7 tahun berlalu~
"Aduh, tak guna punya boss. Kenapa susah sangat nak percaya cakap aku." Keluh Arifah kuat di seat belakang. Aku hanya mendengar sahaja luahan hatinya.
"Apa si Syed tu buat dengan kau?" Soal Mira yang sedang memandu.
"Kau tahu tak. Dia tuduh aku yang curi fail dokumen dia. Padahal, bukan aku yang curi pun." Luah lagi Arifah di tempat duduk belakang.
"Haha susah dapat boss macam si Syed itu." Kata Hana ketawa.
"Kalau aku tahu dia owner syarikat tu. Aku tak mohonlah kerja kat situ. Aku jadi kuli adalah."
"Habis, macam mana kau boleh lepas dari tempat kerja ni. Aku dengan Hana memang dapat cuti. Yang kau ni lari dari kerja ke?" Kata Mira.
"Haah aku lari. Lantak dialah nak kata apa pun. Aku lebih rela di pecat. Lagi pun Syed pergi jumpa client hari ni. So aku ambil peluanglah. Itu yang lepas ni." Jelas Arifah.
Aku hanya mengelengkan kepala. Teruk betul Si Arifah ni. Sanggup ponteng kerja semata-mata tak nak hadap muka boss Syed itu.
"Oh ye. Kita kat mana ye sekarang ni?" Soal Arifah melihat sekeliling.
"Ha! tu lah, membebel dari tadi sampai tak sedar kita kat mall." Kata Hana menyindir Arifah.
"We korang tolonglah carikan parking sekali. Jangan duduk berborak je." Marah Mira. Kami semua mula melilaukan mata memandang sekeliling jika ada terlihat parking yang kosong.
"Ha! sana tu. Sebelah kancil warna pink tu. Cepat nanti kena ambil dengan orang." Kata aku teruja bila ternampak tempat parking yang kosong.
"Sabarlah."
Mira mula memakir di sebelah kancil warna pink itu. Aku membuka pintu kereta.
"So kita nak pergi mana ni?" Soal Mira.
"Jom pergi minum. Mira belanja." Kata Arifah.
"Aku setuju, jom." Kata aku gembira. Aku dan Arifah pergi meninggalkan Mira berseorangan disitu.
"Tak guna punya budak. Woi tunggulah aku." Jerit Mira berlari anak mengejar kami yang berada di hadapan.
*****
Aku berjalan tanpa hala tuju. Mira dan Arifah hilang entah ke mana semasa membeli belah. Kaki ku berjalan dan berjalan.
Ish mana diorang ni. Tadi dah kata jangan berpecah. Ini satu hal nak cari diorang. Rungut hati aku mencari kelibat mereka.
"Daripada aku cari diorang better aku pergi populer cari buku novel hantu." Cadang aku sendiri. Kaki ku mula membuka langkah.
Ring~
Fon aku berdering tanda call masuk. Aku meraba-raba di dalam handbag mencari fon. Kaki aku masih berjalan sambil mata mencari fon.
"Mana fon ni?" Rungut aku lagi. Itulah banyak sangat barang aku sumbat dalam handbag ni sampai susah nak cari fon.
Sedang aku mencari fon. Aku terlanggar seseorang. Lelaki itu mengadu kerana kesakitan.
"Sorry, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?" Kata aku menginginkan kepastian jika dia okey atau tidak.
"Tak. Aku tak okey." Jawapnya.
Aku terdengar suara yang amat aku kenali. Suara itu juga yang sangat aku rindui. Lelaki yang tinggi lampai itu di pamdang oleh aku.
"Kau ni tak nampak ke aku yang besar ni." Kata lelaki itu dengan tersenyum sinis.
Aku memandang wajah yang amat aku rindui selama 7 tahun ini.
"Tak guna kau jembalang." Aku memarahi lelaki itu dan mula menangis. Rayyan tersenyum melihat aku.
"I'm back. Kenapa kau menangis?"
"Kau lah buat aku menangis. Kenapa kau tak balik-balik. Dah lah semua tak dapat contect kau. 7 tahun aku tunggu kau balik. Tapi tak ada khabar berita pun dari kau. Family kau just cakap kau okey je kat sana. Bila aku minta no. Telefon kau. Macam-macam diorang bagi alasan. Kau tak sayangkan aku lagi ke?" Luah aku panjang sambil mengusap air mata aku lembut.
"Terima kasih sebab risaukan aku." Senyum Rayyan terhadap aku dan meletakkan tangan di atas kepala aku. Jantung aku mula membuat music dengan laju.
"Akhirnya, dua insan bercinta yang berjauhan. Akhirnya berjumpa juga." Kata Amar melihat Rayyan dan Hana.
"Senyaplah, kau nak kita kantoi ke?" Marah Mira.
"I'ts okey lah Mira. Diorang pasti tak nampak kita." Kata pula Bella merampas air yang di minum oleh Wafiy.
"Ish air akulah." Marah Wafiy pada adik kembarnya.
"Alah kau beli lah yang lain." Bella mula minum air milik Wafiy.
"Hachoo..sejuknya~." kata Arifah.
"Ish! Kau ni Arifah. Janganlah goyang. Tengok aku dah kalah main game." Marah Syed pada Arifah.
"Bila masa pula aku goyang. Kau tu boss, ada ke patut main game macam budak-budak lagi. Dah tua bangka pun tak sedar diri lagi." Kata Arifah menjeling Syed yang memakai suit kerja berwarna kelabu.
"Ish korang ni, Senyap boleh tak. Korang tu yang macam budak-budak. Kita nak tengok drama siang bukannya drama korang." Marah Amar pada mereka berdua.
Kini mereka semua memandang Hana dan Rayyan yang berada di hadapan mereka.
"Jom lah. Semua dah tunggu tu." Ajak Rayyan.
"Semua?" Aku berasa pelik. Apa yang di maksudkan dengan Rayyan, Semua?
TBC.
________________________________
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...