Dalam pada berangannya, sampai juga dia di balai bomba, nasib baik tak sampai ke awan, kalau tidak mana bomba yang nak selamatkan dia? Dia memakir keretanya tidak jauh dari trak bomba agar tidak mengganggu lalu lintas kecemasan. Ibarat rusa masuk kampung, dia pun melangkah masuk ke balai itu terpinga-pinga dengan mangkuk tingkat yang dipegangnya.
"Ya,cik, nak cari siapa?"kehadirannya disambut baik seorang pegawai bomba. Dia lalu tersenyum seraya berkata "Oh, saya nak cari Tuan Zul!"Belum sempat anggota itu menunjuk arah, rakan setugasnya bingkas bangun untuk mencelah "boleh saya tahu ada apa hajat nak cari Tuan Zul. Kalau tak ada apa-apa , penghantaran makanan tak dibenarkan, melainkan cik hantar pizza percuma, itu kami ambil" , puranya tegas sambil anggota bomba lain berkekek-kekek ketawa sambil menutup mulut mereka di meja bulat. Senyuman yang menghias wajah Ana terus pudar dari pandangan..Ish, menyampah pula aku dengan bomba ni, ingat suka sangat aku nak melayan dia?
"Kalau macam tu,biar saya..", pegawai bomba yang pertama tadi menghulur tangannya untuk mengambil bekal itu. Ana terus melarikan bekalnya ,tak percaya lagi pada bomba-bomba itu.
"Ehem-ehem", mereka dikejutkan dengan deheman Tuan Zul.
"Pak ngah," Ana menyapa pak ngahnya dengan senyum. Lekas-lekas dia berlari dari bomba-bomba itu. Pak ngahnya mengucap terima kasih padanya. Dia baru sahaj terima pesanan yang Wawa dalam perjalanan menghantarnya."Wawa balik dulu ya?",cepat sahaja dia ingin membebaskan diri dari keadaan itu. Baru beberapa langkah berjalan, pak ngahnya mengusik. "Hati-hati bawa kereta, jangan teringatkan bomba-bomba ni pula",senyum pak ngah. Ana berjalan tegak tanpa menoleh sedikit pun ke arah mereka malah dipanjangkan lagi muncungnya yang sudah ketara itu.
"Awak!"teriak bomba miang itu. Ana menoleh ke belakang sekilas memandang lantai takut-takut ada apa-apa yang tercicir. Dia memandang serius wajah anggota bomba itu. Lambat-lambat bomba itu bersuara, "Bukan awak ke yang jatuh berguling hari tu?".. HAHAHAHHAAHAH. Tidak seperti sebelumnya, anggota-anggota bomba itu terbahak-bahak ketawa ibarat nak runtuh balai itu. Ana yang sedari tadi tidak puas hati memandang satu per satu wajah anggota bomba yang suka menggelakkannya itu.
Namun lamunannya terhenti pada seraut wajah yang pernah dilihatnya sebelum ini. Seperti selalu, renungannya tajam dan menghentikan ketawa kaum Adam itu. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Mulalah dia mencari idea baharu untuk membahannya. Ana menjeling tajam mangsanya sebelum berlalu pergi. Gelak yang ditahan sedari tadi akhirnya membingitkan semula suasana balai.
Adam yang mengusiknya tadi terus ketawa sebelum dia berpusing ke belakang dan berdiri tegak ibarat patung cendana apabila diperhatikan Tuan Zul. Sekarang ini giliran dia ditertawakan bomba lain. "Padan muka kau, kenakan anak buah bos lagi. Baru padan nasib kau!"
"Ah,senyaplah kau!"Adam mula mengubah topik."Eh, Faris,dari tadi aku tengok dia asik pandang kau aje, macam nak ngap!"
"Kau ni tak serik lagi ke?", soal yang lain.
"Diamlah. Tengah cari jodoh Faris ni." Adam menokok.
"Hari tu pun dia duk tenung je kau kan. Tah tah dia dah syok dekat kau!"....HAHAHAHAAH.Berdekah gelak tawa ahli-ahli bomba itu."Eh,engkau ni! Dia tu perempuan baik, takkanlah dia nak suka kat aku." Faris beralasan.
"Aik, kalau baik tak boleh suka kau ke?.....Melepaslah dia dengan kawan aku yang handsome ni", berdesing telinga Faris menerima gurauan rakannya itu.Dia pantas menjawab "mana ada? Dia tu cuma geram dengan kau, asik mengusik dia je. Tah tah kau yang syok kat dia.", dia meneka.
Tersedak Adam dibuatnya nasib baik tak tersembur air sirapnya. "Mana ada? Aku ada aweklah", selang satu saat dia menyambung "kalau betul pun,kau jealous ke?"... HAHAHAH, "AI,Faris, belum apa-apa dah cemburu?", sambung yang lain. "Eh, engkau ni!" Faris mengangkat sikunya sebagai amaran.Ana ;
"Ahhhh,benci,benci,benci,benci!!!!" Dia menghentakkan kakinya ibarat budak kecil yang memprotes. "Siaplah kalau aku ajar anak-anak korang nanti. Aku rebus macam nak masak sup!Ih,geramnya!", dia berangan-angan sambil merenung siling bilik.Lagi 10 thun, mestilah dia akan naik pangkat. Waktu tu baru diorang tahu siapa An-Najwa. Pada masa yang sama, dia terkenangkan pegawai bomba yang ditenungnya tadi. Dia sopan, ketawa kecil, bermata redup, yang paling dikaguminya, dia tak tarik muka langsung walaupun ditenung wanita macam dia. Tapi, kat belakang, sapa tahu? Lelaki itu cuma trpinga-pinga meneka salahnya.Namun Ana cuma menjadikannya 'easy target'.
Kalau yang lain, arwahlah dia dibahannya. Dia berangan lagi tentang lelaki itu, comel,baik bukannya 'bajet', kurang ajar.. Dia mengimbas kembali ,'bukan dia ke yang aku tenung waktu tergolek tu?'..'Ahhhh,malunya!!!!'.Dia menekup wajahnya dengan bantal.

YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...