9

145 5 0
                                    

"Hello, Assalamualaikum, pak ngah?" Ana menyapa pak ngahnya melalui panggilan telefon setelah habis waktu bekerja. Banyak juga pak ngahnya memanggilnya pagi itu tapi dek sebab aktiviti koko , dia tak dapat menjawab panggilan itu. Dia bercakap menerusi mode 'handsfree' tatkala matanya tertumpu pada jalan raya.

"Waalaikum salam, panjang umur kamu, Wa ."
"aa, Ada apa pak ngah telefon tadi? Wawa ada aktiviti kat sekolah." terus dia bertanya tanpa membuang masa.
"Tak adalah pak ngah ni cuma nak bertanya khabar kamu, kamu sihat ke, takda sakit hati ke?"
'Eh, orang tua ni dah kenapa?'
"Oh,sihat, Alhamdulillah!" Tuan Zul yang tau anak saudaranya itu tak suka meleceh,dia cepat menyambung, "Tak adalah pagi tadi pak ngah dengar pegawai-pegawai bomba tu bercerita pasal kamu. Dia ada kacau kamu ke?" Ana mendengus perlahan, "tak adalah , biasalah tu, lelaki kan?....tapi pak ngah janganlah marah dia pula sebab Wawa dah marah dah." pintanya.
"Alamak dah marah dah. taklah pak ngah cuma bagi amaran je. Berani dia nak kacau kamu?"
Ana ketawa kecil, "Terima Kasih, pak ngah." ceria jawabnya. "Baiklah, kalau ada apa-apa 'report' tau jangan diam aje." Talian dimatikan. 

Ana lalu menekan nama ibunya untuk berhubung. "Hello, ma?"
"Ah, hello Wa! Kau dah balik ke?"
"Haa kenapa mama call tadi?"
"Ah,ni, tolong beli sayur dengan buah kejap, dah habis."
"Ok." Ada-ada sahaja ibunya itu. Dia pun memandu menuju jalan ke Pasaraya Tesco.

Selesai dia memilih barang-barang dapur semua, dia terus ke kaunter untuk membayar. Ana yang meletakkan barang-barangnya di dalam troli menuju ke pintu masuk. Dia ternampak seorang wanita tua yang seperti hilang arah tuju. Wanita itu juga tidak membeli plastik kerana barangnya banyak. "Kenapa mak cik?"
"Oh, nak! Mak cik nak tahu macam mana nak ambil teksi."
"Oh, kalau nak ambil teksi, mak cik kena jalan jauh dari sini. Lagipun mak cik tak boleh bawa troli keluar." jelas Ana.
"Kalau macam tu boleh tak kamu tumpangkan mak cik ke tempat teksi? Barang mak cik banyak."pintanya.
"Ah,boleh!" Mereka pun berjalan menuju keretanya. 

Dalam kereta, Ana bertanya lagi, "Mak cik duduk mana?"
"Mak cik duduk Muar. Datang sini tengok anak mak cik kerja bomba! Rumah dia dekat Taman Rinting." Bomba? simpang malaikat 44. "Taman Rinting? Eh, macam dekatlah! Biar saya hantarlah."
"Oh,tak susahkan kamu ke?"
"Taklah, dekat je. Satu jalan dengan rumah saya."
"Baik betul kamu ni, dahlah cantik. Datang sorang aje beli barang?"
"haa, mak kirim."
"Wah,pandainya! Duduk dengan mak ayah ke?"
"Haa, mak cik, saja teman diorang. Diorang pun takda kawan."
"Kamu kerja apa ? Pakai baju kurung ni.." belum sempat dia meneka,
"Haa, mak cik , saya cikgu SMK Parit Nor."
"Pandai ya? Dah ada teman lelaki ke?"
"Hahaha, takda mak cik, orang tak cantik." panas hatinya.
"Eh, mana ada? Kan manis kalau kamu senyum. Anak mak cik tu pun pemalu, bolehlah kamu kenal."
"Tak apalah, takut dia tengok saya nanti. Saya rasa mestilah dia dah ada , mak cik, cuma dia malu kot!"
"Ya ke? nanti mak cik siasat!" Selamat.

Dalam pada mendengar arahan mak cik itu, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Ana membantu mak cik itu mengangkat barang-barangnya. Mak cik itu pun mempelawanya minum dahulu tapi cepat ditolaknya. "Takpelah lain kali kamu datang kamu minumlah, mana tahu jadi menantu mak cik ke?"....."Takpelah mak cik, saya gerak dulu, ya?"

Tinnnn,Tinnnn

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, sebuah kereta memarkir depan keretanya. 'mak,tolong Wawa,ma' Cepat Faris keluar melihat maknya bersama orang lain. "Eh, kamu tunggulah kejap. Inilah anak mak cik tu, Faris." langkahnya ditahan. "Kenapa ni mak?"
"Ha tadi mak tak dapat teksi. Cikgu ni lah yang tolong mak!",beria mak dia mem'promote' Ana.
"Lah, kan Ris balik tengahari , kenapa tak 'call'?"
"Telefon mak tak ada bateri."

"Hah, kamu masuklah dulu, minum-minum, boleh kenal dengan Faris."
"Mak, janganlah mak, " Faris menegah.
"Eh, tak pa tak pa mak cik. Mak saya risau tu." Panas betul cuaca hari itu.

"Kalau macam tu takpelah , lain kali mak cik yang datang rumah kamu!"

"Mak janganlah macam tu mak!" protes Faris. 
"Ish, pinangkan baru tau!" suka betul mak dia hari itu.

Ana menaikki keretanya yang di'block' oleh jiran Faris. Alamak! Dia cuba memulas sterengnya tapi tak berjaya, takut terlanggar kereta orang, naya dia. Anak-beranak yang belum masuk ke rumah itu hanya memerhati. Faris tahu dia takut untuk mengeluarkan keretanya. Faris pun mengetuk cermin tingkap kereta Ana. Apabila dibukanya, dia bertanya "Awak ...saya tolong ea?"
Faris pun mengeluarkan kereta Ana dengan mudah. Biasalah perempuan kurang mahir. "Terima kasih." Lembut sahaja Ana berterima kasih sambil tertunduk malu. Faris pun menjawab perlahan , "sama-sama", sambil tertunduk. Sementara ibunya bukan main suka menyaksikan detik itu. Setelah melihat Ana berlalu pergi, dia memeluk ibunya masuk ke rumah.

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now