Keesokan paginya Ana bangun awal untuk menyediakan sarapan ringkas, dia diusik oleh kakak iparnya tentang jeritannya malam semalam. Ana tidak dapat memohon cuti rehat khas kerana kekurangan guru dan musim periksa yang bakal menjelma namun dia redha dan menyerahkan nasibnya pada Allah. Sewaktu dia bangun pagi itu, dia berada dalam pelukan Faris lalu dia mendongak untuk melihat wajah Faris. Azan Subuh yang dipasang pada telefonnya mengejutkan Faris lalu memandangnya dengan mata kuyu. Faris membelai pipinya sekali lagi sebelum membersihkan diri. Faris juga perlu bekerja hari itu.
Setelah bersalaman dengan ibu mentuanya dan saudara-mara Faris yang akan pulang hari itu, dia kembali ke dalam bilik untuk menyalam Faris. Faris yang pura-pura merajuk menariknya ke dalam pelukan lalu Ana mencubit lengannya. Petang itu, dia telah menyiapkan lauk-pauk lalu menyediakan bahan mengajar sementara menunggu kepulangan Faris. Faris yang semakin pulih telah melakukan tugasnya seperti biasa.
Petang itu, dia tersengih di muka pintu menyambut kepulangan Faris membuatkan Faris lebih bahagia. Faris yang kebetulan lapar terus menjamu masakan isterinya sebelum solat Asar. Malam itu, mereka duduk di hadapan televisyen dan Ana melentok ke dadanya. Dia pelik lalu memandang Ana namun tiada respons. Faris mengalihkan isterinya lalu mengajaknya solat Isya'. Seusai itu, dia duduk di birai katil sementara Ana menyidai telekungnya. Ana menyertainya tanpa disuruh seperti dia boleh membacanya.
Faris mengusap tengkuknya kelu lidah namun tangannya dipegang Ana seperti memberi keyakinan untuknya bersuara. "Ana ...", Faris memandang matanya. Ana menangguk supaya dia meneruskan namun Faris terus merebahkan badannya mengiring. Ana yang pelik dengan suaminya itu turut merehatkan diri selepas dia memicit-micit lengan dan kaki Faris yang lenguh. Faris berdebar, tidak lama kemudian dia memeluk Ana dari belakang sewaktu Ana separa tidur.
Ana faham dan menoleh ke arah Faris lalu diusapnya wajah kesayangannya itu. Dia membelai rambut Faris lalu beralih ke dada bekas pembedahannya. Faris mengucup dahinya penuh kasih dan mereka rebah sehingga Subuh.
...............
Ana malu mengenangkan peristiwa malam itu dan dia bangun mahu ke bilik air namun dia ditarik oleh Faris. Sebelum dia melangkah masuk ke sekolah, Faris cepat-cepat mengucup pipinya dan tersenyum sepanjang pemanduan, saja dia hendak mengusik Ana yang hanya tertunduk. Kebetulan hari itu, dia bertugas malam, dia mahu mengambil dan menghantar Ana , lagipun Ana pasti susah memandu. Di rumahnya, dia perlu berehat namun dia bercadang untuk memasakkan Ana lalu dia menggoreng kuetiau yang merupakan makanan kegemaran Ana.
...............
Ana masuk ke dalam kereta Faris dengan senyuman lebar. Dia sempat bertanya apa yang Faris ingin makan sebelum pergi bekerja namun Faris menjawab "telur goreng." Sebelum masuk ke dapur, Faris terlebih dahulu memotong Ana lalu membuka tudung saji dengan bangganya. Ana terkejut lalu Faris mendakapnya dari belakang sebelum mengucup pipinya, "Terima kasih!". Ana membalas pelukannya dan tertidur selepas Asar. Malam itu, dia tidur di rumah ibunya kerana Faris bekerja dan pagi-pagi dia menghantar bekal Faris di balai.
Faris diusik rakan-rakannya dan kembang dengan pemberian Ana. Dia menghantar Ana ke kereta dan cuba menariknya untuk mengusik namun Ana menepis manja lengannya. Dia menghantar 'flying kiss' yang membuatkan Ana tergelak sebelum memandu pergi.
"Ada member tu bahagia sekarang!" usik Zain. Senyuman Faris tidak lekang-lekang dari bibirnya dan dia tidak mempelawa sedikitpun bekalnya kepada kawannya yang lain walaupun dia tidak menggemari 'sushi', dihabiskannya juga sampai licin.
.................
Sewaktu memandu, Ana terasa sakit pada perutnya namun sakit itu tidak kekal lama. Dia sungguh teruja mengajar kerana tidak sabar hendak pulang. Dia mendakap Faris sebaik sahaja dia masuk ke rumah. Dia sungguh bahagia.
...................
Enam bulan usia perkahwinan, mereka kekal seperti pengantin baharu. Hari itu apabila Faris sudah pergi bertugas, Ana masuk ke bilik air mual dan loya tekak namunnya perutnya sungguh perit. Belakangan ini juga dia ditegur cikgu-cikgu lain kerana wajahnya yang pucat dan tidak bermaya. Ana pergi ke klinik untuk mendengar berita gembira selepas sekolah.
.................
Dia meneruskan pemanduan walaupun hatinya meruntun. Mahu sahaja dia menjerit sekuat-kuatnya. 'Mengapa kebahagiaan yang dikecapinya hanya sekejap cuma?' Dia lupa yang dia pernah berdoa yang dia akan tempuh apa sahaja asalkan Faris selamat namun dia sedikitpun tidak menyalahkan Faris. Tidak lama lagi, hari jadi Faris akan tiba. Dia terus mencoret isi hatinya dalam sebuah buku setibanya dia di rumah.
Faris tidak pernah bertanya soal zuriat walaupun ditegur orang lain kerana dia ingin menjaga hati Ana namun pada hari jadinya Ana memberitahu yang dia berbadan dua, maka Faris tidak dapat menahan lagi kegembiraannya. Ana menghadiahkan seutas jam tangan 'Casio' dan kemeja-T namun tidak dapat menandingi berita gembira itu. 'Bagaimana boleh dia sorokkan selama ini?' Faris juga pelik kerana perut isterinya itu nampak kecil dan dia kerap muntah walaupun sudah melebihi tiga bulan.Wajahnya juga pucat. Ana tidak pernah mengajaknya melakukan pemeriksaan dan sentiasa pergi seorang diri. Dia pelik tapi dibuang jauh-jauh kecurigaannya itu.
......................
"Ana, dekat mana resit tadi?" tanyanya yang tercari-cari resit perabot tadi untuk menghias bilik bayi. Mereka juga ada menghadiri kelas keibubapaan dan Faris bersedia untuk membantu Ana. Dia memang berhasrat untuk tidak membebankan isterinya terutamanya selepas bersalin.
"Dalam beg, abang."jawab Ana dari dalam bilik air."Faris menyeluk beg tangan Ana untuk mencari resit namun dia ternampak sebungkus pil bertulis nama Ana." Ana yang keluar dari bilik air terkejut melihat pil di tangan Faris. Dia menunggu reaksi Faris sambil mereka alasan.
"Sayang, ni ubat apa?"Faris menunggu jawapan dari Ana.
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...