10

155 4 0
                                    

Tersenyum-senyum dia tengok anak bujang dia yang sorang itu. "Berangan!", sergah ibunya sambil menepuk meja. Terkejut Faris lalu mengurut dadanya. "Apalah mak ni." keluh Faris. "Teringatkan Ana lah tu", sambungnya lagi. Panas bertambah panas ruang makan itu, dia terserdak lalu mencapai segelas air kosong. "Makkkk", keluhnya.

"Ni, mak dah beli barang dapur. Kalau senang masaklah, kalau tak upahlah orang."
"Sunyi pulak mak takda nanti."
"Tulah kamu, kalau kahwin kan senang, takdelah sunyi. Bila balik ada orang masakkan kamu, picitkan kamu, layan kamu." Bukan itu jawapan yang ingin dedengarinya.
"Sunyi jugalah mak, saya ni kan kerja tak tentu waktu. Kesianlah isteri saya tu nanti."
"Alasan!"

"Mak kan , mak pandang Ana tu baik budaknya cuma dingin tapi bila kita berborak dengannya, baik aja. Kamu tak suka ke?"tersembur kuah asam pedasnya.
"Hah asik tersedak je. Betullah tu."maknya mengusik.
"Mana ada mak. Dia pun dah berteman.....agaknya" makin perlahan jawabnya.
"Mana kamu tahu? Dia kata belum, tah-tah kamu yang.."selepas menampar belakang Faris dia mencubit pula lengannya.
"Dah dua-dua berdalih , tah-tah kamu dua yang...."
"Tak adelah mak!" cepat Faris memotong. Tak lama kemudian, maknya menyambung lagi. "Kamu tak rasa ke ini takdir?"....sengaja disakatnya lagi.
"Makkkkkkkkkk."

Ana sampai di perkarangan rumah dan disambut dengan cekak pinggang ibunya.
"Pergi mana kau lambat balik?"sumpah kalau orang tak tahu mesti ingat mak tiri.
"Aik,ma. Pergi beli sayurlah."jawabnya bersahaja.
"Takkanlah beli sayur lama sangat."ragu ibunya.
"Tadi tolong hantar mak cik ni balik."jelasnya.

"Ish, pandai-pandai kamu. Sekarang ni banyak sindiket,buatnya diculik kamu."Dengar jelah dia berleter, dia pun dah tak kerja. Selain belajar mengaji, hobinya berleter dari muda.

"Wa, kawan mama nak datang Sabtu ni. Kamu nak masak apa?"amboi-amboi aku pula,nasib tak ada koko. 
"Masak ungkeplah!Angah dengan Along  pun nak datang kan?" soraknya.
"Hmm, baguslah." Amboilah mak aku sorang ni,bukan main lagi.
"Riuhlah rumah ni."

Sabtu.

"Ha, kamu masuk je simpang surau tu. Rumah aku yang gate coklat." arah maknya.Segala juadah telah dihidangkannya. Dia pun keluar bersalaman dengan tetamu itu. Eh! "Ni bukan Ana ke?" Dua-dua pihak bingung. "Kau kenal ke?" tanya mama. "Kenal. Dialah yang hantar aku hari itu."Mama kata kawan dia datang dengan anak lelaki. 'Mampus.' Mata dia liar mencari Faris yang baru keluar dari kereta."Ma, hari ni Nad ajak keluar", bisiknya . "Eh, kau kata tak ada apa-apa. Jangan -jangan kau pandai-pandai!" teka mak dia. 

Mama terus membawa tetamu ke dapur . "Ha, makanlah . Ni Wawa yang masak."
"Eh, dia kata hari tu dia tak pandai masak!"tanya mak Faris.
"Bedaah dia." Sementara Ana mencucuk-cucuk mak dia untuk keluar,Faris mendapat perhatian.
Maka, bermulalah sesi soal jawab yang membosankan.

Sewaktu di ruang tamu, Faris terasa haus kerana air minum telah dibawa pergi lalu dia pun meminta segelas air. "Ah, Wa bawa air untuk Faris!" Ana yang bijak cuma memberi air itu pada anak saudaranya. Dapatlah dia mengelak! "Dia tu nak keluar." saja mak dia mnekankan ayat itu.
"Nak pergi mana?",tanya mak cik.
"Nak jumpa kawan mak cik."
"Uihh boyfriend ke?"
"Taklah kawan perempuan."
"Tak adanya duduk aje rumah." arah maknya. 
Ana mendekati ayahnya pula dan memberi alasan yang Nad akan pulang ke UK(ulu klangg)."Tanya mak kau."susah betullah!
Tatkala dia mendekati mak dia untuk mendapat izin, mak cik bersuara, "Lahh kamu ni tak suka ke mak cik datang? cepat nak keluar."

"Taklah mak cik, kawan saya dah nak balik Uk!" jawabnya.
"Takpelah, pergilah. " Apabila Ana pergi, dia bertanya "baik betul ya tunggu jawapan kamu!"
"Haa, dia senang jaga." bangga.

Faris cuma ketawa dalam diam melihat telatah Ana. 'Pasti dia tak selesa dengan aku.'

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now