DMA 3

833 35 2
                                    


"Mana pulak si Naura ni,aku call tak angkat,aku wassap tak replay"kata Dayyan sambil melihat sekeliling kot2 ade ke minah tu. Dari jauh lagi dia nampak Hana dengan baju yang sangat kotor Seperti baru kena simbah dengan air.

"Kau berenang kat dalam loji belakang mall ke apa sampai baju ko kotor habis ni Naura"

"Ishh abang ni, dah lah jom balik"arah hana pada abangnya. Hana terus berlalu pergi meninggalkan abang nya yang terkejar kejar dia dari belakang.

'Dia ni nak marathon ke apa,bukan main laju lagi'

Mereka terus meninggal kan mall dan balik ke rumah. Ye lah takkan nak pergi tempat lain pulak dengan baju macam ni eeee stress dibuatnya."kau ni kenapa dik ,dengan baju kotor macam tu,cuba cerita kat abang apa dah jadi?" Dayyan memulakan percakapan dengan lemah lebut.gila nak cakap kasar2 mau terbabas kereta ni nanti.

"Abang tau tak, ada seorang mamat ni dia langgar Naura sampai jatuh,lepastu kan air yang dia pegang tu terkena pulak baju Naura. Dah lah tak reti minta maaf pastu sempat lagi dia kutuk baju Naura ni buruk.eeee kalau Naura jumpa dia Naura siat siat muka dia.harap muka je handsome tapi mulut puaka".Dayyan yang mendengar tu hanya menggelengkan kepala sahaja "kuat membebel jugak ko ni kan"sindir Dayyan

"Eeeeee abang ni kan,orang tengah marah ni. Boleh pulak dia main2"Naura memuncungkan mulut nya sepanjang-panjang yang boleh."mulut tu tak boleh panjang lagi ke.senang sikit abang nak sidai kulit gajah nanti"gelak Dayyan.Hana menjeling abang nya yang tak berhenti gelak. Dia hanya mendiamkan diri.dalam diri dia masih berbaki kemarahan yang berlaku tadi. Dia tak nak membazirkan air liur dengan bergaduh bersama abang nya pula.

Setibanya mereka di rumah.Naura terus masuk kebilik.umi yang melihat pun pelik apabila melihat anak nya masuk rumah dengan muka ketat dan baju kotor."kenapa dengan Naura tu yan?. Baju bukan main kotor lagi"kata umi pada Dayyan yang baru masuk ke dalam rumah."tadi air tertumpah atas baju dia"dalih Dayyan kerana tidak ingin uminya risau.

"Macam mana boleh tumpah pula"

"Ntah dia careless sangat"

"Mmmmmmm ye lah"

"Yan naik atas dulu ye, Good Night umi, Assalammualaikum" aku menyalam tangan umi

"Waalaikumusalam"umi memandang aku sampai naik tangga dan uminya sambung cerita dramanya di tv.




*****





Selepas dia masuk ke dalam bilik , Hana pergi ke bathroom untuk membersih kan dirinya yang dah sudah melekit lekit disebabkan mandi air coklat di mall tadi .apabila selesai mandi dia terus memakai baju dan terus menunaikan solat isyak.selasai solat dia terus menghumban bandanya ke atas katil. Ting! Dia tersentak apabila telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Terus dia membuka aplikasi Whatsapp dan buka group best army friends  group khas untuk kawan baik dia sahaja.


Best army friends😎🔫

Mira
We betul ke hana gaduh dekat mall😲

Arifah
Srs lah! Mana kau tahu?

Mira
Amar bagi tahu aku tadi

Arifah
Dgn sape?laki ke pompuan?hansem ke tak? Tinggi ke pendek? Putih ke hitam?melayu ke korea?

Mira
Ish kau ni tnya bnyk sangat soalan apehal,jenuh aku nak menjawab satu2😑

Arifah
Hehe jgn marah,aku just nak tahu je

Mira
Amar cakap lelaki,kawan dia. Nama dia aku tak tau lah

Arifah
Alahh ko tanya lah apa nama dia kot2 aku kenal ke

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now