24

139 3 0
                                    

"Ahh, itu ubat orang mengandung, kan Ana pergi periksa hari tu." Faris mengiyakan walaupun dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.

...................

"Anaaa, kamu mengandung ke?" Cikgu Mar bertanya penuh teruja sebelum masuk ke kelas pagi itu. Ana mengiyakan dengan senyuman. "Wahh, dah berapa lama?" cikgu lain menambah.
"Dah 7 bulan, Alhamdulillah." Ana terus tersenyum. Jawapannya disambut reaksi pelik cikgu-cikgu lain yang lebih berpengalaman. "7 bulan?" mereka mahu kepastian. Ana mengangguk kecil. "Macam kecil aje perut kamu ni." mereka bertanya lagi. Ana cuma tersenyum lalu menjawab , "tak apalah boleh lah saya kurus cepat lepas bersalin".Ana mengusap-ngusap perutnya dalam perjalanannya ke kelas. 

.................

Pada hujung minggu itu, dia menyertai keluarga Faris berkelah di pantai. Dari jauh dia melihat Faris bermain-main dengan anak-anak buahnya di laut. Dia mendukung budak-budak itu dan bermain air dengan mereka. Alangkah bahagianya dia jika Faris sedang bermain dengan anak mereka dan Ana cuma dapat membayangkan gambaran itu kerana wajah anaknya tidak diketahuinya lagi. Dia menahan rasa sebak yang berkumpul di dadanya. Dia tahu dan yakin Faris akan menjadi seorang bapa yang sangat baik cuma dia tidak dapat membantu Faris bersama. Betapa bahagianya dia jika dia dapat menghabiskan hidupnya dengan Faris bersama anak-anak mereka, alangkah bahagianya dia jika dia dapat memberikan lebih ramai zuriat kepada Faris dan membesarkan mereka bersama Faris. Ana cuma mampu bermimpi di siang hari.Dia amat menyayangi Faris.

"Amboi, akak , jauh menung! Berangankan apa tu? Nak kata abang, dah dapat dah, takkanlah berangankan bayi dalam kandungan ni?" seloroh adik iparnya. Soalannya tepat mengenai bayangan Ana namun Ana sorokkannya dengan senyuman. "Manis betul senyuman akak ni, patutlah abang sayang!" Adik iparnya yang terpana dengan senyuman Ana terus hilang dari pertanyaannya tadi. 

Faris menyapa mereka dengan mendekatkan dirinya dengan Ana seperti tidak wujud adiknya di situ. 'Kacau daun betul' bisik adiknya. Sengaja didekat-dekatkan wajahnya dengan Ana untuk mengusik isterinya itu. Ana cuma menampar lembut lengan Faris sambil tersenyum, dia mengelap air pada wajah dan rambut Faris, diusapnya penuh kasih. Mata Faris tidak lekang dari memandang Ana.Faris mendekatkan lagi wajahnya sehingga dahinya bertemu dahi Ana lalu dia berbisik sambil matanya memandang mata Ana , "sayang~jom mandi sama-sama", saja diusik Ana. 

"Abang!" Ana menampar lengannya lagi sambil ketawa lalu ditariknya Ana ke dalam dakapan Faris. Adiknya yang tidak boleh melihat kemesraan pasangan itu terus berbuat-buat loya dan berlalu pergi. Faris tidak mempedulikan pandangan orang sekeliling malah semakin erat pelukannya. Ana juga tidak mempedulikan mata orang, 'hanya beberapa bulan sahaja lagi' bisiknya. Dia terbaring atas  dada Faris yang semakin bidang di bawah pohon rendang sambil membayangkan mimpinya yang tak mungkin terjadi. Faris rasa selesa mendakap Ana walaupun beratnya agak bertambah tapi dia masih ringan. Faris mula risau tapi tak nak diganggu momen romantisnya.

.................

