Faris seakan akan tidak dapat menerima takdir yang tertulis di suratan takdir. Dia mendukung bayinya yang kecil dengan penuh sayang. Sekilas pandang dia sudah tahu mirip siapa rupa anaknya itu. Anak ayah. 'Ana , bangunlah sayang. Anak kita ikut muka abang, kacak.' Dia menangis dalam senyuman yang dipurakan lalu mengucup pipi anaknya itu. Dalam ruangan bayi itu dia mengazankan anaknya dengan sedih pilu.
...............
Dia faham setiap yang hidup pasti akan pergi, sama sepertinya yang hampir bertemu ajal dahulu. Doktor memaklumkan kondisi Ana bertambah parah lalu dia dibenarkan masuk untuk bertemu Ana. Tekanan darahnya menunjukkan bacaan tidak stabil. Faris duduk di samping Ana lalu mencapai tangan isterinya dan digenggam erat. Dia mengucup tangan yang telah menjaganya lalu air mata berguguran tanpa henti.
Dalam esakannya, dia yakin Ana akan mendengarnya. "Sayang~ kalau dulu sayang kata sayang nak jadi isteri abang, abang pula tak sabar nak jaga anak kita sama-sama " Dia menangis lagi sebelum menyambung , "sayang~ tahu tak yang anak kita ikut muka abang." Ana mula menunjukkan reaksi, nadinya semakin stabil.
"Ana, cepat bangun. Nanti kalau anak kita gaduh dengan abang macam mana? Dahlah dua-dua kacak, apa abang nak buat? Ana kan teruja nak dapat anak lelaki, Ana tak nak jumpa dia ke?" Faris tidak mampu menahan perasaannya. Air matanya gugur dengan deras membasahi tangan dingin Ana.
"Ana~abang minta satu je sayang. Tolonglah bangun demi anak kita,demi abang."Faris meluahkan perasaannya dengan penuh syahdu sambil menggengam erat tangan isterinya. Ana menunjukkan reaksi positif dengan menggerakkan jarinya. Matanya mula terbuka perlahan-lahan.
..............
"Encik, doalah yang terbaik buat isteri encik. Dia sedang berlawan." Ana menjemput kehadiran Faris dengan pandangan kosong dan dia mendengar segala-gala yang diucapkan Faris tadi cuma dia tidak mampu membuka mata kerana dia terlalu sakit. Dia gembira Faris menemaninya, sekurang-kurangnya ada juga kebahagiaan di penghujung hidupnya. Air matanya gugur tanpa disedari.
Faris menyeka air mata Ana lalu mencium ubun-ubun isterinya yang kedinginan itu. Ana cuma mampu membalas sentuhan Faris dengan belaian jari jemarinya yang lemah. Dia lihat Faris terus menangis lalu dia mengusap-ngusap tangan hangat Faris untuk memujuknya. Faris membawa tangan Ana ke mukanya. Ana tersenyum.
Satu hari itu, Ana langsung tidak melelapkan mata. Dia hanya menunggu malaikat maut datang menjemput nya. Dia tahu dia tidak sempurna sebagai hamba Allah dan dia terus berzikir berdoa untuk pengakhiran yang baik. Tatkala Faris hampir pergi, dia sempat menarik lembut tangan Faris.
"Abang mandi kejap je sayang, nanti abang busuk sayang tak nak dekat pula." Ana memandang siling yang serba putih padanya. Dia sungguh takut dengan panggilan ajal lalu dia menghulurkan tanggan agar digenggam ibunya. Dia tidak mampu bersuara, lidahnya kering.
Faris membuka laci bajunya lalu ternampak sebuah buku bank dan diari lantas dibukanya satu persatu. Sebelum sempat dibacanya, dia menerima panggilan daripada ibu mengatakan Ana tenat lalu dia membawa buku itu pergi bersamanya.
Setibanya di hospital, dia dipeluk oleh mentuanya erat dalam sebak tangisan wanita itu. Dia menunggu Ana di luar ICU mundar mandir hilang akal. Apabila doktor keluar , hanya beberapa orang dibenarkan masuk Dan doktor memaklumkan kemungkinan yang terakhir.
