[Abaikan typo yg ade dekat dlm cerita ni. Sorry klu bosan 😪]
****
Hana duduk di kerusi di taman itu. Matanya meliar seperti mancari seseorang.
Mana dia ni, lama aku tunggu. Desis hatinya. Hana menunggu seseoarang di situ.
"We sorry aku lambat" Kata Rayyan dan duduk di sebelah Hana.
"Kau Lambat"
"Maaflah aku ada urgent tadi."
"Hemm ye lah.ha! Ni apa benda kau nak cerita dekat aku"
"Aku nak kau jauhkan diri dari Bella dan Wafiy"
"Kau dah berapa kali nak cakap macam tu kat aku. Aku rasa dah banyak kali dah. Cuba kau bagi sebab kenapa aku tak boleh rapat dengan diorang" kata Hana.
"Macam ni..." Rayyan mula menceritakan kisah silamnya antara Bella dengannya.
"So apa kena mengenanya dengan ex kau dengan aku?" Soalnya.
"Bella tu berbahaya, dia boleh buat sesuatu yang di luar jangkaan kita."
"Kenapa kau cakap macam tu tak baik lah"
"Dah kenyataan nak buat macam mana"
"what do you mean?"
"Okey, I will say frankly. Bella pernah cuba membunuh Syed"
"Jap, apa kau cakap ni" Hana semakin pelik.
Rayyan mula menceritakan kenangan yang pahit yang dilalui bersama rakannya. Kenangan pahit yang tidak pernah di lupakan mereka bertiga.
"Tak mungkin Bella buat macam tu" kata Hana dengan riak yang tidak percaya.
"Kau boleh kata apa pun. Tapi aku nak kau jauhkan diri kau darinya"
"Tapi aku rasa dia takkan buat aku macam tu dengan aku. Sebab aku dengan dia kawan"
"Hana, please Hana aku tak nak kau jadi mangsa seterusnya. Lagilah kita nampak macam rapat. Bella akan buat apa pun untuk dapat apa yang dia nak. So please stay away from his"
"Aku bukannya tak nak percaya. Aku perlukan bukti yang dia bersalah atau tidak"
"Terpulanglah pada kau, aku dah beri amaran. Jangan cakap aku tak bagi tahu pula". Kata Rayyan dan berlalu pergi meninggalkannya seorang diri di kerusi itu.
Betul ke apa yang aku dengar ni. Arhhh biar lah selagi tak ada bukti selagi tu aku takkan percaya kata Rayyan. Hana mula bangun dari kerusi itu dan pulang ke rumah.
*****
Skip..
Peperiksaan pertengahan tahun hampir dekat. Masing- masing menyibukkan diri dengan belajar di dalam kelas. Hana membaca setiap maklumat yang di bacanya untuk peperiksaan.
Hana mengeluh perlahan dan bosan mendatang. Nak bersembang dengan Mira dan Arifah hilang entah kemana. Nak bersembang dengan Tasya pula dah mimpi sampai ke planet pluto.
Kalau dengan Rayyan heh jangan cakaplah dari kejadian di taman itu terus kitorang tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Haih boringnya... Hana meletakkan bukunya di atas muka bagi menutup wajahnya itu.
"Hana"
Seseorang memanggilnya dari tepi meja. Hana menyelakkan sedikit buku yang di letakkan di atas muka.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...