14

134 4 0
                                    

Ana menyertai keluarganya di pintu masuk sambil berdiri di sebelah ibunya. Dia tersipu-sipu di sebelah ibunya. "Yang kamu macam kena rasuk jin malu ni kenapa?", tengking ibunya. Dia cuma muncung. "Hah, Wa kamu bila lagi?", tanya ibu pengantin. Sentap. Manakala pengantin hanya tersenyum bahagia. Tidak lama kemudian, Faris pun menyertai mereka bersama adiknya. Terus Ana menyorok di belakang ibunya sambil membengkokkan kaki agar dia tidak kelihatan. Faris yang lali dengan sikap malunya terus menunduk untuk bersalam keruk dengan tuan rumah. 

"Hah, dah nak balik dah Faris?" dia mengangguk. 
"Yang ni kekasih kamu ke?" Ana mengerling ke arah mereka di sebalik ibunya lalu menjuihkan bibir lagi. Faris menggeleng lalu menjelaskan. Sudah lali dia dengan soalan begitu tiap kali ke kenduri kahwin rakannya. Maklumlah, dia sahaja yang belum mendirikan rumah tangga. Ana menarik-narik belakang baju ibunya sambil berbisik hendak balik. "Yalah, taulah nak balik!", dia dimarahi lagi.

"Hah, Ana, Faris ni masih bujang lagi. Belum ada kekasih hati rasanya. Tak nak ke kamu kenal? Baikkk budaknya." seloroh ibu pengantin tersenyum. Ana yang malu sejak tadi terus membengkokkan lututnya supaya tidak dilihat orang. "hah, tadi bukan main lama kamu berborak, cakap apa?", ibunya menambah-nambah sambil memandang Faris. Senyuman Faris hilang kerana cuak. "lah , dah kenal ke?", sambung ibu pengantin. "Makkk, inilah kekasih hati pengarang jantung dia!", jelas Zain. Faris cuak sambil matanya mengisyaratkan pada ibu Ana. 

Puan Ros terus berpusing mendapatkan anaknya manakala Ana membengkokkan kaki lebih rendah lagi kali ini. "Oh, kau dah lama buat kerja ea?", ugut Puan Ros dalam soalnya. Faris hanya menggeleng-gelengkan kepalanya menafikan. "Patutlah aku kata, macam pelik aje budak-budak ni, rupanya dia dah lama kenal agaknya."celotehnya lagi. "Hah, Faris, kau tak bagitahu acik ea. Aku bagitahu mak kau, baru tahu!" ugutnya. Adik Farish menggoyang-goyangkan jari telunjuknya sebagai tanda amaran.

"Tak lama lagi makan nasi minyak kau lah pulak, Ros. " tambah ibu pengantin yang entah kenapa begitu ceria. "Nanti dia aku ajar dia balik ni." Puan Ros berpura garang. "Alah, benda baik kenapa nak halang?" tambah ibu pengantin namun ibuku hanya memandang tidak puas hati. Mendengarkan kata-kata Puan Ros itu, Faris tidak senang hati nasib yang bakal menimpa Ana.

Zain ;

"Ris, aku tengok Ana tu baik budaknya. Cuma muncung tulah kau kena tahan."sapa Zain.
"Mestilah aku tahu." Faris berpura senyum. "Aku risaulah dia kena marah dengan mak dia."jelas Faris. 
"Yang tu nanti aku minta nombor ibunya dari mak aku. Nanti kau pandai-pandailah mengayat."

"Ish, engkau ni!", lega hati Faris. 

Ana ;

'Mati! Mati aku!' Walaupun hatinya bahagia disapa Faris tadi, ada bala yang menantinya dalam kereta. Mata ibunya yang dikecil-kecilkan dielaknya seolah dia memandu seorang diri. Tak tahan melihat karenah anaknya yang tak mengendahkannya itu, dia terus bersuara. "Kau ada apa dengan Faris tu Wa?" 'Mampus'. Ana membaca Bismillah sebelum menjawab " tak ada apalah ma.", semoga dia selamat. "Kalau tiada apa, kenapa takut-takut. Mama ni bukan apa, bukan nak halang hubungan kamu tapi janganlah sembunyi-sembunyi. " 
'Sumpah takde apa.' bisik hatinya. Nada dering ibunya berbunyi memaparkan nama Faris melalui aplikasi 'true caller'. Ibunya menjeling sebelum menjawab.

Faris ;

Sebelum memulakan shift malam, dia berhajat untuk memperjelas segala salah faham petang tadi. Seusai berdoa selepas Solat Asar, dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendial nombor yang dikirim Zain. Setelah talian disambungkan, dia menyapa"Hello,Assalamualaikum, mak cik."
"Waalaikumsalam." jawabnya malas.

"Ni saya Faris." jelasnya sedikit takut.
"Hmm, kamu nak apa ni?" soalnya garang.
"Saya sebenarnya nak jelaskan perkara di kenduri Zain tadi."
"Yalah ada apa antara kamu dengan Ana?" nadanya semakin meninggi. 

"Petang tadi saya cuma nak beritahu dia saya datang dengan adik ..... dan kalau boleh.."
"Kalau boleh apa?" ibu Ana menengking lagi, saja.
"Saya nak berkenalan dengan dia! ....kalau mak cik izinkan..." meluncur laju hasratnya disebutkan.

Puan Ros ketawa kecil , "Kalau tak izin, nak putus ke?" Tiada jawapan. "Mak cik bukan apa, kalau kamu nak kawan, kawanlah baik-baik, jangan sampai melampaui batas." dia memperjelas kerisauannya. 

"Saya faham mak cik , " jawabnya lega.
"Ya lah lelaki ni mulut manis , hari ni cakap lain esok cakap lain." tambahnya. Ana hanya mampu bersimpati dalam diam.  .......

"Yang petang tadi tu, kali pertama saya cakap dengan dia. Saya harap mak cik tak marah dia lah. Dia tak salah." pintanya sayu namun masih terdengar keikhlasannya. Hati Ana semakin berbunga, ada pula 'hero' yang menyelamatkannya. Sambil memandang Ana, ibunya menyambung. "Hmm, tak sempat pun! Ada bomba bela dah telefon." Dalam hatinya berkata 'cekap juga budak ni ya.' " Nak cakap dengan Ana ke, ada kat sebelah ni." usiknya.

"Oh, takpa takpa! Kalau macam tu saya minta diri dulu sebab saya pun ada kerja malam ni." laju dia beralasan.
"Ya lah kirim salam pada mak kamu." talian dimatikan.

Tersengih-sengih macam dah sampai bulan dilihatnya anak bongsunya itu. "Oh, kau suka Faris ya?" maknya menduga. "Mana ada ma, kan dia cakap, petang tadi baru 'first time' kitaorang cakap~". "Ada ke nombor dia? Sejak bila kau boleh jumpa dia, Wa. Aku ingat waktu dia datang rumah tu baru kenal."

"Taklah, takdir~" ....

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now