Mata Ana terpejam rapat. Ada air matanya yang membasahi bawah matanya. Dia tahu Ana sedang bertarung melawan sakit. Tangannya yang menyentuh Ana digenggam erat oleh Ana. Pasti Ana terlalu sakit. Dia cuma mampu membelai rambut Ana dan mengucup jari jemarinya penuh kasih. "Ana, abang sayang Ana. Abang rindu Ana. Bangunlah sayang."
Tekanan darah Ana semakin turun lalu dadanya turun naik tercungap-cungap. Genggaman tangan mereka dileraikan oleh jururawat lalu topeng oksigen pada wajahnya dicabut dan doktor mengepam jantungnya melakukan percubaan terakhir. Nadinya kembali stabil namun tekanan darahnya masih rendah.
Faris mencapai tangan Ana dan tidak berhenti membisikkan kalimah zikir dalam tangisannya. Dia tahu Ana mendengar dan Ana tenang bersamanya. Denyutan nadinya semakin lemah dan suhu badannya sangat rendah. Mesin di sebelahnya berhenti menunjukkan bacaan. Faris bangun mendapatkan Ana dan berbisik, "sayang~bangun sayang!".
9.50 malam. Ana pergi meninggalkan Faris, dia pergi buat selamanya. Tangan Ana masih dalam genggamannya lalu dahinya terletak menyentuh dahi Ana. Faris mencium dahi isterinya buat kali terakhir sebelum mukanya diselimutkan. Perlahan-lahan dia melepaskan satu persatu jari Ana dari genggamannya lalu diletakkan di atas perutnya yang luka.
Ana disorong ke bilik jenazah untuk diuruskan. Faris memandikan sendiri jenazah Ana bersama ahli keluarganya. Tatkala dia memegang kapur barus, dia menangis dan memeluk tubuh kaku isterinya lalu cepat-cepat dia ditarik oleh ibunya.
..........
Faris membawa bayinya pulang sambil berkata, "Jom, kita jumpa ibu." Dia mengetuai bacaan Yasin yang disertai sahabat handai dan keluarga mereka. Rakan-rakan Ana seolah-olah tidak percaya dengan pemergian Ana. Wanita yang sedaya upaya berjumpa mereka dalam saratnya, yang selalu tersenyum dalam pucatnya, yang sentiasa mebantu dalam kesusahan mereka. Wanita yang cukup ceria apabila berjumpa rakan-rakan dan wanita yang paling bahagia di samping suaminya. Mereka sudah membayangkan Ana menjadi ibu yang cukup penyayang dan mesra dari raut wajahnya sewaktu mengandung tambahan pula dia disenangi kanak-kanak namun takdir tidak mengizinkan. Mereka juga berkira-kira yang anaknya akan menjadi sebijaknya juga nanti.
Dia menggali liang lahad dan meletakkan jenazah Ana dengan hati-hati. Hari itu akan menjadi kali terakhir dia memegang tubuh Ana.
Dia menyiram kubur Ana sambil mengendong anaknya sebelah tangan lalu dia terus menangis di sebelah kubur Ana. Bayinya turut menangis seolah-olah memahami detik pilu itu. Dia ditenangkan oleh ibunya lalu diambil jag air itu dari tangannya yang menggigil kerana menangis. Dia cuma berhasrat agar anaknya dapat menghantar pemergian ibunya buat kali yang terakhir.
Dia mengucup batu nisan Ana sebelum pergi dalam keterpaksaan hati yang pilu. "Berehatlah Ana dengan tenang, abang tunggu Ana di sana. Terima kasih buat segalanya." Betapa dia berharap dia dapat mengucapkan kasih pada isterinya itu setiap hari jika dapat diulangi masa.
Dia seolah-olah melihat bayangan Ana yang sedang berdiri di kuburnya tersenyum kepada Faris."Ana, tenanglah Ana di sana. Ana telah bertarung dengan berani. Abang sayang Ana."
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...