15

157 6 0
                                    

Sudah sampai waktunya untuk Faris pulang ke kampung. Setelah berkira-kira dia telah banyak memohon petunjuk dari Tuhan agar urusannya dipermudahkan. Biarlah hatinya membawanya ke landasan yang benar, semoga pilihannya tidak disia-siakan. Faris tersenyum membayangkan hidupnya pada masa hadapan.

.........................

"Faris, dari tadi mak nampak kamu asik termenung aje, apa yang kamu serabut sangat tu?" sapa ibunya di pondok luar rumah. Faris menggeleng sebelum mendongak melihat ibunya. Dia memegang tangan wanita itu dengan lembut sambil tersipu malu. "Mak, Ris sebenarnya ada benda nak bagitahu." senyuman manisnya tak lekang dari bibirnya. "Tapi, nantilah." usiknya. Ibunya cuma menampar lembut bahu lelaki itu.

"Hah, Faris , tadi kamu kata ada benda nak cakap. Cakaplah depan semua orang ni." pinta ibunya sewaktu makan malam keluarga. 
Faris yang cemas dengan permintaan ibunya itu, menjawab "tak ada apa lah mak." sambil tertunduk menatap nasi. 
"Aih, malu-malu pulak, cakap aje lah!" ibunya makin tak sabar.
"Hah, pasal kak Ana lah tu." sergah adiknya. Tersedak Faris lalu mencapai segelas air.

"Ana anak Cik Ros?" maknya teruja. Faris tak keruan lalu cepat-cepat masuk bilik. Maknya yang tidak puas hati dengan sikapnya pun lekas-lekas masuk ke biliknya untuk menyiasat. "Faris cepatlah bagitahu mak dengan siapa yang kamu suka tu." gesa ibunya. Tidak sempat dia hendak berdoa, dia terus melipat sejadahnya. "Tak ada apa lah mak. Esok Faris bagitahu?" pintanya. Ibunya mengiakan lalu berlalu keluar.

Pada dua per tiga malam itu, dia bangkit membersihkan diri untuk memohon petunjuk Ilahi. Biarlah kali terakhir ini dia mendapat jawapan yang pasti sebelum membuat keputusan yang besar dalam hidupnya. Keesokan paginya, dia menyertai ibunya di belakang rumah yang sedang memetik daun kunyit untuk dibuat jemput-jemput. "Mak ,,, " dia menyapa ibunya membuatkan ibunya terkejut.  "Kamu ni pun, terkejut mak."  

"Mak, Faris sebenarnya ...." takut-takut dia bercakap.

"Kamu sebenarnya nak ... nak kahwin?" sergah maknya.
Faris tersentak ke belakang, "tak ada lah .... Faris cuma nak kenal je dengan dia tapi ... Faris nak minta doa mak dulu." Alahai anak bujangnya itu. 
"Faris , mak tengok Ana tu pun baik budaknya. Entah tak tahu kenapa, sejak pertama kali mak jumpa dia, mak rasa ada sesuatu pada dia. Macam firasat mak ni.." ibunya menggosok-gosok dadanya sebelum menyambung  "macam dia baik untuk kamu!".  Faris malu dengan pengakuan ibunya tapi dia turut berasa gembira. 

"Nanti mak panggilkan mak dia, kita ke BP ya, pergi rumah dia." maknya mencadang.
"Mak, janganlah macam tu mak ." rayunya.
"Apa yang jangannya, mak tak cakap pun nak buat apa lagi." ibunya tersengih.
"Faris , kalau benda baik macam ni janganlah kamu lewatkan lagi pun mak yakin dengan dia. Nanti mak buatkan solat Istikharah minta petunjuk." Ibunya berlalu pergi sambil mengukir senyuman.

