"Rayyan dah ada girlfriend?" kata puan Maimunah memecahkan kesuyian di meja makan itu.
Rayyan tersedak mendengar soal puan maimunah. Wow soalan maut tu siapa je tak tersedak dengar.
Aku yang berada di hadapannya tergelak. Dia menjeling Hana.
"Eerr tak ada." Jawap Rayyan
"Oh baguslah kalau macam tu. Apa kata aunty calonkan kamu dengan si Hana ni"
Kali ni aku pula yang tersedak. Dia memandang aku dengan wajah yang ingin tergelak tapi di kawalnya menjadi macho.
'Hahaha. Tahu pun goyang, tadi gelakkan aku kan' desis Rayyan.
Aduh umi time makan juga lah nak cerita soal jodoh. Ni kalau aku tercekik macam mana.
Bebel Hana dalam diam. "sebenarnya aunty pon berminat nak jadikan Hana menantu sebenarnya." Kata puan faridah.
Hana tersenyum kelat. Dia memandang Rayyan yang sedang minum. Rayyan memandangnya dengan mengangkat kening.
Hana membuat isyarat mata bagi menyelamatkannya dari soalan puan Faridah. Rayyan membuat muka toya. Hana mencebik.
'Jawaplah kau. Mama aku soal kau bukan aku' desis hati Rayyan.
"Err maaflah aunty. Hana muda lagi. Hana nak fokus belajar dulu." Jawapnya
"Tak pe aunty tunggu bila Hana dah umur 20 ye"
Hana tersenyum kelat.
*****
Hana keluar dari ruangan dapur apabila selesai makan. Siapa yang basuh pinggan? Mestilah Dayyan yang basuhkan sebab hari ni turn dia basuh pinggan.
Hoho basuh pinggan pun kena ada turn tau tak kisah lelaki ke perempuan.
Hana pergi ke taman mini di luar rumahnya. Dia duduk di atas buaian di situ. Hana membuaikan buaian itu dan menyanyi perlahan.
"Woi"Seseorang menyapanya. Menyapa ke? Macam terjah je. Hana memandangnya.
"Nak apa?"
"Tegur pun tak boleh ke?" Soalnya balik.
"Tegur memang boleh tapi tak pernah pulak kau tegur aku sebelum ni."
Dia duduk di hadapan ku. Aku hanya memeluk tubuh sambil bermain phone. Malas aku nak pandang dia, menyemak je walaupun aku tahu aku diperhati olehnya.
"Bagi phone kau." Kata Rayyan.
"Why?"
"Bagi je lah" terus dia merampas phone dari tangan ku.
Rayyan membuka instagram Hana dan follow ig nya. Dia pun follow back. Tidak lupa juga dia mengambil no. Hana.
"Nah"
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...