28

140 4 0
                                    

Alunan zikir yang dipasang pada telefonnya memenuhi ruang kamarnya. Dapatlah sedikit dia mengubat rindunya lalu  dia terus membaca diari itu.

"Hari ni aku menerima risikan Faris selepas dia melihat aku khusyuk bernyanyi  lagu Slam dalam kereta tempoh hari. Dah lah aku boleh tersenyum pada dia. Tapi memang betul, aku tertarik.Dia malu dan tidak memandangku. Aku mahu bersetuju mengikut hatiku tapi aku takut yang dia tidak akan menerimaku sepenuhnya. Aku tahu telah aku hampakan hati semua orang termasuk hatiku. Faris, kenapa awak pilih saya? Betul ke awak suka saya. Tunggu kejap ya, saya perlu masa untuk memohon petunjuk."

"Belakangan ini aku sering dikejutkan dengan mimpi api. Aku takut. Aku takut kehilangan orang yang aku sayang. Aku tak sanggup kehilangannya. Aku membawa keluargaku bercuti ke Muar, bandar Maharani Johor, tempat aku bermain dan juga kampung Faris. Alhamdulillah ibunya melayan aku baik. Aku duduk di pangsal luar rumahnya dan menurut ibunya, itu tempat kegemaran Faris. Aku terasa seperti dia ada bersamaku lalu aku menangis. Aku tak pasti, aku takut. Namun,aku rindukannya. Ya, aku merindukan matanya yang redup yang baru dipandangku beberapa kali. Aku rindukan Faris. Aku meratap sepuasnya. Aku berharap yang dia selamat. Malam itu juga aku memberi kata putus namun aku meminta ia dirahsiakan dari Faris kerana aku ingin memberitahunya sendiri rasa hatiku.Tapi bagaimana? Tolong aku Ya Allah, jika dia jodohku yang telah engkau tulis di suratan takdir."

"Syukur! Hari ini aku dapat berjumpa Faris. Betapa aku merindukan wajahnya dan senyumannya. Kereta aku rosak tengah-tengah perjalanan, aku panik dan aku fikir ada orang yang cuba menggangguku, rupanya cinta hatiku. Dia tidak memandangku seperti sebelum ini, dia tampak serius seperti membenciku. Aku takut dan malu untuk mengakui perasaanku dan hanya tercegat di sebelahnya sepanjang masa dia membaiki keretaku. Apabila dia hendak meminta diri, aku terus menangis. Aku berharap agar dia memujukku namun dia perlu bekerja. Belum sempat dia pergi, aku menjerit sekuat-kuatnya memanggilnya lalu dia menoleh dan aku suarakan isi hatiku yang telah terbuku menggunakan segala kekuatan yang aku ada. Dia seolah-olah tidak percaya dan bertentang mata dengan aku, dia sungguh ikhlas sambil bertanya jika aku sudi menerimanya. Aku sudi. Aku sudi! Aku sungguh sudi. Walaupun aku malu namun telah aku beritahunya tentang perasaan aku."

"Aku sah menjadi tunangan orang dan aku cium cincin hasil titik peluh Faris itu. Aku sungguh gembira tapi mimpi itu datang lagi. Cikgu-cikgu lain mengusikku kerana aku terlalu garanglah aku suka padanya. Tidak, aku memang sudah lama sukakan Faris tanpa aku sedari perasaan itu berkembang menjadi sayang, dari sayang menjadi rindu. Rindu yang menyeksa."

"Faris memang seorang lelaki yang terhormat. Dia sungguh menjaga statusku sebagai anak dara namun dia tiba-tiba mengajakku keluar. Aku mahu .... tapi malu! Jantung aku berdegup kencang. Macam manalah bila kami berkahwin, mahu berhenti jantung aku! Dia tersenyum sedari dalam kereta membuatkan aku terus berdebar-debar . Sapaannya disambut senyuman dan dia terus diam. Aku cegar dia bosan. Dia mengusikku di kedai mamak dan aku sebenarnya terkantoi suka makan roti nan. Dah lah aku nampak buruk malam itu. Aduhai, boleh pula dia panggil aku comel? Dia merajuk bila aku tak nak makan lalu aku pun menjamahnya, waktu itu, boleh pula makhluk bernama Adam muncul mengacau kami. Tapi aku memang kembang bila dia dekat-dekatkan mukanya dengan aku. Aku berdebar. Ah, berehatlah kejap jantung, jangan teruja sangat.'Frust!' Lepas itu, Faris berborak dengan aku dalam kereta tentang kerjayanya dan aku langsung tidak memandang rendah terhadapnya. Pada aku,dia sudah cukup pandai! Tambah lagi, berkemahiran. Setibanya di rumah , ibu aku beria. Aku terpaksa membekalkan lauk capcay dan kari daging yang tak sedap itu. Kasihan Faris!Dia terus tersenyum dan senyumannya ubat terbaik aku."

