6

157 4 0
                                    

Ana ;

Entah kenapa hari ni aku rasa lain macam. Sedih? Kecewa? Entahlah, yang penting tugas mesti dilaksanakan. Amanah yang Allah berikan ni bukannya mudah dan aku adalah insan terpilih untuk melakukannya. Akan ku galas amanah ini sebaik mungkin. Dia cuba berfikir positif dalam meredah lalu lintas pagi yang sesak dengan kenderaan sebelum sampai ke tempat bertugas. 'Semoga segalanya baik hari ini.' Dia sempat berdoa sebelum melangkah keluar dari kereta. 

Tahun ini nak masuk tahun kedua dia ditempatkan di sekolah itu. Ada kalanya 'ok', ada kalanya suram kerana tingkah laku pelajar. Hati guru mana yang tidak berkecai kalau pelajar tidak mahu fokus? Selepas dia 'thumb in', dia ternampak trak bomba yang baru sahaja sampai di perkarangan sekolah. "Kak Mas, ada latihan kebakaran ke hari ini?" Ana bertanyakan kerani separuh abad itu lalu mengeluh hampa. Janganlah ada apa-apa.

Kebiasaannya latihan kebakaran akan dilakukan tengah hari. Tahun ini juga dia perlu menjaga kelas yang disenarai hitam. 'Malang!' Dia pun masuk ke kelas itu dengan berat hati lalu menyemak kerja-kerja rumh yang sememangnya tidak disiapkan. 'Apa salah aku?' Dia meminta pelajar-pelajar itu berdiri sambil menyiapkan kerja sementara dia membuat kuiz di hadapan kelas. "KRINGGGG", loceng kebakaran pun berbunyi. "Tinggalkan semua barang-barang awak!" pintanya. Setelah memastikan semua anak muridnya beredar, dia bergegas untuk mengikut mereka. Takut-takut ada yang ponteng, nahas dia! 

Pegawai bomba ;

"Eh, bukan aku dengar anak saudara Tuan Zul tu cikgu ke? Tah-tah dia mengajar di sini....Bolehlah kau cuba, Ris." Adam berseloroh lagi menceriakan mood kawan-kawannya. Entah jin apa yang merasuk dia pagi-pagi ni sampai boleh suka sangat. Faris cuma tertunduk berfikir. Entah tak tahu apa yang bermain di fikirannya. Sambil Adam membawa alat pemadam api, dia sempat menyiku Faris, "kena jeling lagi lah kau." HAHAHA, puas mereka ketawa. "Hari ni Tuan Zul tak datang sekali, baik nasib kau." Perli Razmin lalu Adam tersengih.

Setelah melihat semua pelajar terkawal, Adam mengarahkan para guru untuk mengira bilangan anak murid mereka agar tiada yang hilang lalu matanya tertumpu pada sesusuk tubuh berbaju biru. Cantik! Macam kenal. "Hah, kau tengok apa tu. Bagitahu awek kau baru tahu!" sergah Faris. Adam hanya menyikunya dan memandang tegak ke arah cikgu itu. Faris kenal sungguh wanita itu. Mana taknya, dijeling tajam. Dia tersenyum. Adam yang hanya memerhati reaksi kawannya itu terus memberitahu rakannya yang lain menjadi 'informer'. Mereka pun merekod babak itu secara sembunyi. "Dah, Ris, sambung kerja." Dia berlagak normal selepas mengenakan kawannya itu. 

Faris ;

'Ada kalanya dia tersenyum, ada kalanya dia muncung!' Rungsing menjaga pelajar-pelajar yang susah beratur itu. Tatkala dia ditegur pelajar lain, dia mula senyum. Namun dia nampak komited dalam tugasnya. Setelah memastikan semua pelajar ada , dia melaporkannya ke guru bertugas lalu menyertai guru lain. Mentari yang terik membuatkan pelajar-pelajar itu bagai cacing kepanasan namun dia setia di belakang mereka untuk mententeramkan keadaan dan melayan sahaja karenah mereka. Dia meninggalkan guru-guru lain dan bertanyakan kepada pelajarnya "adil kan?Cikgu pun panas." Tanpa sedar, Faris mengukir senyuman dengan sendirinya.

Adam;

Waktu aku memberi penjelasan tentang kebakaran dan komen tentang sesi mereka, aku nampak muka dia bukan main terkejut lagi tengok aku. Macam biasalah, dia pandang aku macam nak makan! 'Aik, hari ni pandang aku pulak! Faris ada lah kat belakang." Adam berseloroh dalam hatinya. Sewaktu aku menerangkan cara mengendali alat pemadam api, ada langkah dalam bahasa Inggeris yang tidak tahu disebutnya 'swap'. Sewaktu dia menyebut perkataan itu, dia dibetulkan oleh cikgu veteran. Para pelajar lalu tergelak kerana babak lucu itu. Ana yang sedari tadi ada di belakang turut tergelak mentertawakannya dan mengajuk sebutan yang betul untuk panduan anak muridnya.

Adam yang cuma sentap berkata,"yalah cikgu, tak belajar tinggi." Mendengarkan kata-kata itu Ana mencebik,  'ingatkan hati batu selalu kenakan orang'. Setelah ditertawakan , Adam mereka idea untuk mengenakan Ana lagi. Dia lalu mengacah untuk memanggil guru berdemo di hadapan. "Baiklah, apa kata kita minta cikgu yang padam api ni? Nak tak?"
"Nakkkkkk", pantas sahaja budak-budak itu menjawab. 

Adam menambah,"apa kata kita pilih cikgu muuda?". Ana yang cemas cepat-cepat bersembunyi di belakang cikgu lain. "Cikgu mana ya kita nak pilih?? Apa kata cikgu ..... ni!" Dia cepat pergi ke arah Ana tapi memilih rakannya . Lega Ana . Baru sahaja dia terlepas tiba-tiba Adam bersuara lagi."Haa, seterusnya , ada lagi tak cikgu lain, yang garang-garang ke?"Adam mengusik. "Cikgu Ana!!!!" Geram betul dengan Adam, dia cepat-cepat bersembunyi dengan cikgu lain.

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now