"Sudah 17 tahun berlalu dan Ana masih segar di ingatan abang. Ada kalanya susah membesarkan Farid tapi selebihnya mudah kerana dia sangat manja dan dingin seperti Ana, jadi dia tak mudah tersalah pilih kawan. Tahukah Ana , walaupun dia mempelajari subjek sains tulen, markahnya lebih baik daripada abang. Dia juga aktif dalam persatuan kadet bomba sehingga memegang jawatan pengerusi. Dalam ketekunannya belajar, dia juga selalu menulis cerpen dan menerima banyak hadiah hasil penulisannya . Ana, Farid tidaklah secemerlang Ana di bangku sekolah namun pencapaiaanya juga tidak kurang hebat hingga menjadi pelajar terbaik Sejarah sama seperti Ana, kan? Dia ada memberitahu abang yang dia akan meneruskan legasi Ana. Abang bangga dengan Ana dan anak kita."
Faris menahan air matanya dalam kesunyiannya. Dia hanya mampu menitipkan doa buat isterinya yang tercinta. Setiap Kali dia memandang wajah Farid yang merajuk dan tersenyum,pasti wajah itu dapat mengubat rindunya. Walaupun Farid memang ketara mengikut rupa parasnya, namun senyuman dan cebikannya sungguh mirip Ana membuatkan Faris lebih suka menyakatnya. Faris ingat lagi sewaktu Farid masih kecil, dia sungguh suka menyakat anaknya itu lalu menarik-narik mulut Farid yang muncung dan apabila Faris menggeleteknya, dia ketawa sama seperti Ana.
Kini, Farid telah besar dan bakal menggengam ijazahnya. Farid sungguh cemerlang sehingga dia diberi peluang untuk memberi ucapan mewakili pelajar lain. Faris hanya duduk di tempatnya dalam dewan itu mendengar ucapan anaknya itu. Dia dapat membayangkan jika Ana masih lagi seorang guru , dia pasti akan berucap sama seperti Farid. Darahnya sememangnya mengalir dalam tubuh Farid apabila Farid juga bergiat aktif dalam kelab bahasa malah menjadi pembahas terbaik seperti Ana di bangku sekolah.Faris membayangkan Ana duduk di sebelahnya dengan tangan mereka tergenggam erat. Dia cuba menutup mata dan membayangkan kepala Ana berada di atas bahunya seperti dahulu . 'Ana pasti bangga dengan Farid.'
......................
Farid membelek gambar ibunya sebelum bersiap dengan teks ucapannya. Dia tahu doa ibunya selalu menemaninya dan ibunya merupakan seorang wanita yang sungguh setia. Jika tidak manakan seorang lelaki tidak akan mencari pengganti isterinya yang telah lama pergi. Dia teringat semula cerita percintaan antara ibu dan ayahnya yang menjadi cerita kegemarannya. Sehingga kini dia tidak putus mencoretkan kebanggannya pada ibu dalam penulisannya. Setiap kali ayahnya bercerita, pasti ada sendu dalam nadanya. Farid juga kagum dengan kecekalan ayah yang setia menunggu cinta ibu. Dia menyeka air matanya sebelum melayan usikan kawannya yang menyatakan bahawa dia sedang menatap gambar kekasih. Ya, kekasih hatinya, ibu. 'Farid, sayang ibu.'
"Wahai ibu yang berada di dunia lain, tenanglah ibu di sana. Anakanda di sini meneruskan perjuangan ibu bersama rakan-rakan yang lain. Kami akan terus mendidik generasi muda agar menjadi modal insan yang cemerlang buat negara ini. Kepada ibu bapa yang telah banyak mencurahkan kasih dan jasa kepada kami, sedarlah tanpa pengorbanan kalian, kami tidak mungkin sampai ke peringkat ini. Tanpa titik peluh kalian membesarkan kami, pasti kami tidak kenal erti kehidupan. Tenanglah ibu dan ayahku, kami di sini akan terus berjuang demi titik keringat yang telah kamu korbankan. Percayalah, bersaksikan bangunan keramat ini, kami telah berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan harapan ayah dan ibu. Tidak ada satu saat pun yang kami lupa akan pengorbanan kalian. Segenggam ijazah yang kami pegang pada hari in tiada apa untuk dibandingkan dengan pengorbanan kalian dan sejujurnya kejayaan yang kami kecapi pada hari ini merupakan kejayaan ibu dan ayah sebenarnya. Doakanlah agar kami berjaya sehingga ke penghujung nyawa kami sebagai pendidik yang ikhlas. Terima kasih ayah dan ibu."
Faris dapat merasakan gelora dalam jiwa anaknya itu dan betapa dia menujukan ucapan itu but Ana.Namun dia bangga sebangga-bangganya dengan kejayaan Farid. Semoga Farid berjaya seperti ibunya. Faris akan selamanya menunggu Ana. Ku tunggu cintamu, Ana, dari dahulu sehingga kini, tidak pernah aku mengkhianati cintamu, walaupun sebelum mengenalimu aku telah mencintaimu. Tenanglah sayangku. Ku tunggu cintamu.
Tamat~
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romantizm"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...