Ana ;

'Kenapa aku tersedak-sedak satu hari ni. Siapa lah yang sebut-sebut aku ni?' rungutnya sambil cikgu-cikgu lain turut risau akan keadaannya. Setelah menyiapkan kerjanya, dia memandu pulang ke rumah. Tatkala dia memarkir keretanya di luar rumah, dia ternampak sebuah kereta yang pernah ditengoknya. 'macam kereta Fa....!' Dia cepat-cepat masuk ke rumah untuk tercegat di muka pintu melihat begitu banyak wajah yang tidak dikenalinya kecuali ibu Faris dan ....

"Hah, apa yang kamu tercegat dekat situ. Duduk sini!" ibunya menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya. Selepas bersalaman dengan kaum Hawa, dia duduk di sebelah ibunya.

"Kau kata tiada apa dengan Faris. Ni?" ibunya memandang tetamu mereka sebagai isyarat.
Ana yang hanya terpinga-pinga terus mendiamkan diri. 

"Ana mak cik nak tanya kamu ni, kamu suka ke dengan anak mak cik ni, Faris?" wanita itu bertanya penuh harapan. Ana hanya tertunduk. "Kalau diam tu tanda setuju." usiknya. Ana terus berdiam . Dia berbelah bahagi untuk memberi jawapan, dia sendiri tidak pasti. Faris turut rasa bersalah dengan situasi itu. "Saya .... " dia memandang ibunya serba salah . "Saya tak tahu." terkejut semua orang di situ. 

"Mak cik bukan nak paksa kamu, cuma mak cik datang ni nak merisik aje. Kalau tak ada aral ..." dia memandang Faris. Ana tak pasti , takut, rasa ingin ditampar pipinya kalau ini sebuah mimpi. "Macam nilah Wa, kalau kau susah sangat nak cakap, kami bagi kau masa berfikir." Ana semestinya takut mengecewakan mana-mana pihak, tapi bagaimana kalau hatinya yang terkecewa. Ana bersalaman dengan tetamunya sambil menyembah Bumi kerana takut.

..............................

"Haih, Ana tu tak suka kamu ke Faris?" maknya bertanya. Faris yang sedari tadi diam menjawab,"taklah , dia terkejut."
"Abistu , kamu nak cakap dia suka kamu ke?", gurau maknya.
"Mungkin .... " Faris tersenyum. Ibunya kemudian menyambung lagi. "Hari tu mak ada solat Istikharah, kalau tidak takkanlah mak nak teruskan !" jelas ibunya.
"Mak rasa ... dia ke?" Faris menunggu. 
Ibunya mengerling sebelum menjawab "Ya~~" . Dia lalu menampar lengan anaknya sambil ketawa. Faris turut sama gelak sebelum menjawab "Ris pun rasa." 'Kalau ada jodoh, In Sya Allah.'

...............................

Ana ;

Dalam kerungsingannya , dia terus mencapai telefon bimbitnya untuk memanggil Nad dengan telekung masih tersarung. 

"Nad?" dia menyapa sendu. Nad tahu yang kawannya itu bermasalah dari nadanya.
"Hello, Ana , kenapa ni?" dia bertanya penuh kerisauan.

"Nad, ada orang merisik aku. " Lama-lama dia menyambung, "bomba hari tu."
"Apa?" tanyanya terkejut.

"Tu lah aku resah ni. Aku tak nak bermusuh dengan sesiapa tapi aku tak tahu."
"Macam ni kau minta petunjuk banyak-banyak, kau doa, kau solat hajat, kau tenangkan fikiran. Kalau boleh kau pergi bercuti hujung minggu ni." cadang Nad yang mencuri masa dalam menyiapkan tesis sarjananya.
"Aku dah minta tapi .... macam tak kunjung tiba." Nad ketawa dengan ayat kawannya itu.
"Takpelah Nad, aku cuba lagi. Thanks, wei. Sayang kau."

Pada dua pertiga malam itu dia memohon kepada Allah agar hatinya terbuka. 'Farisss!!!!', mimpi ngeri itu mengejutkannya. Adakah itu suatu petunjuk? Kebakaran. Wira? Hatinya sakit, sedih. 


Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now