17

153 4 0
                                    

Ana mengumpulkan segala keberanian dalam dirinya untuk mengakui perasaannya yang telah terbuku lama itu. Faris hanya terpinga-pinga seolah-olah dia sedang bermimpi merasa kebahagiaan. Dia lalu menekup kedua-dua belah tangannya ke muka sebagai tanda syukur. Dia cuba memandang Ana yang sedari tadi memahukan kepastian sebelum air matanya disekat.

"Awak ,, betul ke apa yang awak cakap ni?" Faris cuba mendapatkan kata putus. Ana cuma mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Faris sungguh bersyukur lalu membengkokkan kakinya agar matanya bertentangan dengan mata Ana. Dia memandang penuh ikhlas dan harapan seraya berkata, "An-Najwa Muhammad Fauzi, sudikah awak terima saya dalam hidup awak?". Ana mengangguk laju megiyakan pertanyaan Faris. Dia sungguh gembira, dia tidak sabar untuk memberitahu berita itu pada ibunya. Sebelum dia memandu pergi , dia berdoa kepada Tuhan agar Ana tidak menangis lagi.

"Bukan main bahagia aku tengok kau, kau boleh 'drive' tak ni ke bahagia sangat?" usik Adam.Mana taknya, dia ibarat patung sawah di tengah pekan yang sibuk dengan kenderaan. Namun dia akui yang peristiwa itu cukup mencuit hatinya kerana sinar keikhlasan dan ketelusan cinta mereka. Kalau dialah di tempat Faris, tak sanggup dia menunggu Ana. Sebelum dia pergi dia sempat mengusik Ana, "awak, kalau saya usik awak dengan Faris, jangan jerit lagi tau." Waktu itu Ana tergelak dengan gurauannya, nampak sangat bahagia. 

...........................

Faris pulang keesokan paginya dengan tubuh yang masih segar. Tidak menyempat dia ingin memberitahu ibunya berita gembira itu, dia terus mendial nombor ibunya setibanya dia di rumah. "Mak, Faris dah tahu jawapan Ana, mak", jelasnya.
"Aih, kamu baru tahu ke?" ibunya pelik. "Minggu depan mak hantar rombongan , mak pun ..." ayatnya disekat.
"Makkk, ....kenapa mak buat keputusan tanpa Faris, kalau Ana tak setuju, macam mana?" omelnya. 
"Aih,, kamu ni tadi beria sangat, sekarang ni dah tak nak pulak." 
"Bukan macam tu mak, tapi biarlah Faris tanya dia dahulu."pintanya.
"Tak nak setuju yang macam mana lagi kalau dia sendiri dah bagitahu jawapan!" gertak ibunya.
"Bukan macam tu mak tapi Faris baru tanya dia ..."
"Faris! Mak dia sendiri dah telefon mak bagitahu Ana dah beri kata putus. Kamu nak apa lagi!" Puan Zainab betul-betul tidak sabar dengan perangai anaknya. 
"Mak .... bila mak ? Bila Ana bagitahu mak? " Faris seakan-akan tidak percaya.
"Tak lama lepas dia nangis tu lah.. rindukan kamu kot." terdengar gelak tawa adik-beradiknya di belakang. 

Faris tidak boleh mengungkapkan betapa bahagianya hatinya saat itu. Dia tidak keruan dalam nafasnya. Dia bangkit dari duduknya terkejut dengan kenyataan itu. Dia fikir jawapan Ana semalam adalah berita paling bahagianya, rupanya Ana telah lama membuatkan dia bahagia. Dia teramat suka, bahagia. Dia sungguh teruja.

"Faris?Faris! Pengsan ke? Kalau pengsan mak suruh cikgu tengok kamu!" malas hendak dilayan keterujaan anak bujangnya itu. 

....................................

Ana berkira-kira apa yang akan dihidangkan pada majlis pertunangannya minggu hadapan. 'Faris ikut sekali ke?' Tak nakkkk! Dia tidak mengadakan majlis besar, cuma bilik yang dihias sendiri dengan ideanya dan hanya menjemput kenalan rapat. Dia juga tak selesa menghebohkan berita itu kerana dia masih takut pada ketidakpastian. 

Hari berganti hari , akhirnya tiba saat dia akan menjadi tunangan orang. Puan Zainab mensarung cincin di jari manisnya lalu memeluknya penuh kasih. Dapat dia rasakan aura kebaikan gadis itu. Ana tersenyum sepanjang hari apatah lagi apabila bakal ibu mertuanya memuji masakannya, lagilah kembang dibuatnya.

Selepas bersalaman dengan keluarga Puan Zainab, wanita itu menarik lengannya untuk berbisik. "Ana, ada benda yang mak cik perlu sampaikan dari Faris. Kamu tahu dia tak pernah menghubungi kamu kan walaupun dia menaruh perasaan pada kamu?" Ana mengangguk.
"Dia sebenarnya sangat malu dan dia pun tahu kamu pun malu kalau tidak takkanlah bersusah-payah kami tunggu. Tapi, kalau ada apa-apa mustahak, dia harap kamu dapat menghubungi dia. Nanti kamu minta nombor dia dari mak kamu." jelas wanita itu penuh ceria.

..............

Ana melihat gambar-gambar pertunangannya yang diambil siang tadi. Cantik kualitinya tapi lebih cantik cincin emas di jari manisnya. Tali pertunangan diikat selama setahun. Lepas ini, banyak persiapan yang perlu dilakukannya dari segi mental dan fizikal. Cincin itu merupakan hadiah dari Faris yang dibeli dengan titik keringatnya sendiri. Ana mendakap tangannya ke dada sebelum memuat naik satu gambar yang menutup wajahnya dengan cincin di jari manis. Dia bahagia tapi hatinya ...... 

Keesokan paginya dia menerima ucapan tahniah dari cikgu-cikgu lain tak kurang juga usikan nakal "orang kata mula-mula benci tapi nanti bercinta." "Tulah , Ana , garang sangat kan dah terpikat!" Dia hanya tersenyum .

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now