13

146 3 0
                                    

Ana menguis-nguis penyepit kuih itu kerana tak tahu hendak memilih kuih apa. Dia bukannya hendak makan sangat kalau ikut seleranya, tapi kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia telan semua pencuci mulut itu supaya hidupnya terasa manis. Dihentak-hentak penyepit itu sampai semua mata tertumpu padanya. Peduli apa dia? Geram betul. 

Faris yang sedari tadi sudah tercegat di belakangnya hanya tersenyum melihat telatahnya itu. Dalam lamunannya, Ana pun telah siap memilih juadahnya tanpa dia sedar. Faris terus mengalihkan pandangannya yang jatuh ke lantai tadi kepada wajah Ana. Baru sahaja Ana hendak mendongak melihatnya, terus dia mula menegur. 

"Ana?" perlahan suaranya menegur sesayup angin yang berhembus pada kepetangan itu. Alangkah terkejut melihat muka Faris, Ana terus berundur selangkah ke belakang menyambut kehadirannya, kaget. Dalam hembusan nafasnya, dia mengalihkan pandangan mata ke lantai canggung mahu bersua mata dengan lelaki itu sambil menatang sepinggan kuih di tangannya. Faris yang menyedari kecanggungan Ana dengan kehadirannya terus bersuara, "Awak ,,, boleh kita cakap?" pintanya sayu dalam ketidakpastian. 

Ana hanya mengangguk kecil sambil menjuihkan bibirnya ke hadapan lalu mengikut langkah Faris ke hadapan pintu bersebelahan tangga dewan. Faris tidak tahu bagaimana hendak memulakan pertuturannya lalu dia pun menoleh ke kiri mengumpul keberanian. Tatkala dia berpusing menghadap Ana kembali, wajah gadis itu bertambah muram. Walaupun mulutnya kembali normal, namun kali ini keningnya pula dikerutkan ibarat ada masalah besar. Lagi tepat, iri hati.

"Awak ,,, awak cemburu ke tengok saya dengan perempuan tadi?" saja Faris menambah minyak dalam api menekan-nekan sebutan 'perempuan' itu. Entah dari mana dia mendapat idea nakal, dia sendiri tidak tahu. Faris mula tersenyum. Dengan pantas, Ana menggelengkan kepalanya sambil keningnya bertambah kerut. Faris mula tergelak sebelum menyambung ayatnya, "habis tu kenapa awak monyok je?",usiknya lagi. Mata Ana yang sedari tadi menatap lantai terus beralih ke arahnya. 

"Awak sibuk kenapa?", nadanya dinaikkan membuatkan Faris gerun untuk bermain lagi tapi dikumpulkan semula keberanian lelakinya lalu menyambung, "Awak tak nak tahu ke dia siapa?" sengaja dia menduga Ana. Kali ini hati Ana sudah berasap, mukanya sudah mahu meletup. Dia terus merenung tajam mata Faris dalam kemarahannya lalu dia jeling sepuasnya sebelum melangkah pergi. Faris yang hendak ketawa terus cegar dengan situasi itu , pantas mengejar Ana dan memotongnya di hadapan. Baru sahaja Ana hendak beralih ke tepi, dia pun menghalangnya. Cepat-cepat dia bersuara, "yang tadi tu sebenarnya adik saya." Kali ini tiada can dia hendak bermain sebelum wanita itu terbakar, lebih baik dia berterus-terang.

Ana terkejut dengan kenyataan Faris. Sesekali matanya melirikke kiri, selepas itu ke kanan. Sewaktu dia ingin memandang Faris, dia ternampak ibu dan anak-anak saudaranya melambai-lambai ke arahnya di pintu masuk. 'Pasti sudah siap makan.' Dia pun menghulurkan pinggan kuih itu separas tangan Faris yang berada di kocek baju Melayunya lalu Faris menyambutnya kerana terkejut. Ana cepat-cepat beredar. 

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now