Amboi,amboi,amboi, dengan gaya-gaya tangannya lagi dinyanyikan lagu Slam tu. Siap dengan mimik muka dan lenggok badan seolah-olah menceritakan kisah lagu itu. Lagu itulah yang menemaninya dari bangku sekolah sambil dia berangan-angan tentang putera idamannya itu.
Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Puan Ros memerhati sahaja gelagat anaknya yang berdrama itu. Geram betul! Bukannya nak berzikir. Sambil Ana bergaya depan ibunya, dia pun menjeling anaknya. Bukan makan saman. Matanya tertumpu pada kenderaan berat di sebelah kereta Ana. 'Baru selamatkan mangsa,agaknya.'
Dia cuma tersenyum memandang wira-wira itu sementalahan itu Ana pun menoleh ke kanan dengan gaya tangannya. Punyalah terkejut dibuatnya melihat trak bomba. Dah tu ada pula yang memerhatinya. Tambahan pula dengan cermin keretanya yang tidak digelapkan. Dia terus bersandar ke belakang. Dia nampak muka-muka yang dikenalinya terutama sekali Adam yang tengah ligat berfikir. 'Ish berani dia nak bahan aku? Report kang baru tahu!' acahnya.
Faris pula hanya tersenyum manis. Entah bagaimana Ana boleh menoleh semula ke arah mereka. Faris yang berada di tepi pintu jelas menghiasi pandangannya. Lama juga dia memandang Faris. Tanpa disedarinya, bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Faris juga membalas senyumannya sebelum hilang dari pandangan. Setelah menggerakkan kereta, barulah Ana tersedar. 'Aduh, apalah yang aku fikir tadi!' Dia melihat ibunya yang tersenyum penuh makna di sebelah. 'Innalillah.'
Setelah menyelamatkan mangsa kanak-kanak tersepit di rumah flat PPR, mereka pulang untuk berehat seketika sebelum menunggu panggilan seterusnya. Faris mengimamkan solat zuhur dengan khusyuk sebelum mereka berehat makan. Dia berdoa agar tidak terpesong dari landasan yang benar dan semoga Allah memberi petunjuk ke arah kebenaran.
Ana ;
"NADDDD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!",Nad mengurut-ngurut dadanya yang terkejut dengan jeritan Ana.
"Eh,engkau ni kot ya pun rindu dengan aku,bagilah salam dulu?",leternya.
"Nad, ke mana kau menghilang Nad setelah kau langgar aku depan semua orang? Siapa nak bertanggungjawab atas aku?" rancak Ana berlakon.
"Hah yelah kau nak apa ni?" malas hendak bergaduh, dia layankan sahaja drama kawannya itu. Bukannya tak kenal 'drama queen'. Kalau tak kerana assignment tahun akhirnya, dah lama dia berjimba dengan sahabat kesayangannya itu."Kau ingat kan hari tu kau langgar aku kan? .... kan kita kena gelak dengan ramai lelaki kan? diorang tu bomba tau! Lepastu, cerita aku tak berakhir dekat situ je, aku kena bahan lagi tau dengan salah sorang. Tapi yang lagi sorang tu macam 'baik' ,lepastu aku boleh tertolong mak dia sekali. lepastu aku tersenyum kat dia pulak. huaaaaaaaa! apa aku nak buat ni?" Ana berlakon sambil menarik-narik rambutnya atas katil.
"Alah, kau ni, dia tak fikir apa lah. Kau je perasan. Yang pasal senyum tu aku tak boleh tolonglah. Siapa suruh 'careless'. Ni aku serabut ni, lain kali aku call kau." Nad mematikan talian yang diletaknya dalam mood 'loud speaker'. Ana cuma mengeluh tak tahu nak mengadu nasib pada siapa lagi.
..................
"Farisss!!!!!", namanya dipanggil manja oleh Adam. Faris hanya memandang redup kawannya itu. Sudah dia tahu apa yang hendak dikatakannya tu. "Farisss!!!", sekali lagi dia memanggil manja kawannya itu. Semua pegawai bomba hanya diam menunggu 'si periang' itu bercerita. Mereka dah lali dengan sikapnya yang kuat menyakat itu lagi-lagi sejak dua-menjak ini.
"Farisss, tadi kannn, ada orang kannnn..."seboleh-bolehnya dia hendak mendapat perhatian Faris. Faris yang sudah lali hanya berlalu untuk meletakkan topinya di rak. Manakala yang lain tertunggu-tunggu cerita hangat dari Adam. Adam yang kecewa dengan Faris terus mendapatkan kawan sekerjanya yang lain walaupun dia tahu Faris boleh mendengarnya.
"Tadi kan dalam perjalanan balik, ada orang senyum kat Farisss!!" sajak dia bercerita.
"Siapaa tu?" tambah yang lain.
"Siapa lagi?" Adam berteka-teki.
"Cik Ana kita lah!!!" seloroh mereka serentak lalu ketawa terbahak-bahak.Faris hanya berdiam menyambung kerjanya. Dalam diam dia tersenyum. Hatinya berbunga dihadiahkan sebuah senyuman dari wanita itu. Reaksinya yang diperhati sejak tadi dirakam oleh Adam sekali lagi.
"Dulu main jeling-jeling , sekarang main senyum-senyum pula?" terbahak-bahak pegawai-pegawai bomba itu ketawa memecahkan kesunyian balai itu. Faris hanya tersenyum lalu menggeleng perlahan.Dia juga tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh tersenyum padanya. Adakah .... ?"Jeling-jeling kau menjeling, senyumanmu menggoda~Lama-lama dalam diam aku jatuh cinta, aku jatuh cinta~".Amboi,Adam! Dijadikannya balai itu pusat karaoke dengan lagu Ramlah Ram 'Dalam Diam Aku Jatuh Cinta' berkumandang. Bersorak-sorai pegawai-pegawai itu bertepuk tangan.
'Dup'. Ibarat betul pula lagu itu menggambarkan kisahnya.
(bayangkan Adam menggayakan lagu ni..haha}
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romansa"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...