"Ke hadapan Ana yang abang kasihi sepenuh jiwa, abang sungguh merindukan Ana. Macam manalah abang nak tidur kalau tiada Ana di sisi tapi Adham dah ganti tempat Ana sekarang ni. Dia tidur nyenyak macam kita. Abang tahu Ana tidak dapat mendengar suara abang namun biarlah abang meluahkan isi hati abang melalui mata pena ini.
Ana, abang tidak pernah terfikir untuk mengorbankan nyawa sayang hanya untuk mendapat zuriat. Abang boleh hidup dengan Ana sahaja, begitulah cintanya abang kepada Ana tapi Ana pasti tak nak kan? Sudah abang tahu yang Ana merahsiakan sesuatu cuma abang tidak pasti. Ana, setelah membaca luahan hati Ana, barulah abang faham perasaan Ana sejak kita mula berjumpa. Sejujurnya abang juga tertarik pada Ana. Betul kata Ana jika kita tahu yang kita akan berkahwin, akan abang kejar Ana sungguh-sungguh dan tak perlu malu dengan perasaan kita tapi abang bahagia sepanjang perkahwinan kita.
Ana, sewaktu Ana menunggu abang di IJN, Ana lah punca kekuatan abang. Abang sungguh bahagia mempunyai isteri sebaik Ana. Ana tidak pernah gagal melayan abang dan abang sangat sayangkan Ana sebab tulah abang usik Ana hari-hari. Ana, abang tahu doa Ana sentiasa menemani abang, begitu juga dengan abang. "Faris Adham bin Faris Izuan" nama anak kita Ana. Sedap kan? Macam yang Ana pinta namanya bermula dengan huruf 'F' seperti nama abang dan abang sahaja tambahkan 'A' sempena nama Ana. Dia sangat comel, Ana. Dia juga memiliki rupa abang. Abang tahu dan dapat bayangkan senyuman sayang yang ibarat Matahari itu menerangi rumah kita apabila melihat Farid. Abang telah bayangkan cara Ana uruskan keluarga kita dengan penuh kasih.
Sayang, janganlah risau tentang dia. Dia akan mengenali ibunya melalui cerita abang. Berehatlah sayang dengan tenang, abang merindui sayang dan sayang telah bertarung dengan beraninya. Abang bangga dengan sayang. Tenanglah, cinta hatiku."
.................
Tiba giliran Puan Zainab membaca warkah Ana yang diberikan bersama ibunya.
"Assalamualaikum ibu mentuaku yang telah melahirkan Faris ke dunia ini.
Ana sungguh bersyukur bertemu mak dan Faris dan Ana lah menantu paling bahagia dalam dunia ini. Mak, terima kasih kerana telah banyak menjaga Ana. Ana minta maaf kerana menjadi seorang menantu yang lemah selama ini, Ana tidak mampu menjaga Faris dengan baik.
Mak, walaupun Ana tahu mak akan merisaukan Faris, Ana ingin meminta juga agar mak memintanya mencari teman hidup yang sempurna . Ana faham akan kerisauan mak dan Ana redha. Memang Ana hanya menumpang kasih padanya dan telah mendatangkan anak pula. Mak, walaupun Ana sudah tiada, harap mak dapat tengokkan anak kami nanti.
Akhir kata, ampunkanlah segala dosa Ana.
Yang memohon ampun,
Ana."Ibunya terus mendapatkan Faris dan memberikan surat itu. Faris sudah mengagak isi hati Ana. Dia hanya tersenyum. Ibunya sedih melihatnya begitu dan dia tidak akan memaksa Faris membuat apa-apa keputusan kerana dia juga seorang wanita. Walaupun cucunya tidak merasa kehangatan kasih ibu, dia akan mendapat seluruh kasih sayang neneknya.
..........................
Faris mebesarkan Farid dengan penuh kasih dan didikan sehinggakan budak itu membesar sungguh bijak seperti ibunya. Baru berusia dua tahun dia sudah petah berbahasa kerana selalu mendengar neneknya bercakap. Farid juga banyak membaca sehingga dia pandai menulis karangan dengan bahasa gramatis, memang dia hasil kasih sayangnya bersama Ana.Setiap kali Farid bertanya tentang gambar Ana, dia akan tersenyum.
"Ayah, itu siapa?" si montel yang kuat makan itu bertanya. Faris mujur dia tidak memilih makan.
"Itu ibu Farid, cantik kan?"soal Faris .
Farid mengangguk, "Tapi macam muka neneklah." Faris tergelak, dia tahu apabila Farid membaca surat ibunya nanti, pasti dia hiba.
"Memanglah sebab ibu kan anak nenek, ibu Farid." Farid menggaru-garu kepalanya yang tak gatal kerana pening."Ayah,kenapa ibu pergi syurga?" Farid mahu kepastian."Sebab Allah sayangkan ibu."Faris sedih.
"Kenapa Allah sayangkan ibu?".
"Sebab ibu orang baik." Farid menganguk.
"Bila ibu datang?" So kecil itu bertanya lagi.
"Kita yang kena pergi jumpa ibu sebab itu kena jadi orang baik." Jawab Faris.
"Bila nak jumpa ibu?"Farid tidak sabar.
"Bila Farid dah besar.".
"Ayah dah jumpa ibu?"
"Dah........ Sebelum ibu pergi syurga dan ....... dalam mimpi ayah."
Belum sempat Farid bertanya lagi, Faris terus menyeka air matanya dan berlalu pergi. Syurga. Ana pasti menunggunya di sana. 'Sayang,tunggu abang.' Farid hanya terpinga-pinga dan ditemani mak saudaranya.
"Kenapa ayah menangis?".
"Sebab ayah sayangkan ibu. ..... Farid sayangkan ibu tak." Mak saudaranya menduga.
"Sayang! Sebab syurga di bawah telapak kaki ibu." Mak ciknya mencubit pipi tembamnya kerana dia terlalu pandai. Bukannya dia tak perasan, budak itu selalu memandang ibu lain apabila kanak-kanak sebayanya dilayan ibu mereka. Sepertimana baiknya Ana melayan anaknya dahulu,dia juga akan menjaga Farid.
....................
"Ana, perit hidup tanpa Ana. Setiap hari abang terbayangkan wajah Ana, senyum Ana, belaian Ana. Abang rindu Ana. Tiap kali abang duduk di hadapan cermin pasti wajah Ana muncul tersenyum. Ingat take kenangan kita , Ana pasti mengelapkan rambut abang selepas mandi dan memicit-micit badan abang lepas kerja. Kini, abang belajar hidup berdikari Dan membesarkan anak kita. Ada kala dia yang memicit bahu abang dengan tangan gebunya. Dia sungguh baik Ana ,berkat doa Ana. Abang sayang Ana."
Faris hanya mampu merintih sayu di bawah pondok rumahnya sambil terkenangkan kenangan mereka. Di sawah itu lah, Ana terjerit-jerit kerana takutkan terjatuh dalam bendang. Punyalah bahagia dia mengusik Ana dan menarik-narik tangan isterinya itu.
"Aku terima nikahnya An-Najwa binti Muhammad Fauzi dengan mas kahwinnya RM 200.00 tunai."Sekali lafaz dia memiliki Ana,' Ana akan selamanya menjadi isteri abang'.
...................
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...