1

367 6 0
                                    


Ana;

Dia mengerling jam radio keretanya yang menunjukkan waktu 3.00 petang. Aduh, awal lagi ni! Patutnya ditambah-tambah alasan agar merekabergerak lambat tapi berdesing telinganya untuk mendengar leteran ibunya dari siang tadi. Mentang-mentanglah anak kawan dia yang kahwin, bukan main teruja lagi. Bukannya anak dia yang kahwin pun. Ibunya tu bukan boleh dibiarkan, sejak pencen ni, makin rindu pada kawan-kawannya. Bukan sejam dua jam , kalau boleh sampai nak tunggu pengantin buka hadiah agaknya. Takpa , aku ada kuasa veto sebagai 'driver',tapi boleh pakai ke kuasa aku ni? Aku bukannya apa, ada sahaja drama yang menimpa setiap kali aku berjumpa kawan-kawan ibu. Itu yang menyam..... Belum sempat aku jejak kaki ke bumi, laju lagi ibu aku keluar dari kereta seperti lipas kudung. Bukan main riuh lagi bila sahabat lama berjumpa. Aku melangkah perlahan menuju ke arah ibu. Dari jauh, sudah aku nampak kumpulan mak cik-mak cik ... (kawan-kawan mak aku) yang patut aku elakkan. Bukannya apa, ada sahaja soalan yang aku tiada jawapan nanti. Dengan berhati-hati, aku bersalaman dengan tuan rumah, semoga aku terlepas.

"Eh, Ros ini anak kamu ke?", tiba-tiba kawannya yang lain datang menyapa,sudah gaharu,cendana pula,sudah tahu bertanya pula.
"Wawa kan?", Ya. Aku mempamerkan senyuman kepuraan.
"Dah besar dah dia", yalah, takkanlah makin muda?
"Haah la , Wawa, yang cikgu tu. Aku ada dua cikgu, tinggal ni je 'solo'.", mereka riuh ketawa.
Tiba-tiba dia menarik lengan baju seorang lelaki, "Eh, ini anak aunty, tak nak kenal ke?", aku terus pandang tempat lain.
"Tak dapat kakak, adik pulak." puas mereka ketawa. Aku mereka alasan lapar sambil memandang serius wajah mak aku.
"Hah, lapar? Biar abang Dany sendukkan.", sambung dia lagi tak habis-habis.
"Takpa, ada tangan." jin mula merasuk aku.
"Amboi, Ros, sombong betul anak kamu ni!", ucapnya menyampah.
 "Kau pergilah makan dulu," arah ibuku.

Aku pun berlalu pergi dengan wajah yang kelat. Dia bukannya tak kenal anak sendiri, lagi nak diusik-usiknya. Nah, ambil angin aku! Melihat lauk-lauk pengantin, aku mual tekak, asik-asik nasi minyak , dal, beriani. Bosannya hidup ni. Dari jauh aku nampak pak ngah dengan isteri dan anak-anaknya. Patutkah aku tegur? Dari dulu lagi aku bukannya rapat dengan keluarga mereka. Lagipun, aku masih ingat apa mak ngah buat pada mak aku. Menyampah! Aku buat-buat tak perasan. Dengar kata, pengantin lelaki tu pegawai bomba, mestilah pak ngah datang meraikan sebagai superior. Aku pun berjalan ke meja cendol. Waktu aku nak duduk tu, boleh pula ada seorang lelaki terlanggar aku. "Sorry.", ucapnya ringkas. Nasib baik tak tumpah, kalau tidak mandi cendol kau hari ni. Aku cuma perhatikannya dari belakang. Sambil menikmati cuaca panas, aku bermonolog, "mak aku ni kenyang ke?" . Lepas makan, aku pon pergi ke mak aku walaupun aku tahu mak cik tu mesti tak suka. Peduli apa?

Nad ;

Eh, macam kenal! Tengok dua kali. Ana, lah! Aku pun berlari anak ke arahnya. Makin lama , makin laju dia melangkah. Tak boleh jadi. Aku kena kejar. "Ana! Ana!" Aku menjerit -jerit dari belakang. TIba-tiba dia berjalan di lereng bukit pula menuju ke gerbang utama. Maklumlah, kenduri kampung bukannya buat di dewan pun.  "Anaaa!!" Nasib baik dia menoleh tapi,tapi, aku tak boleh kawal kaki aku. Aku makin laju dan dekat dengan dia.

Jeng! Jeng! Jeng!

...............

Comment and like.

Love,author.

Ku Tunggu CintamuWhere stories live. Discover now