21

165 4 0
                                    

Faris menggerak-gerakkan jarinya sambil matanya terkebil-kebil menerima cahaya terang yang disuluh dalam bilik rawatan. Dia didatangi pakar dan jururawat yang memeriksa keadaannya. Matanya terus berpinar dan ditutup kembali. Tekanan darahnya rendah dan memerlukan dia mendapat rawatan dialisis untuk menyingkirkan bahan kumuh dan cecair berlebihan daripada darah kerana kerosakan buah pinggang. Faris juga mengalami kecederaan organ yang memerlukannya menggunakan  mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu paru-paru berfungsi secara normal. Namun mesin itu hanya terdapat di Institut Jantung Negara (IJN). Para pakar menggesa agar keluarganya memberikan keizinan Faris dipindahkan serta-merta.

Puan Zainab menangis terduduk di atas lantai. Dia tidak dapat menerima berita itu namun dia setuju jika itu yang terbaik buat Faris. Mereka bertolak ke Kuala Lumpur pada malam itu juga dan Faris menerima rawatan lanjut. Keesokan harinya, dia mula menunjukkan tindak balas positif walaupun dia perlu bergantung pada mesin itu, dia dapat berkomunikasi melalui bahasa isyarat. Jantungnya juga mampu berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan mesin bantuan.

Mereka bersyukur dengan perkembangannya itu walaupun setelah dua minggu bertarung. Ana berulang-alik dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur setiap hujung minggunya. Dia sungguh risau untuk mendengar berita duka. Ana melihat keadaan Faris dengan dekat dalam ruang rawatan tapi tiada sebarang sentuhan dibenarkan kerana takut dijangkiti kuman. Faris tersedar lagi, kali ini air mata mengalir di hujung matanya.'Sakit.' Ana tahu dia sakit dan dia sedang bertarung dengan kuatnya. 

Tempoh lawatan yang hampir tamat membuatkan hatinya berat untuk pergi namun kali terakhir dia memandang wajah Faris, matanya mula terkebil-kebil dan tekanan darahnya mula meningkat. Ana terus memberitahu jururawat di kaunter lalu para pakar memeriksa keadaan Faris, dia turut memberitahu Puan Zainab tentang perkara itu dan dia dalam perjalanan datang dari rumah kakak Faris di KL. Pakar memberitahu keadaannya semakin stabil dan paru-parunya semakin pulih. Syukur, terima kasih Ya Allah. 

Ana dibenarkan masuk sekali lagi dan dia lihat Faris memandangnya, dia masih lagi tidak bersuara cuma jarinya yang digerakkan. Ana menghampirinya lalu dia menunjukkan cincin yang tersarung di jarinya dengan senyuman, dia tabahkan juga hatinya untuk bersuara, "Cepat sembuh, Ana tunggu abang." Mereka berpandangan antara satu sama lain tapi hanya air mata yang mengaburi pemandangan. Selang seketika kemudian, ibunya sampai dan Ana berlalu pergi. Esok merupakan hari terakhir dia melawat Faris sebelum menyambung tugasnya awal minggu. Seminggu sahaja lagi dan cuti penggal dua akan menjelma.

..................

Faris menunjukkan tindak balas yang semakin positif. Paru-parunya sudah semakin pulih dan tekanan darahnya semakin stabil. Sewaktu Ana melawatnya, dia sedang tidur namun Ana yakin dia sedar akan kehadirannya. 

.................

Seminggu berlalu dan ada hari yang Faris mengalami keadaan tidak stabil. Ana bersyukur yang cuti sekolah menjemputnya, dia cepat-cepat bergegas ke IJN. Sewaktu di luar ICU ibu Faris bertanya jika dia akan meneruskan pertunangan ini kerana apa-apa sahaja boleh terjadi dan Faris tidak akan sempurna lagi. Ana menidakkan, dia akan terus berada di samping Faris kerana dia telah berjanji pada dirinya. Rupanya inilah bayangan yang menghantui fikirannya sebelum menerima Faris tapi dia tahu kuasa Tuhan lebih besar dari segalanya. 'Jika boleh, dia ingin menggantikan tempat Faris.'

Mereka menuju ke bilik rawatan bersama. Mereka berdiri di samping Faris dan Faris tersedar. Dia memandang ibunya lama sebelum memandang Ana, "Faris, bangun cepat sayang, Ana nak jadi isteri kamu." ibunya memujuk. Ana cuma tersenyum memandang Faris. Walaupun Faris telah sedarkan diri, apa-apa sahaja boleh terjadi. Faris menghadiahkan senyuman kecil dalam kesakitannya. Dia masih lagi bergantung pada ECMO . Air mata Ana mula gugur selebat-lebatnya, dia tidak tahu sama ada dia perlu keluar dari bilik itu ataupun memberitahu Faris betapa dia menyayanginya.

'Aku akan lawan!Demi Ana, demi mak, aku akan lawan!' Hatinya berbisik. 

Selepas hari itu, Faris menunjukkan tindak balas positif seperti boleh menggerakkan tangan dan badannya cuma jantung dan paru-parunya merupakan organ vital yang mempengaruhi keupayaannya untuk terus hidup. Jantungnya telah menunjukkan perkembangan kerana tidak perlu bergantung pada mesin lagi tapi paru-parunya, jika gagal berfungsi, pengangkutan oksigen akan terganggu dan menyebabkan otak tidak berfungsi sekaligus mati.

Menurut laporan pakar, mereka telah mengeluarkan udara berlebihan dalam dada Faris berikutan kecederaan pada tulang rusuknya agar  paru-parunya dapat mengurangkan risiko kematian namun disebabkan kecederaan yang parah, udara memenuhi dadanya sekali lagi melalui ruang antara tulang rusuk dan paru-paru lalu dia dibawa ke IJN.

Komplikasi paru-paru yang tidak berfungsi disebabkan kecederaan dinamakan ketegangan pneumothorax yang mengancam nyawa kerana dada terus diisi dengan udara yang menyesakkan paru-paru lalu pernafasan tidak dapat berjalan lancar. Dalam setiap nafas , lebih banyak udara terkumpul dalam dada menyebabkan tekanan pada jantung yang menyebabkan darah tidak dipam dengan lancar. Selepas rawatan kecemasan  mengeluarkan udara yang menghimpit paru-paru Faris menggunakan jarum suntikan, paru-parunya akan pulih hanya selepas beberapa hari tapi disebabkan komplikasinya yang teruk, pakar terpaksa menggunakan tiub.

Sewaktu di IJN, pakar sekali lagi memasukkan tiub ke dalam dadanya supaya paru-parunya terus berkembang dan berfungsi. Pemerhatian dilakukan ke atasnya sepanjang tempoh rawatan untuk memastikan paru-parunya diisi dengan udara dan tidak berisiko untuk gagal berfungsi lagi. 

...................

Faris termenung dalam keadaannya yang terbaring di atas katil hospital. Dia mula merasakan sesak nafas dan terus menekan butang kecemasan apabila nafasnya tercungap-cungap. Tekanan darahnya semakin rendah dan doktor pakar terus mengejarkannya ke dewan bedah untuk melakukan pembedahan setelah mendapat kebenaran ibunya.Pembedahan itu dilakukan kerana dua rawatan sebelum ini tidak berjaya untuk menyingkirkan bleb yang mengeluarkan udara dari paru-paru ke rongga dada. Sekiranya berlaku bleb lain,paru-paru akan gagal berfungsi.Operasi pleurodesis bertujuan untuk menghasilkan pembentukan parut antara rongga paru-paru dan dada untuk mengelakkan kegagalan paru-paru pada masa depan. Satu tiub dada sementara dibiarkan di tempat pembedahan untuk mengosongkan udara dan membenarkan paru-paru untuk sembuh.

......................

Semua orang menunggunya dengan doa dan harapan kerana pembedahan ini merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawanya. Peratus pneumothorax berlaku semula dijangka kira-kira 30% jika operasi tidak dilakukan. Sekiranya operasi (pleurodesis) dilakukan, risiko itu kurang daripada 5%. Namun sewaktu pembedahan , risiko kegagalannya adalah pendarahan, jangkitan kuman, pengulangan pneumothorax dan kecederaan pada struktur dada yang memerlukan penukaran kepada operasi terbuka. 

......................

Selepas selesai pembedahan, keadaan dan tekanan darahnya kembali stabil. Doktor melakukan X-ray dan laporan menunjukkan pembedahan berjaya. Semua ahli keluarganya bersyukur mendengar berita itu dan selepas pemerhatian habis dijalankan, dia dapat pulang ke rumah. 

....................

Faris tinggal bersama ibunya di KL untuk pemeriksaan lanjutan dan dia diberikan cuti  separuh gaji kerana kemalangan yang tidak disengajakan manakala pihak polis terus melakukan siasatan. Walaupun keadaannya lemah, dia bersyukur kerana terselamat. Selepas sembuh, dia dapat hidup seperti biasa semula.

(https://www.eapsa.org/parents/conditions/p-z/spontaneous-pneumothorax/) 

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now