Malam itu, Faris memanggang daging yang diperap atas pemanggang. Bukan main berpeluh dahinya namun dia sempat tersenyum mengerling Ana. Setelah siap kerjanya, dia duduk di sebelah Ana. 

"Ana, ambillah sambal tumis ni, kamu kan suka makan pedas~ macam Faris juga." Ibunya mempelawa sambil mengusik.
"Takpelah mak, sejak mengandung ni saya tak makan pedas." petah Ana beralasan.

Faris menerima mesej video yang membuatnya keluar dari dunia nyata. Dia tidak mendengar langsung perbualan ibu dan isterinya manakala mereka hanya mengerlingnya. Ibunya mengerling pinggan Ana yang cuma ada sedikit lauk. Apabila Faris berhenti ketawa, pantas dia menyoal, "Ana, kenapa sikit sangat kamu makan? Faris buat kamu makan hati ke?" tajam mulut mentuanya. Faris terpinga-pinga manakala semua mata tidak lekang darinya. Dia menoleh ke arah Ana. Walaupun dia hanya seorang menantu, ibunya tidak membezakannya. 

"Apa yang kamu suka sangat tengok telefon tu? Bukannya mak tak nampak kamu gelak-gelak tengok telefon tu." Faris terkejut, tak tahu cara hendak menerangkan. Sewaktu dia memandang Ana , Ana juga memandangnya sayu seolah-olah dia menipunya. Faris terkejut sehingga mulutnya ternganga lalu dia memandang ibunya mempersoal tuduhannya. "Mak~?" Dia nampak kesedihan terbit pada mata Ana lalu muncul rasa serba salahnya. Belum sempat dia hendak memberi telefonnya pada Ana, ibunya menyambung, "Bak sini telefon kamu!" arahnya.

Selepas ibunya menatap skrin yang terus menunjukkan aktiviti yang baru dilakukan Faris, dia menonton video yang dikirim Adam. Faris tahu yang dia tidak bersalah namun dia hanya berdiam sambil tangannya merangkul belakang Ana yang terus tertunduk. Diusapnya pipi Ana yang semakin kurus itu lalu terdengar gelak ibunya berdekah. Ibunya menutup mulut. Ana pelik lalu dia memberikan telefon itu pada Ana. "Tak apa Ana, kalau dia berani buat hal, mak remukkan balik jantung dia." usik ibunya lalu Faris tersandar ke belakang kerana takut walaupun dia segar bugar. 

Ana tersenyum melihat video itu lalu dihantarkan ke telefonnya sendiri. Dia sungguh bahagia dan bersalah meragui Faris. Video itu menunjukkan Faris sedang tersenyum memandangnya sewaktu latihan kebakaran di sekolahnya. Waktu itu juga dia meninggikan suara kepada Faris, bukannya dia sengaja dan dia hanya menafikan daya tarikan Faris padanya. Dia teringat semula bagaimana dia boleh tersenyum pada Faris secara tidak sengaja. Sekali lagi dia menonton video itu sebelum tidur. Malam itu, dia baring menghadap Faris dengan tangan Faris di pinggangnya, dia menoleh memandang Faris lalu dia menenung wajah kacak itu. Dia membelai-belai wajah Faris, serasa tidak mahu dilepaskannya. Air mata Ana gugur berjuraian lalu dia menangis teresak-esak sehingga mengejutkan Faris.

Faris yang tersedar dengan esakan Ana bangun melihat isterinya. Matanya terus dibulatkan lalu dipujuknya penuh kasih, "Sayang kenapa ni sayang?" Faris mendakap isterinya yang terus menangis itu. Ana tersedu-sedan lalu terus dia mendakap Faris seeratnya, seperti dia akan pergi esok, "Ana sayang abang", bisiknya dalam esak tangis. Faris tahu dan terus mengusap-ngusap belakangnya untuk memujuk. Dia tidak tahu kenapa setiap kali Ana meluahkan perasaannya, dia pasti menangis. Apabila Ana beransur tenang, dia mengucup dahinya perlahan.


Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now