8

144 5 0
                                    

Faris mengelamun memandang siling khayal dalam fikiran sendiri. Dia tersenyum seorang diri setelah penat melawat 5 buah sekolah pagi tadi. Keesokan harinya dia perlu bertugas lagi, lebih baik dia menenangkan fikiran sebentar. Dia teringat peristiwa dia menolong cikgu muda itu, sambil dia menyerahkan buku-buku itu,sempat dia membaca nama di tagnya "An-Najwa". 'Ana?Wawa?'

Sewaktu dia menyiapkan alat-alat memadam api, sempat dia mencuri pandang cikgu itu yang sedang beramah dengan pelajarnya. 'bukanlah garang sangat'. Walaupun ditenung berkali-kali, dapat juga dia melihat senyuman manis cikgu itu. Bukan calang-calang orang dapat tengok terutamanya lelaki. Cuma yang paling pecah perut, muka dia waktu terpandang Adam. Bukan main terkejut, nasib baik tak diterkam kawannya itu. Dia cuma tergelak dari belakang.

 Waktu Adam salah sebut tu, Analah orang yang paling bahagia sekali. Dia ketawa sakan. Bukan main balas dendam lagi. Memang dia nak betulkan Adam dari tadi, tapi dah takdir kan. Dia terus memerhati cikgu itu yang selesa dengan anak-anak muridnya. Ada kala dia memayungkan mereka dengan tangan, ada kala dia berdiri menghalang Matahari, ada kala dia menjawab soalan pelajar. Dengan gaya-gaya tangannya lagi, sama naik macam Adam. Namun reaksi pelajarnya nampak faham terutama pelajar Cina.

Adam pun satu suka sangat mengusik! Nasib baik cikgu-cikgu veteran melindunginya kalau tidak ..... aku rasa habis Adam disembur dengan alat pemadam api. Dia ketawa sendirian sebelum pintu biliknya dikuak. "Kenapa, mak?"
"Tak adalah ,mak nak tengok saja ada pontianak ke kat bilik kamu ketawa malam-malam ni?"
"Eh, takdelah!" Ibunya membiarkan anaknya sendiri. Baru hari ini dia melihat anaknya ketawa sendirian,'dah kurang tabiat ke, ke ada berita?'. Puan Zainab tersenyum.

Faris menyambung lagi angan-angannya. Di kantin itu, dia pun rasa bersalah. Kenapalah Adam melampau? Terkejut dia dijerit oleh Ana tadi. Tapi mendengarkan cerita cikgu-cikgu lain barulah dia faham. Sekilas pandang pun dia tahu Ana dingin tapi takkanlah dia boleh mengajar kalau langsung dia tiada kebaikan. Lagipun dia tengok sendiri perwatakan Ana. Dia yakin Ana perempuan baik. Yang peliknya kenapa cikgu-cikgu itu beria nak kenalkan dia?

Faris berkira-kira sama ada dia patut meminta maaf daripada Ana. Tapi bila? 'Ah,sudahlah!Kalau ada jodoh ada, kalau tak ada, tak ada.' Dia pening memikirkan masalah itu tapi kenapa dia nak stress pula? Faris terbenam dalam mimpinya.

Keesokan paginya dia bersarapan di meja sementara ibunya bertanya mahu lauk apa hari itu. "Asam pedas." spontan dia menjawab. Tersenyum. "Tiba-tiba kamu nak makan asam pedas kenapa?"Cuak. "Tak ada lah, rindu asam pedas mak.." 'Ada-ada sahaja anak bujangnya itu.'

Dia bersalaman dengan mak dia sebelum bertugas , "hati-hati mak."Faris pun memandu keretanya sambil tersenyum. Apabila sampai dia diusik lagi. Tiba-tiba Tuan Zul keluar dari biliknya dengan bengis.

"Hah, kamu kacau anak saudara saya ya?" dia menyergah.Terkejut Adam lalu berdalih, "taklah Faris." Tuan Zul yang sedari tadi hendak marah terus memandangnya, "Berani kamu kata Faris ? Saya tahu dia pemalu!" Faris cuma ketawa tanpa bunyi. Padan muka Adam.

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now