"Faris! Faris! Faris!" Ana meraung-raung dalam mimipinya sehingga dia tersentak ke alam nyata. Nafasnya tercungap-cungap, dadanya turun naik sehinggalah dia menyedari realitinya dia bermimpi. Ana mengerling jam di dinding menunjukkan waktu 4.30 pagi, dia bangun menuju bilik air sambil beristighfar sebelum mengambil wudhu' . Dia melakukan solat sunat taubat sebelum solat hajat memohon agar dosanya diampunkan sekaligus agar urusan mereka berjalan lancar tanpa sebarang bala. Orang kata 'mimpi mainan tidur,gangguan syaitan, jika tidak diluah, tak akan benar menjadi kenyataan'. Dia merehatkan kepalanya di meja kerja sebelum menunggu azan Subuh.
Petang itu, ibunya memberitahu Faris ada menelefon untuk meminta izinnya berjumpa dia Jumaat depan. Canggung! 'Macam manalah aku nak berdepan dengan dia nanti.' Ana menghentak-hentakkan kakinya di atas katil. Jumaat petang itu, dia bersiap ala kadar tapi seminggu itu dia tak nak makan.
Sejak pertunangannya, dia sangat menjaga penampilan diri. Takut benar! Dia keluar dari rumah apabila melihat kereta Faris tiba. 'dup,dup.' Jantungnya berdebar, dia hanya tunduk melihat Faris tersenyum dalam kereta sehinggalah dia masuk , senyumannya tidak lekang di bibir. "Hai!" Faris menegur namun hanya dibalas senyuman.
"Awak nak makan apa? Saya bawa pergi mamak , boleh? Ke ... awak nak makan KFC?" Faris bertanya di persimpangan jalan.
"mamak." jawabnya ringkas. Faris meneruskan pemanduan dengan serius, Ana takut jika dia tak tahu melayan Faris.Setelah sampai, Faris bertanya, "awak nak makan apa? .... roti nan?" usiknya. Ana terkejut lalu cepat digelengkan kepalanya. Aduh, dia memang suka makan roti nan tapi ....
"Awak malu ke?" Faris menyoal pelik. Ana menggeleng sebelum menjawab, "Oh, tak lah ! Saya dah kenyang makan kat rumah." Faris tersengih, "Betul ni? ke nak roti lain?" usiknya. Ana menggeleng lagi. "Minum?". Ana mengeluarkan botol airnya yang berisi air mineral sambil tersenyum. 'Jimat, gaya hidup sihat.'
Faris mengeluh lalu berkata, "Ala, tak sudi ke nak makan dengan saya?" saja dia buat-buat merajuk.
"Tak , tak , saya memang kenyang." jawab Ana acuh tak acuh."Ana, saya pernah nampak awak makan roti nan tau kat sini." saja dia mendekat-dekatkan kepalanya sambil berbisik. Ana terkejut lalu mengalih pandangan, dibiarkan Faris tersenyum melihatnya. "Bila?" Ana ingin tahu. "Hmmmm, waktu awak dengan budak-budak tu." badannya disandarkan ke belakang lalu ditunggu reaksinya ,Ana mengeluh. Diingatnya semula peristiwa dia bersuka-ria dengan budak-budak itu, seingatnya, dia tidak memakai secalit bedak dan gincu pun. Aduh!Ana resah, digerak-gerakkan badannya lemah, Faris tersengih. Ana mencari alasan untuk mengubah topik, "ke .. napa awak tak tegur?" matanya separuh memandang wajah Faris.
"Dah, awak pun tak perasankan saya." keluh Faris membuat-buat. 'Ya, tak , ya.' Ana berfikir. Memandang wajah 'lurus' itu, Faris menambah, "Saya takut Ana,,, saya tak pasti." Jawapan Faris sama seperti perasaannya sebelum ini, dia menjungkitkan keningnya sebagai tanda tanya. Faris yang serba salah hanya menjawab sayu, " saya takut kalau awak tak boleh terima saya.... atau kerja saya." Memandangkan wajah Ana yang sayu, dia mengubah topik sebelum menjamu selera , "tapi comel betul awak dengan budak-budak itu." Ana tergelak kecil.
"Nah !" Faris menyuakan roti pada garfunya untuk menyuap Ana , pantas Ana berundur.
"Awak tak sudi ke nak makan dengan saya." diulangnya soalan yang sama.
Pantas Ana menggeleng, "Taklah, saya memang tak nak makan."
"Betul ni, tak menyesal?" Faris cuba mengugut. " Ana , tak kenyang saya makan kalau tak tengok awak makan." rajuknya. Dia memesan dua pinggan roti telur namun tak diusik langsung oleh Ana. " Saya pesan ni untuk awak, tau." Faris mencuba lagi.
"Bungkus aje lah." Ana ketawa. Faris membuat-buat muka merajuk lalu Ana mencapai garfu untuk menjamah rotinya. Sebelum rotinya masuk ke mulut, Faris menahan lalu diambilnya garfu dari tangan Ana untuk disuapnya. Ana menjamah roti itu sambil ketawa menutup mukanya. "Hmmm. sedapnyaa~" saja Faris mengusik lalu disuapkannya lagi."Ana, saya paling suka tengok awak makan malam tu. Janganlah kisahkan saya."pintanya. Ana terus tersenyum. "Hmmm~sedapnya. nak ikit?" Mereka memandang ke arah suara itu. Ana terus berpaling muka kerana malu, ditutupnya lagi wajahnya dengan tangan. Dia sedar banyak mata-mata yang sedang memandang mereka. Walaupun tanpa melihat, Faris dapat meneka siapa gerangan pemilik suara itu, tidak lain tidak bukan, Adam! Faris sempat menjeling. "Abang~nak sikit boleh?" Adam berlakon gedik. Namun dia tidak berhenti walaupun tiada sebarang respons lalu dia mengusik Ana, "Cikgu~ saya nak tanya satu soalan" kali ini menjadi budak kecil. Ana terus menekup wajahnya malu. Faris berang dan terus menegurnya, "kau ni , janganlah kacau dia!"
"Amboi garangnya abam ni . dah jadi Cikgu Ana ke?" gelaknya. Faris terus mengangkat siku. Ana tertunduk dalam menghabiskan rotinya, susah betul. Faris rasa bersalah melihat Ana.
..........
Dalam keretanya, dia bertanya kepada Ana , "Awak, awak sudi ke terima kerja saya?". Ana terkejut tapi dijawabnya juga teragak-agak, "Saya...saya..saya", semakin lama semakin perlahan suaranya, " saya tak nak hilang awak!" sama seperti tempoh hari, nadanya dinaikkan. Faris terkejut dan mahu ketawa tapi difokuskan tumpuannya pada pemanduan walaupun gelaknya sudah terhambur. Ana hanya mencebik 'apa yang lawak sangat?'. Faris menggeleng-geleng kepalanya sebelum memandang Ana. "awak,awak." Usiknya. "Apa yang lawak sangat?" Ana merajuk lalu dijuihkan bibirnya.
Faris menggeleng lagi , lucu betul jawapannya, puas hatinya bertanya soalan itu. Lama juga dia ketawa tapi terdetik kerisauannya satu ketika kemudian. 'Betul juga kata Ana.' Dia terdiam sebelum menyambung, "Ana, saya minta maaf kalau saya buat awak risau." Ana menggeleng-geleng seperti budak kecil , "saya cuma nak awak fokus pada kerja je, lepastu jangan lupa doa untuk keselamatan awak. Lagi satu jangan teringatkan saya, takut awak buat salah." Ana tersenyum kambing membuatkan Faris tergelak.
"Ana ,,, terima kasih sebab risaukan saya dan saya pun tak teringat sesiapa waktu kerja, saya cuma nak kerja. " jelasnya membuatkan Ana tertunduk malu kerana perasan. Melihatkan tunangnya itu, Faris memujuk, "tapi saya ingatkan awak lepas kerja." Mereka berdua tersenyum.
"Awak~kenapa awak jadi bomba?"Ana bertanya.
Faris mengeluh sebelum menjawab,"tiada sebab Ana, saya sendiri tak tahu nak jadi apa. Keputusan saya pun biasa-biasa bukan macam awak, nak jadi peguam, tak pandai bercakap, polis...lembik, tiba-tiba saya terdetik nak jadi bomba, kalau jadi cikgu, ramai peminat pula." sakat Faris. Ana hanya mencebik cemburu.

YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...