana dengan abang,menjadi makmum dan isteri abang. Abang, Ana minta maaf. Ana tahu abang kuat dan hidup perlulah diteruskan, jika abang rasa berat untuk membesarkan anak ini, abang serahkanlah dia pada orang tua Ana dan Ana juga meninggalakan akaun bank Ana buat abang agar abang dapat menggunakannya bila perlu.
Nanti apabila abang bertemu pengganti Ana, Ana harap abang akan lebih bahagia dan harapan Ana dia dapat menerima anak kita. Abang, Ana memohon agar abang menjaga diri dan anak kita dengan baik. Apabila abang berkelapangan nanti, sedekahkanlah doa buat Ana. Sekali lagi Ana memohon agar abang menjaga diri kerana abanglah permata hidup Ana. Teruskanlah menjadi wira merah yang berani, menabur bakti pada masyarakat. Semoga anak kita akan menjadi sebaik bapanya.
Abang, maafkanlah Ana. Ana sungguh kesal dengan hakikat ini. Percayalah, sejak kali pertama Ana memandang abang, abang telah mengisi hati Ana dan lama-lama seluruh hidup Ana diberi pada abang kerana Ana terlalu mencintai abang. Abang ,,, maafkan Ana. Ana terlalu menyayangi abang. Dari saat pertama sehinggalah saat terakhir, abang mengisi ruang hati Ana, Ana sungguh bahagia.Kirimkanlah kucupan kasih pada anak kita nanti. Jika Allah mengizinkan, biarlah kita berjumpa di sana. Setakat ini sahaja penulisan Ana, semoga Allah mengizikan. Demi Allah, abanglah lelaki yang paling Ana cintai. Faris Izuan Muhd. Shah, Ana menyayangi abang. Biar ujian datang melanda , hanya Tuhan memisahkan kita, izinkan Ana pergi.Ampunkan Ana,Assalamualaikum.
Isterimu yang mencintai,
An-Najwa Fauzi. "

YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...