Badannya terdampar di tepi jalan tidak berbaju. Dia diangkat oleh orang lain ke hospital.Tuan Zul rungsing memikirkan kehilangan Faris sehingga dia menerima panggilan duka dari hospital. 'Faris , maafkan saya. Wawa, maafkan pak ngah.'
.............................
"Ah!" jari Ana tersepit sewaktu dia menutup pintu biliknya. Ibunya ada bertanya berita tentang Faris tapi diberitahu sahaja hasrat murni mereka. Dia membuat panggilan telefon dengan Puan Zainab pada malam itu. Katanya dia akan melawat mereka lagi bulan hadapan dan membantu persiapan majlis. Ana mula rasa tidak sedap hati lalu dipeluknya patung 'angry bird' kesayangannya. Entah kenapa, walupun dipejam celikkan matanya, dia tidak dapat tidur, rindukan Faris agaknya tapi ... dia tak boleh menelefonnya.
..........................
Ana yang tidak nyenyak tidur terbangun lalu mencapai telefonnya untuk menyemak info penting. Terbuntang matanya melihat bertubi-tubi panggilan ibu Faris yang tidak dijawabnya. Antara panggilan-panggilan itu, terselit panggilan pak ngah. Ana pelik, kenapa pulak orang-orang ini memanggilnya. Ana mengambil keputusan untuk menelefon bakal mentuanya dulu.
.............................
Telefonnya terlepas dari tangan, dia tidak dapat menerima hakikat, dia sungguh sedih. Air matanya gugur berjuraian. Pedih. Sakit hati ini. Mengapa? Kenapa dia? Apa salah dia?
Air mata ini tidak mudah untuk gugur dengan sendirinya melainkan ada berita yang menyayat hati. Faris, kenapa kamu? Dia menyeka air matanya sebelum bersiap menuju Hospital Sultanah Nora Ismail. 'Faris, tunggu saya.'
"Ana .. Faris cedera parah, dia sedang dirawat di hospital, mak tak boleh pergi lagi ni, kamu tolong jaga dia boleh. Kejap lagi mak sampai, mak tengah tunggu bas. Tolong, ya." pinta wanita sebaya ibunya dalam esak tangis yang tersedu-sedu. Ana resah, dia masih lagi menangis dalam pemanduannya. Dia membawa ibunya bersama dan memintanya menemani Faris sementara dia pergi bekerja.
Mereka tidak dibenarkan masuk , cuma menunggu di luar dewan bedah. Ana ke surau untuk merintih sayu. Dia terlalu berharap. Walaupun setelah habis waktu Subuh, Faris masih tidak dikeluarkan lagi. "Mama tolong ya?" Ibunya memahami. Satu hari itu dia tidak mematikan telefonnya menunggu berita , berita-berita sudah heboh tersebar di kaca TV dan dada akhbar. Dia sedih, soalan daripada guru lain dijawab sayu. Tiada senyum, harinya kelam.
Dia membaca mesej ibunya pada waktu rehat, Faris ditempatkan di ICU kritikal. Ditahan tangisannya. Hanya beberapa jam lagi, dia akan pergi ke hospital.
.............................
Dia disambut oleh Puan Zainab dan ibunya. Wanita itu memeluknya erat lalu air matanya membasahi baju Ana. Ana tidak mampu bersuara, jika tidak dia akan menangis. Ahli keluarga Faris semua telah berada di situ. Mereka melakukan solat hajat berjemaah dan meminta kerjasama ahli surau membantu.
Tiba masanya, dia dibenarkan masuk ke ruang ICU namun dia tidak boleh masuk ke dalam bilik sekadar melihat melalui cermin. Ana berdiri di sebalik cermin menyentuhnya seolah-olah membelai orang itu yang diselubungi wayar. Lebam-lebam badannya, dia cuma bernafas dengan bantuan mesin. Tak! Ana teringatkan arwah datuknya yang turut disambung mesin pernafasan namun pergi meninggalkan mereka. Tidak!!!!! Ana menepis suara-suara sumbang yang cuba menghasutnya. 'Faris,kuatlah kamu, tak kuat tengok kamu begini.' rintihnya.
