"Kau siapa?" Soal aku kepadanya.
"Oh saya lupa nak perkenalkan diri. Saya Ayuni Khaisara. Budak kelas sebelah."katanya perkenalkan dirinya. Aku hanya menganggukkan kepala.
"Kenapa kau tipu tadi?" Soal aku padanya. Ayuni memeluk tubuh memandang aku.
"Habis kenapa awak tipu cikgu juga tadi?" Soalnya balik kepada aku. Aku mengeluh.
"Dahlah, kau dah boleh pergi." Kata aku menghalau dia. Aku mula baring merehatkan diri aku di atas katil. Aku melihat gadis yang bernama Ayuni itu masih lagi berdiri tegak di sebelah katil aku.
"Kau nak apa?"
"Awak tak nak berterima kasih ke? Saya yang nampak awak kena belasah tadi." Katanya.
Wafiy tergelak sinis.
"So kau nampaklah apa yang berlaku tadi." Kata aku ingin melihat reaction dia.
"Ya, saya nampak. Saya nampak semua sekali dari mula sampai akhir." Kata Ayuni.
"Boleh tak kau tutup mulut. Jangan cerita dekat siapa-siapa." Kata aku dan menutup muka aku menggunakan sebelah tangan.
"Saya boleh je tutup. Tapi ada seorang ni dia takkan tutup." Katanya dengan ayat yang membuatkan aku keliru. Aku kembali memandangnya.
"What you want to say?" Soal aku menginginkan kepastian.
"Sebenarnya, ada seorang budak ni suka dekat awak dalam diam. Atau lebih tepat lagi dia adalah fans awak dan fans Rayyan. Nama dia Farha dan saya pula ialah rakan dia. Perangai Farha memang teruk. Dia suka buli pelajar. Satu hari itu, dia pernah cakap nak kerjakan Hana sebab Hana rapat dengan awak. Jadi saya pergi ke kelas awak sebab saya nak beritahu kepada awak." Jelasnya pada wafiy.
Aku memandang mukanya yang putih mulus itu.
"Kenapa kau nak beritahu aku?"
"Sebab awakkan rapat dengan Hana. Lagi pun saya tak suka dengan Farha sebab dia selalu mengarah saya. Saya tak nak dia cederakan siapa-siapa lagi. Dengan cara ini saja saya boleh mendidik dia. Tolonglah saya." Katanya sambil menunduk ke arah aku.
"Boleh ke aku percayakan kau? Aku tak suka aku di pergunakan."kata aku.
Ayuni masih lagi tunduk kearah aku tanpa sebarang kata.
Dia ni betul ke? Desis hati aku.
Aku keluh mengalah dengan gadis yang bernama Ayuni itu.
"Baiklah, aku percaya." Kata aku mengalah pada gadis itu. Ayuni dengan setermeta berdiri tegak dan memandang aku dengan senyuman di mukanya.
"Betul ni?" Kata Ayuni dengan teruja. Aku hanya menganggukan kepala. Malas mulutnya mahu membalas kerana sakit.
Tok tok
Bunyi ketukan pintu bilik itu berbunyi. Ayuni yang tadi tersenyum besar terus mematikan senyumannya apabila terlihat seorang gadis masuk ke dalam bilik rawatan itu.
Haih siapa pula ni?
"Ha! Wafiy apa dah jadi dengan awak. Kenapa muka awak nampak lebam-lebam ni. Ayuni kau buat apa dekat Wafiy." Kata gadis itu marah kepada Ayuni. Ayuni tersentak apabila namanya di panggil.
"Sa-saya ta.." belum sempat ayat Ayuni habis aku cuba menyampuk darinya.
"Dia tolong aku dari jatuh tadi. Have a problem?" Kata aku pada gadis itu. Ayuni memandang aku.
"Ooh haha ingatkan Ayuni ada buat apa-apa dengan awak sampai awak masuk ke dalam bilik rawatan ni." Katanya tergelak gedik.
"Btw saya Farha nabila. Awak boleh panggil saya Farha." Gadis itu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan aku. Aku tidak menyambut malah aku mengalihkan muka memandang keluar tingkap.
"Sorry, aku tak berminat." Kata aku tidak minat akan gadis itu. Sebab dialah gadis yang di ceritakan oleh Ayuni sebentar tadi.
Farha tersenyum nipis. Dia menjeling Ayuni yang berada di sebelahnya.
"Maaflah, saya ganggu awak nak rehat. Saya minta diri dulu ya sebab ada hal."katanya meminta diri dengan sopan santun. Ayuni mengikuti langkahnya dari belakang.
Aku ternampak ada satu kertas kecil terselit di bawah pasu bunga di sebelah katilnya. Aku lantas mengambilnya.
Number fon?
[End Flashback]
TBC.
______________________________________
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...