"Kau lepaskan dia bro"
kata seseorang dari belakang aku. Walaupun aku tak nampak mukanya tapi aku kenal siapa pemilik suara itu.
"Rayyan tolong aku" kata ku pada Rayyan untuk menyelamatkan aku daripada jantan yang mengenggam tangan aku ini.
"We Rayyan selamatkan member aku we." Rayu Arifah sambil mengoncangkan badan Rayyan sekuat hati.
"Kau lepaskan dia" kata Rayyan.
"Kalau aku tak nak? One more ini bukan urusan kau. So jangan nak masuk campur." katanya sinis lagi memperkuatkan genggamannya.
"Kau sedar tak apa yang kau buat ni. Dia tu perempuan yang patut kita hormati dan lindungi. Kau tak boleh layan dia macam ini."
"Better kau jangan masuk campur hal akulah."
"Kau jangan cabar aku Wafiy." Rayyan sudah hilang sabar apabila melihat Hana di pegang orang lain.
Aku melihat Rayyan menggengam penumbuknya sekuat hati. Nampak sangat dia tengah berapi.
"Kan aku pernah kata kat kau yang suatu hari nanti dia akan jadi milik aku. Takkan kau dah lupa."
"Tapi bukannya denga cara ni."
"Asal kau nampak marah sangat? Kau suka dia ke? Aku rasa tak. Sebab kau bukannya kesah pasal dia pun. So better kau jangan masuk campur." Katanya dengan gelak ketawa.
Rayyan yang hilang sabar terus menumbuk muka Wafiy dan menarik Hana dekat dengan Arifah. Wafiy sudah jatuh ke lantai. Aku dan Arifah terkedu melihat tindakan Rayyan.
"Aku suka dia ke. Aku tak suka dia ke. Itu bukannya urusan kau lah b****." Kata Rayyan menumbuk muka Wafiy buat kedua kalinya. Tetapi Wafiy sempat elak menyebabkan penumbuk Rayyan tadi terkena lantai.
Aku menutup mata manakala Arifah terkejut apabila terdengar tumbukan Rayyan pada lantai.
"Rayyan sudahlah nanti cikgu nampak macam mana. Kau nak kena gantung sekolah ke." Kata aku risau apabila Rayyan menumbuk Wafiy.
"Aku tak puas lagi nak kerjakan dia ni." Rayyan memegang koler baju Wafiy dengan kuat.
"Kau dengar sini. Kau dengan adik kau tu sama je. Perangai serupa macam setan korang tu baik pergi main jauh-jauh lah. Jangan kau kacau Hana lagi. Kalau kau buat apa-apa dekat dia. Aku tak teragak-agak cari dan kerjakan kau."kata Rayyan geram.
"Sudahlah Rayyan. Berhenti" kataku cuba menjauhkan Rayyan dengan Wafiy.
Rayyan melepaskan koler baju Wafiy menyebabkan kepala Wafiy terhantuk perlahan diatas lantai.
******
Kami bertiga pergi ke taman di dalam sekolah ini. Rehat hanya tinggal lagi 10 minit.
"We korang aku nak pergi kantin ni. Aku lapar korang tunggu eh kat sini. Aku pergi dulu." Kata Arifah berlalu pergi meninggalkan aku dan Rayyan.
"Eh sekejap!" Jerit aku tetapi kelibat Arifah sudah pun menghilang di pandangan mata. Aku mengeluh. Tiba-tiba terasa kekok pula duduk dengan si Rayyan ni.
"Terima kasih" Terpancul ayat itu dari mulut ku. Rayyan pula memandang ku dengan muka tanda tanya.
"Thanks for what?" Soalnya.
"Sebab kau dah banyak tolong aku. Aku bersyukur kau ada selamatkan aku. Kalau kau tak ada. Aku tak tahu lah jadi apa dekat aku ni." Kata ku menunduk malu.
"Banyak ke? Dua kali je kut." Katanya sambil bersandar di kerusi.
"Dua kali tu banyak lah"
"Iya lah miss Hana." Katanya sambil ketawa.
"Apa yang lawaknya. Aku rasa aku tak buat lawak pun." Aku melihat lelaki di sebelah aku ketawa perlahan.
