Kami berlima berpusing satu taman. Tetapi masih lagi tidak terlihat bayangan Wafiy.
Dan akhirnya mereka berhenti di sebuah pondok buat seketika. Wafiy masih lagi tidak kelihatan.
"Woi Wafiy! Mana kau." Jerit Amar.
"Kau boleh perlahan sikit tak suara tu. Kita ni dekat tempat awam. Malulah sikit" Marah Mira pada lelaki yang berada di hadapannya.
"Aku rasalah dia ada di rumah Bella. Mungkin dia tak beri tahu kita." Kata Arifah membuatkan yang lain mengeluh.
"Kalau betul dia di rumah Bella. Kenapa dia ke sana?" Kata Rayyan menunjuk muka yang tidak berpuas hati sambil memeluk tubuhnya.
"Kau risau pasal Hana ke. Maybe dia dekat rumah Bella untuk study. Sebab itulah wafiy cakap macam itu. Dia saja nak kenakan kita." Kata Syed menenangkan hati rakannya itu.
"Tapi kenapa dia dekat rumah Bella pula? Aku tak suka sangat Hana rapat dengan Si Bella tu. Tahu-tahu nanti ada je rancangan jahat dia." Kata Rayyan membuat muka seriusnya.
Nampak sangat yang dia masih tidak memaafkan Bella.
Kata- kata aku juga membuatkan yang lain tersenyum kambing.
"Ehem-ehem wahai Rayyan kawan aku. Kau risau sangat ke fasal Hana?" Soal Amar sambil tangannya mentolak-tolak bahu Rayyan. Rayyan menjelingnya.
"Yes."
Kata aku sepatah membuatkan kawan aku yang lain menjerit sekuat hati disitu. Tetapi mereka cuba mengawal suara mereka memandangkan ini tempat awam.
"Uuuuu..suka Hana lah itu." Kata Arifah saja mengusik Rayyan.
"Kenapa? Salah ke kalau aku suka dia?" Katanya membuatkan kami disitu menjadi meroyan.
Arifah mengoncangkan badan Mira sambil menjerit. Manakala Amar menyorok muka dalam pasu bunga sambil menahan malu. Syed pula tergelak tekekek-kekek. Rayyan memandang mereka pelik.
Baru Rayyan tersedar apa yang di ungkapnya sekejap tadi. Mukanya bertukar merah.
"Dah-dah back to the point. Sekarang kita nak pergi mana?" Kata Rayyan sambil memandang ke tempat lain agar rakannya tidak perasan akan mukanya.
"Ehem ehem..Aku rasa ada betul juga cakap Arifah. Mungkin dia ada di rumah Bella." Kata Mira.
Rayyan mengeluh dan mula membuka langkah bangun dari situ. Dalam fikirannya hanya berfikir tentang Hana. Mungkin betul kata diorang Hana ada di rumah Bella dan apa yang aku nampak tadi hanyalah ilusi aku sahaja.
Aku berhenti daripada melangkah.
Kenapa dengan aku ni? Kenapa kau mula ambil kisah pasal Hana? Jangan cakap aku tersuka dia. Desis hati Rayyan.
Dia menggumamkan mulutnya.
Sedang Rayyan berjalan sambil menfikirkan tentang Hana. Rayyan terdengar seperti ada orang terpijak ranting di belakang di sekitarnya. Rayyan memberhentikan langkahnya setermeta.
Yang lain pun memberhentikan langkah apabila Rayyan berhenti.
"Asal bro?" Soal Amar pada Rayyan yang sedang memandang di balik pokok itu. Amar dan yang lain pun ikut memandang di belakang surau. Masing-masing membuat muka terkejut.
Wafiy! Bella!?
TBC.
___________________________________
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...