DMA 36 [Flashback]

334 20 0
                                    

Mereka berempat melihat Wafiy dan Bella yang sedang berborak di bawah pokok yang rendang.

Kelima-lima rakan ku menjenguk kepala di balik batang pokok yang besar dan mencuri dengar perbualan mereka seperti seorang ejen.

Rayyan hanya mengulingkan mata melihat tingkah laku rakannya.

"Bella! Wafiy!" Jerit Rayyan membuatkan keempat-empat rakannya dan kedua adik beradik itu terkejut. Mereka semua memandang aku tepat.

"Woi kantoilah nanti." Bisik Mira dengan nada yang sedikit dingin.

"Entah dia ni." Sokong Amar. Bella terkejut melihat kami yang seperti mengendap orang.

"Why you guys berada di sini?" Soal Bella terkejut.

"Itu sepatutnya soalan aku. Kenapa kau ada dekat sini?" Balas balik Amar. Bella menjelingnya.

"Mana Hana?" Soal Rayyan pada dua beradik itu.

"Kitorang tak tahu." Jawap Wafiy dengan muka tegang. Rayyan menarik koler baju Wafiy supaya dekat dengan mukanya.

"Baik kau cakap sekarang. Bukan aku dah kata ke jangan kau kacau Hana if kau tak nak kena akibatnya dari aku." Kata Rayyan dengan Marah sekali.

"Rayyan. We don't know where she is. Kitorang sekarang ni pun cuba nak selamatkan Hana." Kata Bella meleraikan tangan Rayyan pada koler baju abangnya itu.

Rayyan melepaskan gengamannya dan memandang Bella tepat. Bella terkaku dengan renungan tajam Rayyan.

"Apa maksud kau?" Soal Rayyan.

"Abang~" Rengek Bella perlahan pada Wafiy supaya membantunya.

"Aku pun tak nak jadi musuh kau dan aku tak nak pun jadi macam ni." Kata Wafiy. Semua orang memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Apa maksud kau Wafiy? Boleh kau ceritakan tak?" Soal Arifah ingin tahu apa yang dah jadi pada Hana. Wafiy mengeluh dan menceritakan apa yang berlaku.

[Flashback]

"Kau dengar sini. Kau dengan adik kau tu sama je. Perangai serupa macam setan korang tu baik pergi main jauh-jauh lah. Jangan kau kacau Hana lagi. Kalau kau buat apa-apa dekat dia. Aku tak teragak-agak cari dan kerjakan kau."kata Rayyan geram pada aku.

"Sudahlah Rayyan. Berhenti" kata Hana cuba menjauhkan Rayyan dari aku.

Rayyan melepaskan koler baju aku menyebabkan kepala aku terhantuk perlahan diatas lantai.

Semua meninggalkan aku berseorang di dalam kelas. Niat ingin melepaskan segala yang terbuku pada Hana tetapi jadi macam ini pula.

Aku bangun dari pembaringan. Hidung aku berdarah di sebabkan ditumbuk oleh Rayyan. Aku mengelap menggunakan baju aku sendiri.

"Ha! Wafiy? Awak okey ke?" Soal seorang gadis yang masuk ke dalam kelas aku. Aku hanya mengangguk kepala kerana malas mahu menjawap soalan gadis itu.

"Mari, saya hantar awak pergi bilik rawatan." Kata gadis itu menolong aku bangun.

Gadis itu membawa aku ke bilik rawatan dengan memapah aku.

*****

"Bagai mana boleh jadi macam ini." Kata cikgu yang merawat aku dengan tegas.

"Saya cuma terjatuh itu sahaja." Kata aku cuba berdalih. Cikgu itu menyapukan ubat ke muka aku yang sedang membengkak.

"Saya tak rasa lebam kamu ni oleh kerana kamu jatuh. Kamu bergaduh ke?" Kata cikgu itu. Aku sudah tak tahu nak bagi jawapan apa. Lidah ku memjadi kelu

"Cikgu, saya nampak dia jatuh semasa berlari." Kata gadis di sebelah aku dan cuba berbohong.

"Benar ke apa yang kamu cakap ni?" Soal cikgu itu. Gadis itu tersenyum melihat cikgu.

"Benar cikgu."

Cikgu itu mengeluh.

"Baiklah cikgu benarkan kamu duduk sini sampai balik. Sebab cikgu tengok muka kamu itu nampak agak teruk. Nanti cikgu bagi tahu guru kelas kamu."kata cikgu itu sambil mengemaskan ubat-ubat yang digunakan untuk mengubati luka-luka aku.

"Baiklah cikgu. Terima kasih." Kata aku berterima kasih pada cikgu itu. Aku melihat gadis yang berdiri di sebelah aku. Dia memandang aku dengan senyuman.

"Kau siapa?"

TBC.

______________________________________

NEXT: DMA 37 [Flashback]

"Tolonglah saya!"

"Boleh ke aku percayakan kau?"

####💦

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now