Mata ku terpandang tangan kanannya yang seperti sedikit berdarah.
"Rayyan!" Jeritku. Rayyan terkejut apabila aku memanggil namanya dengan kuat.
"Kenapa?" Soalnya.
"Bagi handkerchief kau."
Tanpa banyak soal Rayyan memberikan handkerchiefnya pada aku. Aku mengambil dari tangan Rayyan.
"Hulur tangan kanan kau"
"Kau nak buat apa? Kau jangan macam-macam Hana."
Aku mengulingkan mata. Aku mengambil tangan Rayyan dan mengikatkan handkerchief itu pada tangannya yang luka.
"Tangan kau luka. Takkan nak biarkan terdedah je. Nanti kalau terkena jangkitan kuman macam mana? Aku tak nak kau sakit. Siapa nak jaga aku." Kata aku. Membuatkan Rayyan terpinga di tepi.
Setermeta aku memberhenti kerja mengikat tangan Rayyan yang luka itu. Apa yang aku cakap tadi? No!?
"Ya Allah Rayyan. Apa yang aku cakap tadi. Astaghfirullahaladzim." kataku kalut. Rayyan di sebelah sudah ketawa terbahak-bahak.
"Apa yang kau cakap tadi?" Soal Rayyan sambil mengelap air matanya yang terkeluar sedikit.
"Manalah aku tahu. Aku amnesia sekejap."kata ku memandang tempat lain apabila selesai membalut luka di tangan Rayyan itu. Aku berasa malu akan kejadian tadi.
"Kau ni pandaikan ambil hati orang lain" katanya. Aku yang dengar pula mengangkat kening dan memandang dia kembali.
"Ha?"
"Oh lupa pula. Budak bijakkan selalu blank" dia ketawa dan bangun meninggalkan aku. Aku pula mencebik dan memeluk diriku kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata Rayyan.
"Jom ah. Lagi dua minit je lagi ni nak habis rehat." Aku terdengar suara Rayyan melaung ke arah ku. Uish cepatnya dia jalan. Guna enjen kuda ke apa?
******
"We Arifah! Kau pergi mana? Kenapa kau tinggalkan aku berdua-duaan dengan lelaki tu? Kau memang sengajakan." Kata ku bengang apabila melihat Arifah dan Mira duduk bersembang di dalam kelas.
"Haha, tadi di kantin aku ternampak Mira. So, aku rehatlah dengan dia. Lagi satu, memang aku sengaja pun. Saja biarkan kau dengan dia. Huhu kut-kut cinta boleh berputik ke. Bolehlah kau selamat dari budak Wafiy tu." Terang Arifah.
"Kau jangan nak merepeklah" bengang aku pada Arifah. Mira pula tergelak apabila melihat ku.
"Untungnya lah kawan aku seorang ni." Kata Mira tenung aku. Aku berkerut dahi melihatnya. Kenapa?
"Aku dah dengar semua cerita fasal tadi. Kau ni untunglah sebab ada orang sukakan kau. Budak famous pula tu."
"Ini lagi seorang. Aku tampar nanti baru tahu." Kedua rakan karibnya mentertawakan aku. Aku malas mahu melayan. Aku mula duduk di tempat ku dan meletakkan kepala di atas meja.
Aku melihat ke arah meja Wafiy tetapi dia tidak ada. Mana dia? Dah nak masuk waktu belajar kut. Takkan tak masuk lagi. Haih, kenapa aku rasa bersalah pada dia? Soal hati ku ini.
Aku mengelengkan kepala dan mengeluh berat. Aku mula mengalihkan padangan kepada Rayyan di hadapan yang sedang tenung ke arah ku.
"Kau kenapa?" Soalnya. Aku tidak menjawab malah aku menutup muka aku buat seketika di meja.
Kenapa sekarang setiap kali aku rasa berdebar bila melihat Rayyan?
__________________________________________
Next: DMA 26
"Anak dara pergi duduk dekat dapur, shuh shuh." Kata Rayyan.
"Apa kau fikir aku ni kucing." Kata Hana.
#
Tunggu next ep kalau nak tahu apa yang jadi antara mereka berdua.
Jangan lupa follow aliaaaaxjimin , vote and share my story.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
De Todo[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...