22

176 3 0
                                    

Dalam tempoh pemulihannya, dia perlu berehat sepenuhnya dan tidak boleh melakukan kerja berat. Setelah sebulan berehat dia kembali pulih bawah jagaan keluarganya. Dia masih ingat sewaktu Ana menziarahinya , dia baru sahaja keluar dari hospital dan tidak berselera makan apatah lagi lauk sup. Dia menolak suapan ibunya dan beralasan tidak sedap tekak. Dengan pantas , ibunya menghulurkan mangkuk itu ke tangan Ana"Ah, Ana suap" arahnya. Ana terus duduk dan menyuakan sudu ke mulutnya, perlahan-lahan dia menghirup sup itu. Dia tidak dapat memandang Ana kerana malu tapi dihabiskan semangkuk sup itu dengan licin. Ibunya menjeling. 

Sepanjang tempoh itu, dia terasa sakit dada dan tidak boleh tunduk. Dia juga tidak boleh bercakap atau ketawa dengan kuat kerana itu akan menyakitkan lagi dadanya. Pejam celik-pejam celik, dia akan mula bertugas namun dalam tempoh beberapa bulan, dia hanya dibenarkan melakukan aktiviti ringan. Aktiviti seperti bola sepak atau sukan lain tidak dibenarkan kerana boleh menyebabkan kecederaan. 

.....................

Faris bersyukur dapat pulang ke rumahnya ditemani ibunya. Dia disambut baik oleh semua orang dan dia akui yang dia takut untuk kembali bertugas kerana peristiwa itu tapi dia berdoa agar dia selamat. Petang itu, Ana datang menziarahinya dan ibunya mengajak mereka ke pasar malam untuk bersiar-siar sebelum kembali bertugas. Walaupun ditegahnya namun Ana setuju. Faris terasa seperti dia mengalami penyembuhan drastik buat seketika.

.....................

Faris pusing ke belakang untuk melihat jika Ana masih mengikutinya. Dia lega apabila Ana masih lagi menemaninya dengan setia dari belakang. Entah bagaimana, dia boleh berhenti di tengah-tengah jalan untuk bersua mata dengan wanita itu. Mereka saling berpandangan buat seketika waktu sehinggalah Faris tersedar dan meleraikan pandangan mereka . Dia juga malu kerana merenung wanita itu lama-lama . Nasib baiklah mereka hanya menemankan ibu ke pasar malam dan bukan hanya keluar berdua. 'Ehem',dia berdehem perlahan.

"Awak memang suka tenung orang macam nak makan kan?",ada nada gurauan di sebalik pertanyaannya.

"Bukan awak ke yang tenung saya dulu?", An-Najwa berteka-teki.

"Ouch!", Faris menumbuk perlahan dadanya yang dipurakan sakit itu seolah-olah kata-kata Ana telah menghiris hatinya.

Ana yang cemas melihat keadaan bomba kesayangannya itu terus mendekati Faris. Dia risau jika terjadi apa-apa pada lelaki itu. Tidak dapat dibayangkan perit kehilangannya. Dia tidak mahu sejarah hitam berulang kembali. Tiada kata-kata yang dikeluarkan gadis dingin itu, cuma riak wajahnya yang sangat risau dipamerkan.

Faris mendongak untuk melihat wajah Ana yang berdiri kurang 50 cm darinya. Jantungnya berdegup laju bagai nak luruh dibuatnya. Tak keruan dibuatnya. Satu saat dia memandang Ana, satu saat dia tunduk menyembah bumi. Cepat-cepat dia bangun lalu bergerak setapak ke belakang. Malu!

Ana sedar Faris malu dengan perbuatannya tapi dia terlalu risau akan keselamatan anggota penyelamat itu. "Jom." , canggung, Faris mengajaknya berlalu pergi. 'Kalaulah hubungan kami ini ibarat pasangan barat, mahu sahaja aku genggam tangannya erat,biar lebih selamat rasanya', namun dia kuburkan dalam-dalam hasratnya itu.

Ana bahagia melihat Faris dapat sembuh seperti selalu. Dia memulangkan semula diari Faris yang sememangnya perlu diberi padanya, "sambunglah lagi." pintanya. Faris menekup muka kerana malu tapi diambilnya juga diari itu. Dia juga menyuruh Ana menyimpan kain pasang dan rantai itu. Tidak lama lagi,mereka akan menamatkan zaman bujang masing-masing dan akan tinggal bersama. Dia berdoa agar mereka dilimpahkan kebahagiaan.

