12

141 3 0
                                    

Sejak dia tersenyum pada jejaka itu sebulan yang lalu, Ana langsung tak nampak kelibatnya lagi. Lagipun buat apa dia nak nampak, bukannya mereka sama kerja pun. Fikirannya melayang memikirkan Faris. Tipulah jika dia tidak mengharap apa-apa pada usianya yang bakal mencecah 30-an tapi belum ada rezeki, lagipun manalah tahu malang yang menimpa kalau melawan takdir? Amboi! Tambahan pula, kawan-kawannya pun masih menikmati alam bujang. Buat apa nak serabut? Dia menekan pedal brek untuk memarkir keretanya bertentangan dengan kedai makan itu. Suasana riuh-rendah anak-anak saudaranya tidak kedengaran dalam kereta itu. 

"Baiklah sayang-sayangku sekalian, jangan turun lagi!" Ceria dia mengarah budak-budak itu . Dia memimpin tangan mereka dengan senyuman lebar sambil kanak-kanak itu menyanyi keriangan. Dia melintas jalan dengan berhati-hati dan terus menuju ke tempat duduk yang menghadap kipas. Ana mengetuk-ngetuk jari-jemarinya sambil menggoyangkan bahu mencipta rentak sendiri disertai anak-anak saudara ribena itu. Setelah memesan makanan, dia menyambung lagi gerak tarinya tanpa menghiraukan orang sekeliling. 

Faris ;

Dari jauh,aku nampak raut wajah yang aku kenali. 'Ana', bisik hatinya. Bukan main seronok lagi dia melayan karenah budak-budak itu. Siap menyanyi dengan lenggok badannya lagi. Budak-budak itu pun bukan main seronok lagi dengan layanannya sampai ketawa terkekek-kekek. Wajahnya berseri-seri pada malam itu lain daripada apa yang selalu dipamerkan kecuali pada petang dia tersenyum pada aku.

"Farisss~", Zain menyentak lamunanku.
"Aku tegur kang baru tahu!" Dia menambah lagi menakut-nakutkan kawannya itu. Nasib baik bukan Adam, kalau tidak nahas dibuatnya. Seperti selalu dia hanya mampu senyum. Dalam diam dia memandang lagi ke arah wanita itu sambil menghirup teh 'o' nya. Bukan main lapar dia melahap roti nannya dengan penuh gaya sampai licin dikerjakannya. Setelah selesai makan, dia bermain lagi dengan kanak-kanak itu sebelum membayar. Sejuk hati Faris.

"Faris, nak aku tegur tak ? Dia dah nak balik tu." ugut Zain. Faris hanya menggeleng. Walaupun Zain akan menamatkan zaman bujangnya minggu hadapan, takkanlah dia nak ikut sama.

Ana ;

Seperti yang dijangkakan, aku lah 'driver' mak aku ke kenduri kahwin. Nasib baik kali ni aku 'angkut' anak-anak cikgu tu, tak lah aku ke'pishangan'. 'Janganlah ada apa-apa.' Rintihnya pilu. Seperti kebiasaannya, dia akan menuju ke tempat kuih dahulu . "Awak," ada suara menegurnya dari belakang. Dia pun menoleh untuk melihat .... wajah yang dirinduinya . 'Ya kah?' bisik hatinya. Faris yang hanya kelu tatkala Ana memandangnya pun mula tunduk sambil tangannya menggosok leher.

Ana yang mula sedar terus memikirkan alasan. "Oh, nak ambil kuih ea?",tanyanya menutup malu. "Aa.."belum sempat Faris berkata, seorang wanita datang menyapa mereka, "Abang?". Seri pada wajah Ana beransur hilang sambil dia memandang wanita itu. 'Wajah Kecinaan'. Dia pun berlalu pergi.

"Siapa tu?" Faris hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan adiknya itu. Baru sahaja dia ingin mencari kepastian sudah diganggu. 'Susah betul.'

Ana merasakan ada yang tak kena dengan hatinya hari tu. Ditarik-tarik muncungnya lagi sampai anak-anak saudaranya mengajuk. "Tinggalkan kang baru tahu." ugutnya terus budak-budak itu tak berani mengusiknya. Sewaktu sesi fotografi dia lihat bukan main tersenyum lagi Faris atas pelamin. 'Kenapalah dia kena ada?' Jika baru tadi dia tercari-cari , sekarang ni dia sakit hati pula. 

Faris ;

Faris monyok di sebelah Zain lalu ditegur pengantin itu. "Anaa. Tadi aku tegur dia waktu nak ambil kuih, lepastu dia terus 'blah' bila adik aku datang."Faris laju memperjelas.

"Hah, cemburulah tu !" jelas Zain. Faris hanya menaakul jawapan kawannya itu dan meragui dirinya. "Dah , lepas ni kau pergi tegur dia lagi. Kau cakap yang tu adik kau." cadang Zain. 

Faris cuma teragak-agak dengan cadangan kawannya itu. "Dah pergi, pergi, tu pun kalau kau tak nak terlepas." Zain tersenyum sumbang. Faris cuba mengumpulkan keyakinannya untuk berdepan gadis itu. Tapi kenapa? Dia sendiri tidak pasti, mungkin hukum alam. Dia berjalan menuruni pelamin, dari jauh sudah ternampak muka Ana yang monyok bersama kanak-kanak itu. 'Takkanlah aku nak cakap depan budak-budak?' fikirnya.Tak lama kemudian Puan Ros pun menyertai anaknya. Alamak!

Faris didatangi adiknya yang merengek nak balik. "Ah, kau ni, tunggulah kejap. Pergilah solat dulu kat masjid sebelah tu. Nanti aku ambil." arahnya. Tadi dia yang beria-ia nak ikut, lepas tu tak sabar nak balik. Tu yang asik berkepit dengannya, bosan. Adiknya itu sahaja datang melawatnya selepas habis SPM. Tak lama lagi, dia hantarlah pulang kerana dia pun ada perkara penting di kampung. Faris melihat Ana yang tak berubah muka dari tadi.

'Kalau aku ni baik, mestilah aku akan minta izin ibunya dulu.' fikirnya. Dia pun terus menuju ke meja Ana. Setibanya saja dia di situ, Ana terus memuncung-muncungkan bibirnya. Bukannya dia tak perasan mata Ana melirik ke arahnya, bukan main monyok lagi wajah merajuknya. Faris tergelak dalam hati.Selepas dia menghulur salam kepada Puan Ros, wanita itu lebih teruja dari Ana.

"Faris~mana mak kamu?"tanya Puan Ros.
"Oh, mak dekat kampung!" senyumnya, sungguh menawan.

Ana yang fikirannya menerawang ke dimensi lain malas ingin mendengar perbualan mereka. Dia lantas bangun ke meja juadah untuk melihat-lihat apa yang boleh dimakannya. Faris hanya kaget dengan tindakan Ana. Dia mula panik kalau dia terlepas peluang lagi. Sudahlah sebulan dia tak menatap wajah itu, makin berdebar hatinya. Dia terus meluahkan isi hatinya pada Puan Ros setelah dilihat keresahannya itu. "Mak cik, saya sebenarnya nak minta izin cakap dengan Ana sekejap." pintanya dengan penuh santun sambil tertunduk takut. Puan Ros yang tersenyum tengok anak bujang itu tersenyum penuh makna lalu mengiakan.
"Nasib baik Faris, kalau orang lain, acik tak izin tau", saja disakat pemuda yang gemuruh itu lagi.Dalam hatinya bertanya lagi,'ada apa pula?' lantas terdetik rasa ingin tahu dalam dirinya.




Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now