"Hari ini hari jadi aku bukannya Faris tahu sengaja aku rahsiakan dan aku berharap dia kan mengingatinya setiap hari selepas perkahwinan kami dan aku tak naklah meminta-minta hadiah.Tapi bila aku sampai di rumah, aku menerima sejambak bunga,belon dan patung? Comel betul tunang aku ni. Aku sungguh terharu, macam mana dia boleh tahu? Hati aku menjerit sekuat-kuatnya aku sayang padanya. Entah kenapa sejak dua menjak ini aku sangat merindukannya dan aku terbayang-bayang dia mengucap rindu pada aku. Haihh, aku terus melayan perasaan atas katil."

"Aku menangis meraung sekuatnya. Kenapa dia , Ya Allah? Aku tidak boleh menerima berita dia disakiti, hati aku pedih. Tiap hari aku pasti akan melawatnya kerana aku risau dan aku rindukan dia. Suatu hari, aku menerima hadiahnya. Aku terus menangis. Faris, jangan pergi tinggalkan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Aku melihatnya bertarung setiap hari sehingga dia terpaksa dipindahkan ke IJN, aku hanya melawatnya pada hujung minggu. Dia mula sedar namun dia kembali kritikal, nasib baik doktor cepat memeriksanya, jika tidak, aku tak mampu teruskan hidup. Emak bertanya pada aku jika aku masih boleh menerima keadaan Faris dan mahu memutuskan pertunangan. Tidak! Semestinya tidak! Aku amat menyayanginya.Dari pandangan pertama telah aku tahu aku menyukainya. Aku tidak mampu menipu hati dan perasaan aku lagi kerana sakit, sakit merindukannya. Jika boleh aku mahu menggantikannya. Jika boleh aku hanya mahu menjadi isterinya walaupun sekejap, walaupun sebentar, aku mahu mendakapnya. Aku sayang kamu, Faris."

"Faris akhirnya sembuh dan mukanya tidak lagi pucat. Aku bersyukur, Ya Rab. Terima kasih kerana kembalikan Faris pada kami. Aku disuruh menyuapnya yang tak lalu makan lalu aku cuba mencuri pandang wajahnya tapi aku tak sempat memandang matanya kerana malu. Namun, Faris habiskan juga sup semangkuk licin. Aku rasa kembang dan mahu menyuapnya lagi. Apabila dia pulang ke BP, aku menjenguknya dan kami pergi ke pasar malam bersama. Aku sungguh bahagia walaupun mengikutinya dari belakang, apatah lagi kalau dapat menggenggam tangannya. Dia layan aku dengan baik sekali membuatkan aku bertambah sayang. Betapa aku berdoa aku akan mengakhiri hidupku bersamanya."

"Akhirnya aku berjaya menjadi isteri Faris, aku ingat dia akan mengucup dahiku tapi dia sekadar membaca doa agar aku menjadi isteri solehah. Kami canggung di atas pelamin , tiap kali dia memandangku pasti aku tertunduk. Malam itu, Faris memujukku baring di sebelahnya tapi aku malu. Dia terus mengugut untuk mengendong aku lantas aku melompat atas katilnya lalu dia mengusik aku dan aku menutup matanya agar tidak melihat aku lalu aku khayal dalam senyumannya dan rebah dalam pelukannya."

"Aku menyiapkan bekalnya ke tempat kerja dan dia mencium dahi aku. Aku sungguh bahagia hanya dengan melihat senyumannya. Ya, Allah, janganlah engkau tarik kebahagiaan ini. Malam itu Faris malu-malu dan dia terus tidur. Aku buntu lalu dia menegurku, aku menoleh ke arahnya. Aku malu apabila dia memulakan langkah dan aku memegang bahunya yang berotot apabila aku rasa sakit. Dia mengucup bibirku penuh kasih dan aku bahagia memberikannya hak itu.Pagi itu sewaktu aku membelai wajahnya, dia menarik aku lagi. Dia tersengih-sengih menghantarku ke sekolah dan sempat dia hendak menyakat aku dalam kereta. Apabila pulang dia mengucapkan terima kasih dan memasakkanku kuetiau. Comel betul! Aku terus mendakapnya. Sayang betul aku pada Faris. Abang, Ana sayang abang!!!!"

MATURED!!WARNING!!

"Aku mengucup bibir Faris sewaktu dia berbaring di atas sofa, tanpa aku sedari dia membuka mata memandangku lalu dia menarik tangan aku agar aku terbaring di atas dia. Aku cepat merungkaikan pelukannya membuatkannya cukup berang lalu dia mengejar aku ke belakang sofa sehinggalah ke bilik kamu. Aku tahu dia boleh menangkapku dengan mudahnya tapi dia sahaja mengusik aku. Aku sungguh takut dan waktu aku mahu menutup pintu , dia lekas menghalang sehingga aku terjatuh lalu dia mengurutkan kakiku. Faris yang mendekati aku selepas itu aku belai wajahnya di atas wajah aku.

Faris keluar dari bilik air dengan hanya tuala di pinggang. Dia memang tak tahu malu! Aku cepat-cepat mengalih pandangan dan Faris mengusik aku. Dia datang dekat padaku lalu pandangannya setajam harimau yang hendak menerkam mangsanya. "Abang!!" Aku mengeluh perlahan.

Aku membersihkan diri dalam bilik air , tanpa aku sedari pintu bilik air dikuak. "Abang!!!!!!!!!!" Aku menjerit malu namun dia terus berada di dalam bilik air mengusikku. Aku sungguh bahagia."

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now