"Lagipun saya malu nak cakap dekat depan, macam mana nak mengajar. Sebelum saya pergi latihan pun , saya buat solat istikharah lagipun saya memang suka kemahiran.... awak pula kenapa jadi cikgu?" Entah kenapa dia rasa selesa berbual dengan Ana hari itu, agaknya hatinya telah menerima sepenuhnya wanita itu. Ana memanjangkan lagi muncungnya.
"Saya nak jadi peguam~tapi keluarga tak izin lagipun kerja cikgu kan lagi senang." dia sedikit hampa.
"Awak mengajar subjek apa ya, Ana?" Faris menokok lagi.Ana tersengih, "Saya ajar bahasa Inggeris tapi waktu saya mula-mula kerja dulu saya ajar BM dengan Seni sebab saya boleh." Ana gembira menceritakan kisahnya."Ana ,,, macam mana awak boleh jadi pelajar cemerlang?" Faris memanjangkan lagi perbualan.
"hmmm, doa mak ayah kot... taklah, saya tukar aliran , sebab ...saya tak boleh faham ... Addmath."keluhnya.
"Bagusnya awak ambil keputusan. Saya dulu teringin nak belajar Sains tapi ... tak faham pulak."puji Faris. Setelah lama berdiam, Ana bertanya lagi dengan teragak-agak. "Result awak macam mana?" Faris menoleh memandangnya. "Saya cuma mampu dapat kredit untuk subjek Sains dan AddMath, yang lain 'A'", dia berharap Ana tidak memandang rendah terhadapnya."Ana awak rasa saya bodoh ke?" duganya.
"Tak, tak, saya rasa tugas awak bukannya mudah dan awak insan terpilih untuk kerja ni." Ana menjawab.
"Ya ke?" Faris menduga lagi walaupun dia tahu Ana layak mendapat lelaki yang lebih pandai namun dia berhasrat untuk menjadi yang terbaik untuk Ana. Ana mengangguk laju. Faris tersenyum , comel betul, 'anginnya' mungkin untuk semua orang tapi senyumannya hanya untuk orang tersayang."Ana, awak selalu dapat apa waktu Hari Guru?" tanyanya. Walaupun pelik, Ana menjawab, "bunga, pen, tudung." 'Bunga.' "Ana~ hari jadi awak bila?" Ana tersengih penuh makna , " lepas kahwin saya bagitahu." Faris pun tersenyum. Mereka sampai di hadapan rumah Ana. Berat hatinya nak meninggalkan Ana. Sebelum Ana keluar dari kereta, dia memanggil, "Ana, terima kasih untuk hari ni", senyumnya. Dari dalam kereta, Ana melihat kelibat ibunya yang tak sabar-sabar keluar rumah. Faris mengalihkan pandangan pada perkara yang merungsingkan Ana lalu dimatikan enjin keretanya. Dia keluar menyapa ibu Ana.
"Kamu kerja kan malam ni, Faris?" dia bertanya. "Tak nak masuk dulu ke?"
"Tak apa mak cik, saya pun kena bersiap." dia malu.
"Kalau macam tu, bawalah bekal yang Ana masak petang tadi."usiknya.Faris memang teringin nak merasa air tangan tunangnya itu tapi biarlah lepas kahwin. Ana membengkokkan kakinya menarik muka pada cadangan ibunya, dia takut betul, "Maaaaa!".
"Tak apa lah, bagilah Faris rasa, pergi bungkus kejap." dia mengarah. Faris yang memahaminya mencadang, "tak apalah mak cik saya memang selalu makan luar." Kesiankan Faris,Ana masih tidak berubah tapi dikuatkan juga langkahnya.
Dia keluar dengan bekas kecil lalu diberi pada Faris. "Terima Kasih," ucap Faris.
Ana memuncung lagi, maknya hanya menjelaskan, "Hari ni dia masak capcai dengan kari. Dia tak lah pandai masak sangat tapi bolehlah kamu alas perut kamu." seloroh ibunya. Ana memandang keretanya tersenyum sebelum dia hilang dari pandangan.
...................
'18 Ogos' Faris tersenyum-senyum mengingatkan pertemuannya hari itu lalu terkejut disergah Adam sehingga terjongket bahunya. Dah tak lama hari kelahiran tunangnya itu, dia berkira-kira apa hendak diberinya.
..................
