Ana ;
Petang itu, tatkala aku duduk berehat menikmati hembusan angin sepoi-sepoi bahasa di luar rumah, ibuku berteriak dengan kuatnya. Aduh, tersengguk aku! Baru sahaja aku ingin berangan tentang kisah cinta Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang, hilang terus idea aku."Wawa, petang ni kita pergi rumah mak ngah. Atok datang." Oh.. sayu. Kenapalah aku selalu diheret dalam hal-hal macam ni? AKU TAK NAK PERGI! Tapi siapa boleh dengar? Haih, aku mengeluh sendirian. Dengan berat hatinya aku melangkah ke dalam rumah untuk bersiap. Dalam aku memilih pakaianku, aku teringat lagi peristiwa hitam. Walaupun bukan aku yang sakit, aku berhak marah sebab dia pun bukan sayang aku. Aku istighfar berkali-kali untuk buang perasaan itu jauh-jauh. Harap-harap semua benda baik.
"Hah, dah siap belum?Oh, kau berangan ya?" ibarat petir suara mak aku menyambar lamunanku. "Nah, gosokkan baju mama ni!" tambahnya lagi. Redha. Rutin. Entah kenapa nak bersiap, ingatkah pada kami ni? Tegur pun tak nak.. Ya Allah, tolong aku. Ghaibkan aku. Bertemankan papa di sebelah, aku berdoa dalam pemanduanku, semoga anak kandung ini disambut baik. Aku meredah jalan raya pekan yang sesak dengan kereta itu. Aku memandang sekilas balai bomba yang dilepasi. Adakah pak ngah di sana? ke ambil cuti? Akhirnya aku sampai di rumah mak ngah yang tak berapa jauh dari rumah kami dan aku berdoa agar rumah kami lebih jauh. Kucing peliharaannya menyambut salam kami. Aku tengok ramai saudara-mara yang berkumpul. Aku cuma membuntuti ibuku dari belakang dan menyalam tangan mak cik-mak cikku dengan membongkok. Lagi tak perasan lagi bagus. Sampailah giliran adik ayah aku yang sorang ni,dia pun buka mulut. "Eh,cikgu!", apa yang peliknya? Dia menarik tangan nenekku datang lebih dekat pada aku, "Mak,cikgu,mak." Nenek aku yang mungkin tak pernah ingat aku pon mengiyakan aja lalu berkata "dah tak ingat dah." Kan, betul. Aku pun mengambil tempat di meja makan menjamah kuih-muih yang tak sedap mana sebelum menunggu soalan interview.
Seusai solat Asar, aku keluar dari bilik sepupuku untuk menyertai saudara-mara yang lain. Walaupun kehadiranku tidak dieendahkan,aku cuba bermanis muka dengan mereka. Ibuku pernah berpesan, "Walau macam mana tak suka pun, kita tak boleh tunjuk. Kita ni hidup bermasyarakat." Ada benarnya kata-kata ibu aku yang lebih banyak makan asam garam tu. Tidak lama kemudian, namanya disahut dari dapur. "Ya, mak ngah, ada apa?", Aku bergegas mendapatkan mak ngah . "Nah, bawakan bekal ni ke pak ngah kamu."
"Tapi..", belum sempat menghabiskan ayatnya, dia ditegur mak ngah.
"Takda tapi-tapi,pergi lekas."
"Nak suruh Wawa hantar bekal ke ngah ke?",datang mak cik aku lagi sorang.
"Haah, ngah bertugas malam, kesian pula dia tak makan nanti."
"Lekaslah pergi, Wawa."Eh, mak cik-mak cik ni mengarah-arah pula.
Tapi ada baiknya juga taklah menepu aku.'Entah kenapa beria sangat nak Wawa yang hantar.Kalau nak dibandingkan lagi lawa anak aku tapi biarlah anak aku kahwin orang kaya.'Mak ngah tersenyum sendirian.Setahu Ana, pak ngahnya mempunyai jawatan tinggi sebagai bomba dan dia pun ada memasang cita-cita hendak bersuamikan bomba. Tapi, itu cuma angan-angan kosong seorang pelajar sekolah menengah. Itupun setelah terpandang wajah anggota bomba yang kacak itu dan menyedari besarnya pengorbanan bomba sebagai wira merah. Sewaktu memandu, dia berkira-kira ciri-ciri suami yang diingininya itu. 'Pemalu,pendiam,rajin,bertanggungjawab,setia,sayang isteri,' lalu dia mereka-reka cerita antara pertemuan dia dan lelaki misteri itu. Dia ketawa sendirian selepas puas berangan. Nasib baik jadi cikgu bukan jadi Si Luncai tapi kalau nak jumpa, ada ke?
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romansa"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...