........................

Hari berganti hari, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Dengan sekali lafaz, dia sah bergelar suami orang tapi ada sesuatu yang mengganggu hatinya. Setelah membaca lafaz taklik , perlahan-lahan dia melangkah ke atas pelamin untuk menyarungkan cincin pada jari Ana. Tidak seperti kebiasaan, Faris menyentuh ubun-ubun Ana sambil membacakan doa agar dia menjadi isteri yang taat. Mereka beredar untuk persiapan sesi persandingan.

........................

Di dalam bilik solek yang ditemani Nad, Ana mengurut-ngurut dadanya yang resah lalu dia berkata kepada Nad, "Aku tak sedap hatilah." Nad yang cuba berfikir positif hanya mengatakan yang dia cuma teruja. Dia duduk di atas pelamin menunggu ketibaan Faris yang perlu membayar 'tol' mengikut adat. Apabila Faris sudah berada di sisinya, dia semakin tidak keruan. Faris juga tidak kurang gementar sambil diusik Adam. Akhirnya dia mencapai hasratnya tapi adakah dia mampu menjadi suami yang terbaik. 

Majlis sederhana itu meriah dengan kehadiran sahabat handai Ana dari setiap peringkat apabila pelbagai cara bergambar mereka gayakan. Selepas ini, hidup Ana akan berubah. Dia tidak lagi duduk bersama ibu bapanya, tapi perlu menjaga orang baharu. Dia canggung, sebak dan tidak pasti dengan hidupnya. Dia menangis tatkala berpisah dengan ibunya, dia takut. Petang itu, dia pulang bersama Faris namun saudara-mara Faris mendiami rumahnya.

..........................

Setelah selesai menyegarkan diri, dia keluar dari bilik air dengan wudhu'. Faris yang baru sahaja masuk ke bilik mengarahkannnya untuk menunggu agar mereka solat berjemaah. Ana duduk di birai katil selepas membentang dua sajadah menghadap kiblat.Faris tersenyum memandang cermin dalam bilik airnya, dia membelek wajahnya jika ada keganjilan namun dilihatnya pula luka kesan pembedahan tempoh hari.

Dia mengimamkan solat maghrib lalu berdoa, "Ya Allah, engkau kurniakanlah kebahagiaan kepada rumah tangga kami, kau tetapkanlah hati kami dalam menempuh sebarang ujianmu, kau jadikanlah aku suami yang terbaik dan kau berilah kami cahaya petunjuk agar tidak terpesong dari landasan-Mu."

Ana yang termenung terus menyambut tangan Faris untuk disalamnya. Faris membelai pipinya penuh kasih sebelum mengajaknya makan malam "Jom, mak dah masak." Ana hanya menjamah kuih kerana tidak berasa lapar. Dia sungguh gementar. Mereka duduk bersama saudara-mara yang lain dan Ana sempat mengajar anak buahnya Bahasa Inggeris sambil menonton televisyen. Dia diusik nakal namun dia berpura biasa. Apabila semua orang telah tidur, dia pun masuk ke bilik dengan berhati-hati. 

Dia melihat Faris yang telahpun melelapkan mata namun dia tak pasti jika dia boleh baring bersebelahan Faris. Faris yang hanya berpura-pura tidur lantas bangun mengesan keadaan isterinya yang canggung. "Sayang, tidur sini." dengan berwajah biasa dia menepuk-nepuk katilnya. Dia tahu Ana malu, "Kalau tak, saya ..." perlahan-lahan dia mengugut.

Ana terus melompat ke atas katil namun dia masih belum merehatkan dirinya. "Sayang, tidurlah." pujuknya. Ana lebih gementar melihat senyumannya. "Ok, saya tutup mata ea?" Perlahan-lahan Ana baring lalu dia menjerit kerana mata Faris tiba-tiba terbuka. Faris yang turut sama terkejut memintanya supaya bertenang lalu dia menepuk-nepuk bahu isterinya itu supaya tidur. Ana menutup mata Faris dengan sebelah tangannya lalu dia mengamati senyuman Faris sehingga tertidur.


Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now