Di kafetaria, dia cuma menjamah sandwich kerana tidak berselera bersama ahli keluarga yang lain. Dia pulang ke rumah untuk mengambil pakaiannya. Dia bercadang untuk menemankan mak Faris menjaganya. Keesokan paginya, dia akan bertolak dari hospital ke sekolah. Begitulah hari-harinya selepas itu. Ana tidak berhenti mengirimkan doa setiap saat. Setiap hari dia mengirimkan yassin dan solat hajat. Dia turut meminta banyak surau mengadakan solat hajat mendoakan Faris. Dia tak sanggup kecewa.
.....................
Apabila dia sampai di hospital, Puan Zainab memandangnya sayu. Dia memberi Ana sebuah buku dan beg kertas. "Tadi, mak kemaskan bilik Faris. Ini mak ada terjumpa, rasanya Faris nak bagi kamu." senyumnya lemah. Ana mencapai pemberian ibunya lalu dibuka satu persatu. Ada kain pasang 'batik' eksklusif serta seutas rantai. Ana membaca buku itu bersama ibu Faris. Air matanya jatuh berlinangan.
......................
"Hari ini kali pertama aku keluar bersama Ana. Aku memang takut tapi ... aku teringin sangat nak berjumpanya. Cuma sekali ini sahaja aku nak jumpa dia dan apa jadi? Dia buat aku sungguh bahagia dengan teletahnya.Comel. Tunangku itu bukan sebarangan orang , pelajar dan guru cemerlang. Aku bangga dan aku berjanji berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik buatnya. Entah kenapa sejak belakangan ini, aku rasa tak sedap hati , aku tak lalu makan tapi aku kena 'fokus' bak kata Ana :) Sedap lauk capcay dan kari dagingnya sampai menjilat jari aku dan aku tak bagi Adam banyak , hanya sesudu. 'Ahhhh,sayangnya!'
Dapat dia bayangkan Faris menulis diarinya. Dia menyelak muka surat seterusnya.
"18 Ogos. Tak nak bagitahu konon, macamlah aku tak boleh tahu. Sudah aku tanya ibunya siap-siap. Aku menjelajah ke kedai bunga dan memilih mawar merah semerah hatiku lalu aku pergi ke pusat membeli-belah , aku tercari-cari apa yang aku nak beri padanya. Kain pasang itu berebut-rebut aku beli sewaktu ada promosi di Facebook, mana taknya kaum Hawa berebut-rebut. Aku pergi ke kedai barang kemas dan memilih seutas rantai seperti dicadangkan jurujual itu. Aku ingat aku dah pilih hadiahnya tapi aku ternampak patung angry bird di taman tema. Bukan ke Ana selalu muncung? Hahahaa, tapi dia pernah senyum kat aku. Aku hantarkan hadiahnya di rumah sebelum bertugas. Bukan main seronok ibunya. :)"
"Ana? Macamlah dia dengar. Tak tahu kenapa seminggu dua ni aku sungguh merindukannya tapi aku dah cakap tak nak telefon dia. Aku rasa tak sedap hati memanjang tapi aku berdoa macam Ana pesan.Hari ni aku akan bertugas malam."
"Ana, walaupun Ana berada jauh di mata abang, tapi Ana sentiasa berada dalam hati abang. Abang takut akan melukakan hati Ana tapi abang tahu Ana kuat kan? Abang harap tiada apa akan terjadi waktu bertugas.
Ana, tahu tak Ana buat abang bahagia sangat walaupun Ana tak banyak cakap, teletah Ana sungguh comel. Abang pun rasa pelik kenapa abang tiba-tiba menulis tapi abang rasa sayu seolah-olah ...........
Ana, kalau Ana terbaca penulisan abang ni, abang harap Ana akan tahu betapa abang sayangkan Ana. Abang tak pernah menduakan Ana dan abang tahu Ana setia menunggu abang. Kalau terjadi apa-apa, tolong jagakan ibu abang. Abang sayang Ana."
Ana tidak mampu menahan air matanya lagi. Dia menangis sekuat-kuatnya, meratap.
..................
Menurut doktor , keadaannya semakin stabil tapi dia masih belum sedarkan diri. Sudah dua minggu dia menunggu tapi apalah usahanya kalau dibandingkan dengan Faris yang sedang bertarung. Dia memandang Faris dari luar tingkap. 'Tolong, bangun.' pintanya.
YOU ARE READING
Ku Tunggu Cintamu
Romance"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan...