30

148 4 0
                                    

"Assalamualaikum anak ibu. Apa khabar sayang? Mesti sayang semakin comel, kan? Kalau sayang ibu rasa susah hati, bagitahu ayah tau! Jangan malu-malu, jangan takut-takut, tiada siapa boleh kacau anak ibu. Sayang ibu, ada rasa tak nak makan tak? Sayang tak boleh macam tu , sayang kena jaga kesihatan dan jaga makan, kalau tidak nanti ayah dengan ibu sedih tau, ibu tak akan tenang.

Anakku yang dikasihi, sewaktu engkau membaca surat ini, engkau pasti sudah meningkat dewasa. Maafkan ibu, sayang. Ibu gagal mencurahkan kasih sayang ibu sewaktu sayang sangat memerlukan ibu. Percayalah, ibu amat mencintaimu walaupun sebelum melihat wajahmu. Ibu terlalu kasihkan sayang dan ayah sehingga ibu tidak dapat menyertai kamu. Ibu terima kerana ibu tahu sayang akan membesar menjadi modal insan yang berguna buat negara ini sama seperti ayah dan ibu suatu ketika dahulu. Sayang~ pasti sayang berasa susah untuk memilih laluan hidup pada suatu masa. Sayang nak dengar cerita ibu tak? 

Ibu juga pernah melalui detik itu suatu masa dahulu tapi ibu ikut kemampuan ibu dan ibu berjaya sehinggalah ibu menjadi seorang pendidik dan bertemu cinta hati ibu yang ibu cukup kasih sehingga ke akhir hayat ibu, Faris Izuan Muhd Shah. Ya, ayah kamu. Kalau sayang rasa keliru juga, sayang boleh aje bertanya ayah dan ingatlah apa jua keputusan yang sayang ambil, ibu tetap menyayangimu. Jika sayang mengambil aliran Sains seperti ayah, jadilah sepertinya yang berusaha sehingga ke pangkal lengan, ibu pasti ayah banyak mengajar sayang kemahiran hidup kan? Mesti comel. 

Sayang, maafkanlah ibu. Setiap kali hari ibu menjelang atau kawan-kawan sayang disambut ibu mereka, ibu tidak dapat menjemput sayang tapi fahamlah sayang sentiasa berada dalam hati ibu. Sentiasa. Sayang, ibu harap sayang menjaga diri sebaiknya , janganlah terlibat dengan jenayah dan maksiat , tolong dengar nasihat ayah. Sayang , hormatlah semua orang di sekeliling sayang . Setiap hari dalam kandungan ibu, sewaktu sayang masih lagi kecil, ibu telah mengusap-usap sayang dari luar. Sayang ingat tak? Ibu juga selalu membaca Surah yusuf dan Luqman agar sayang bijak dan kacak seperti ayah. 

Sepanjang masa sayang berada dalam rahim ibu, ibu dapat rasa kasih sayang anak ibu yang sungguh baik. Sayang jarang menendang ibu, sayang juga ringan. Sayang, ayah sungguh menyanyangi ibu, dia juga selalu menjaga ibu dan kamu, tanpa ayah kamu , ibu tidak mampu mengharungi hidup ini. Ibu sungguh sayangkan ayah. Sungguh. Ibu tahu permintaan ibu ini melampau tapi ibu berharap sangat agar sayang dapat menjaga diri dan ayah kamu. Ibu sayang kamu. Ibu tahu nenek mesti manjakan kamu kan? Kamu jagalah hati nenek, ya. Kamu dapat melihat wajah ibu daripada wajah nenek cuma ..... lagi cantik dan kurus. 

Sayangku buah hati pengarang jantung, tolonglah jaga diri kamu. Ibu sentiasa bangga dengan kamu. Semoga kita bertemu nanti. Maafkan ibu.

Ibu yang menyayangimu sepenuh hati."

Faris tidak dapat menahan sebak lagi , dia terus menangis sekuat-kuatnya sehingga mengejutkan ibunya. Dia tidak dapat menerima pemergian Ana, dia perlukan Ana, dia rindukan Ana. Bagaimana akan dia tempuhi hidup selepas ini. Dia mendukung anaknya penuh kasih. 'Faris Adham'. Itu nama anak kita , Ana. Dia mencapai selimut yang baharu dilihatnya , bersaiz sedang seperti selimut kanak-kanak. Sudah dia tahu Ana menjahitnya untuk anak mereka. 'Ana.'

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau tenangkanlah dia di sana. Janganlah kau seksa mayat isteriku.Kau tempatkanlah dia bersama orang beriman. Kau kurniakanlah dia syurgamu, kau pertemukanlah kami di akhirat nanti. Amin, Ya Rab." Abang tunggu Ana. Faris teringatkan permintaan Ana agar dia menyambung diarinya sewaktu mereka pergi ke pasar malam, tapi dia tidak sempat. 

.......................

Puan Ros membaca surat yang dikirim Ana sebelum dia masuk ke dewan bedah.Katanya, bacalah surat itu jika terjadi apa-apa padanya. 

"Assalamualaikum mama dan papa, pertama sekali Wawa ingin meminta ampun kerana merahsiakan penyakit Wawa dari mama dan papa. Wawa sungguh teruja untuk menyambut cahaya mata tunggal ini. Wawa harap mama dan papa juga dapat menjaga anak Wawa ini jika ayahnya terlalu sibuk. Wawa minta tolong sangat agar dia tidak rasa kekurangan kasih sayang ibu. 

Mama tahu tak Wawa teringin sangat hendak menyusukan anak ini nanti tapi Wawa tak mampu. Wawa nak ikut jejak langkah mama yang menyusukan Wawa sehinggalah Wawa membesar menjadi orang yang berguna. Hubungan anak beranak kita juga sangat rapat kerana susu ibu yang mengikat kasih ibu dan anak. Wawa takut anak ini akan melupakan Wawa malah dia tidak pernah kenal pun siapa ibunya. Wawa harap mama menegur kesilapannya agar dia membesar menjadi orang berguna.

Mama halalkanlah susu ibu mama yang mengalir dalam darah Wawa sehingga ke akhir hayat. Walaupun mama suka membebel dan meminta yang bukan-bukan hari-hari,karipaplah, kuih kaswi lah,Wawa minta maaf kerana berangin dan masak tak sedap, percayalah mama ibu terbaik bagi Wawa, yang sentiasa di samping papa sewaktu suka dukanya namun Wawa terlalu lemah untuk itu. Betapa Wawa memasang angan untuk menjadi isteri sebaik mama. Wawa minta maaf kerana selalu memalukan mama di rumah orang kahwin tapi sebab itu juga Wawa berjumpa Faris yang telah membahagiakan Wawa sehingga ke hujung nyawa. Dia membuat Wawa mengenal erti cinta dan Wawa tidak pernah menyesal. 

Ma, andai kata dia telah jumpa pengganti Wawa, biarlah dia bahagia. Dia layak bahagia dan Wawa hanya datang buat sementara waktu dalam hidupnya untuk menumpang kasih, cuma mama tengok-tengokkanlah anak Wawa nanti. Wawa ada tinggalkan sedikit simpanan termasuk yang mama tabungkan dari kecil untuk mama dan papa. Beritahu kakak-kakak Wawa tu jangan rindukan Wa sangat, nanti Wawa tak boleh berehat :)

Kepada papa yang telah bersengkang mata menjaga Wawa dari bayi, betapa Wawa berharap Faris akan menjadi sebaik papa. Terima kasih papa kerana bekerja keras membesarkan kami sehingga sakit-sakit dan terpaksa menjalani pembedahan. Wawa juga berani seperti papa. Akhir kata, ampunkanlah segala dosa anakmu yang memalukan dan comel ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Sayang selalu, terima kasih untuk segalanya.

Anakmu yang merindui,
An-Najwa Fauzi."

Entah tiba-tiba Puan Ros yang juga garang seperti Ana itu terasa sebak dan merindukan air tangan anaknya. Siapa sangka yang Ana akan pergi dahulu sebelum mereka. Sudah dia mengagak ada sesuatu pada anaknya itu, cuma dia pandai berdrama seperti ibunya.

......................

Faris tidak boleh tidur malam itu. Kebiasaannya Ana akan membancuhkan kopi buatnya lalu mulalah dia mengusik Ana. Dia pergi ke dapur dan terbayang kenangan mereka di sana lalu dia pantas mencapai pena untuk menyambung diarinya. Anaknya yang sungguh baik itu jarang sekali menangis melainkan lapar, sungguh berkesan doa Ana buat Adam walaupun sebelum melahirkannya. Faris pilu.

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now