Terkejut Faris dibuatnya. Belum sempat menjawab, berdas-das soalan diaju lagi.
"Bila nak cari makwa?Tak sunyi kesorang-sorang?Kamu ni bukannya takda rupa pon. Tinggi,cerah, comel. Kamu seorang sahaja yang 'solo' ni", Tuan Zul menghabiskan soalan-soalannya dengan gelak kecil. "Takkan nak tunggu bidadari kot?", dia menambah lagi. Kawan-kawan Faris giat beraksi di belakang Tuan Zul. Bukannya tak perasan, malas nak diendahkannya. Makin dilayan, makin menjadi! Panas suhu badan Faris bila ditalukan bertubi-tubi soalan yang dia sendiri tidak tahu jawabnya dari ketuanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berterus terang meluahkan hasrat hati yang sudah lama terkubur."Sa..sa.ya,bukan apa, Tuan, sa..sa..ya,,kalau,kalau boleh,,", ada wakaf di setiap suku perkataanya. "Kamu kalau boleh apa!", terkejut Faris disergah Tuan Zul sekali lagi lalu laju sahaja bait-bait bicara terkeluar dari mulutnya.
"Saya kalau boleh nak cari yang betul-betul setia, yang sanggup berada di samping saya waktu susah dan senang,yang boleh terima kerjaya saya,yang sudi jadi isteri saya." Sekali lafaz, dia menyebut karakter idaman bakal isterinya nanti.
"woooo~,cia,cia,cia, piwitt~~", suara-suara sumbang menyahut penjelasannya sambil Tuan Zul terkesima dengan jawapan pemuda itu. Tuan Zul menaakul ciri-ciri yang disebutkan anak buahnya itu sambil mengurut-ngurut janggut ciputnya. Dia memandang sayu wajah Faris yang sedang bermain mata dengan kawan-kawan nakalnya. Tiba-tiba, wajah seorang gadis muncul di benak fikirannya. Mustahil. Dia kemudiannya mendoakan kebahagiaan anak muda itu dalam ucapannya, "Saya doakan kamu jumpa bidadari yang setia."
"Terima kasih, Tuan." Ejekan rakan-rakannya dibalas dengan jelingan tajam dari matanya yang redup itu. Kendatipun itu, kaum Adam itu masih lagi tidak faham bahasa terutamanya insan bernama Adam. "Tak lama lagi, kita makan nasi minyakkklahhh."Bergegar khemah itu dengan hilai tawa mereka. Faris hanya tertunduk mengenang nasib.
Tuan Zul a.k.a pak ngah ;
Dalam perjalanannya pulang ke rumah, dia mengimbas kembali ciri-ciri yang disebutkan Faris itu. Macam pernah dengar ayat itu sebelum ini. Gambaran gadis itu muncul semula. "yang setia kot" jawab An-Najwa bila ditanya soal kahwin, Walaupun berbeza struktur ayatnya, kata-kata Faris benar-benar mengingatkannya pada anak saudarnya itu, An-Najwa. Gadis itu dikatakan tidak pernah menjalin apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Melihat karakternya pun tahu, dia sungguh pemalu dengan lelaki cuma dia sering disalah anggap sebagai biadap kerana perwatakannya yang dingin itu.Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dia tersenyum sendirian.
"Eh, apa yang awak senyumkan tu bang?", tanya isterinya.
"Tak adalah. Saya cuma berkira-kira kalau si Wawa tu berkahwin dengan pegawai bomba macam saya, macam mana agaknya?", dia tergelak kecil.
"Eh,ke situ pula! Wawa yang selalu muncung tu ada ke orang nak?", tajam mult mak ngah."Kalau awak yang tak pernah tegur dia, tak akanlah dia yang nak mengampu awak. Kalau bercakap pon sinis, pasal resultlah, pasal kerjalah.", pantas pak ngah membela nak saudaranya itu namun ditepis mak ngah.
"Amboi bang, saya ni isteri awak tau!" Pak ngah diam bukan kerana kalah tapi malas hendak melayan isterinya itu. Bukannya dia tak tahu hubungan keluarganya dari azali tapi yang lepas biarlah berlalu. Selagi ada masa, akan dia tebus kesilapan isterinya pada keluarga itu.
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...