'18 Ogos'. Sudah sebulan dia tak berjumpa Faris dan itulah yang terbaik buatnya. Ana pulang ke rumah disambut senyum sinis ibunya . Dia pun mengerling ke arah bunga di atas meja serta belon dengan pemberat. Ada kad ucapan di sebalik sejambak bunga itu. Dia duduk membuka kad lalu membaca ucapan itu dengan baju kurung masih tersarung.
"Assalamualaikum cinta hatiku, An-Najwa." ayat pertama sudah cukup membuatkan hatinya berbunga-bunga.
"Awak sihat kan ? :) walaupun rindukan saya? Saya minta maaf sebab lama tak jumpa awak. Saya rasa tak manis bawa anak dara orang ke hulu ke hilir dan biarlah kita menghabiskan sepanjang hayat kita bersama nanti. Awak ... tunggu saya kan? Hadiah saya tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain tapi saya cuba cari apa yang sesuai dan bunga ros terlintas di hati saya, macam anak-anak murid awak bagi. Nanti lepas kahwin, awak cakaplah apa awak nak dengan saya, hari tu pun awak tak nak bebankan saya, kan? Percayalah , pertemuan kita bulan lepas membuatkan saya sungguh bahagia.
Cikgu kesayangan Malaysia, semoga awak bahagia mengajar. Percayalah, banyak ilmu yang awak sampaikan walaupun awak rasa gagal dalam pengajaran. Saya sungguh bersyukur ditenung awak kali pertama, kalau tak mungkin saya tak jumpa lagi cinta hati saya.
Yang merindui,
Faris <3 "Ana sungguh bahagia lalu didakapnya erat-erat kad itu sebelum membuka kotak hadiahnya. 'Patung angry bird.' Mungkin Faris rasa wajah aku mirip macam ni kot. Dia membaca nota di bawah patung itu, "terima kasih selalu muncung, sebab senyuman awak untuk saya kan?-bomba kesayangan-"Saya sayang awak!!!"jerit hatinya.
.........................
Banyak lagi yang perlu diluahkan Faris tapi dia malu. Dia hanya mencoretkan isi hatinya dalam sebuah buku setiap kali dia ingin bersuara. Dia berhajat ingin memberikan bku itu kepada Ana nanti tapi tak tahulah.Entah kenapa berat hatinya untuk pergi bertugas malam itu. Dia berhajat untuk menelefon Ana tapi tak manis.
Faris meluru ke arah trak bomba setelah membawa semua peralatan. Dia sampai di tempat kejadian yang penuh sesak dengan kereta dan manusia. Dari jauh sudah berkepul-kepul asap yang membakar bangunan pentadbiran itu. Dia nampak sekumpulan manusia yang memekik-mekik dengan membawa kayu. Dia mula rasa tidak sedap hati tapi dia cuma berhasrat untuk memadamkan kebakaran. Trak bomba semakin menghampiri kawasan yang dipenuhi orang ramai itu. Orang ramai menjerit-jerit mengangkat-angkat tangan menghampiri trak. Mereka membentak-bentak. Faris turun sebagai anggota yang paling hampir dengan pintu.Laju dia menghampiri kumpulan orang ramai dengan peralatannya. Faris memberanikan diri dan dia ingat pesan Ana, dia perlu fokus.
Dia tersentak ke hadapan jatuh tertiarap atas jalan raya. Sakit namun apabila dia cuba bangun, dia direntap dari belakang oleh seorang lelaki bertubuh sasa. Faris terkapai-kapai lalu dia dihempas ke atas tar sekali lagi. Anggota bomba lain yang takut melihat kekacauan itu terus melarikan diri dengan trak apabila perusuh menghampiri mereka tanpa menyedari yang Faris ketinggalan. Faris merasakan belakang badannya mengalami hentakan namun sebelum sempat dia berdiri, dia ditendang sekuatnya oleh seseorang sehingga dia terus terbaring tidak mampu membela dirinya lagi. Dia dikelilingi wajah-wajah ganas yang menakutkan. Mereka terus memukul, menyepaknya tanpa sebab. Dia rasa sakit dan dia faham namun dia teringin ingin menerangkan niatnya. Faris terus dipijak tanpa henti oleh sekumpulan orang. Dia mengerang kesakitan namun dia ditarik berkali-kali sebelum dibelasah. Faris tidak mampu mempertahankan dirinya lagi, midanya berada dalam keadaan separa sedar. Lama-lama matanya terpejam , pandangannya kabur, 'mak, Ana'.

YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...