Lagi tiga minggu Sijil Pembelajaran Malaysia atau SPM akan dilansungkan. Seluruh rakyat malaysia yang berumur 17 tahun akan mengambil ujian besar ini.
Disebabkan ujian ini hampir tiba. Keluarga aku dan keluarga Rayyan membuat kenduri doa selamat di rumah aku. Kami membuat pada malam hari ini.
Ramai saudara mara aku hadir memeriahkan majlis. Saudara Rayyan? Entahlah aku pun tak tahu. Maybe saudara mara dia jauh-jauh.
Terlihat Encik Azmi dan ayah Rayyan rancak berorak. Manakala, dari bahagian sudut makanan terlihat Rayyan dan Eri sedang mengambil makanan.
Rayyan berpakaian baju melayu dan berseluar jean. Manakala Eri memakai baju kurung.
Handsome pula Rayyan ni sekarang. Selalu buat hati aku cair kalau melihat dia. Haih Rayyan, Rayyan.
Sedang aku termenung berdiri di hadapan pintu utama. Seseorang menarik tudung ku dari belakang menyebabkan aku terkejut.
Aku memandang kebelakang. Terlihat seorang lelaki yang memakai t-shirt bewarna ungu sedang memeluk tubuh. Aku mengeluh.
"Nak apa?" Soal ku menjelingnya dengan setajam-tajam.
"Aku panggil kau banyak kali kau tak dengar. Ummi panggil kau banyak kali kau tak dengar. Apa masalah telinga kau ni. Kau bela taik telinga ke?" Bebel Dayyan terhadap ku.
"Aduh kau ni, bisinglah. Kacau je aku nak tengok tetamu." Rungutku.
"Tengok tetamu ke tengok RAYYAN!" Kata Dayyan menekankan perkataan nama Rayyan itu.
Dari jauh, Rayyan dan adiknya yang sedang mencari meja untuk makan berhenti dan memandang kami berdua yang berdiri di hadapan pintu utama.
Aku yang melihat Rayyan mahu kemari membuatkan aku mula gelabah.
"Aduh kau ni!" Marah aku pada Dayyan dan memukulnya. Dayyan tertawa melihat gelagat aku.
"Ada panggil aku ke?" terpacul Rayyan di hadapan kami membuatkan aku berdiri terkaku dan senyap. Niat nak terajang abang aku tapi tak jadi pula.
"Eh! Oh! Korang tengah cari tempat makan ke?" Soal Dayyan memandang Dua beradik di hadapannya.
"Boleh tak kitorang makan dalam rumah? Tengok dekat luar ramai sedara Hana rasa segan pula." Kata Rayyan meminta kebenaran. Mahu saja aku menjawap soalan Rayyan tapi Dayyan lebih pantas menjawap.
"Ehh..boleh aje. Buat je macam rumah sendiri. Pergi duduk kat depan ruang tamu. Situ kurang orang duduk. Boleh tengok tv juga." Aku yang dengar mula menyampah.
Baru je niat nak suruh duduk kat belakang rumah. Lagi kurang orang.
"Haah duduk je lah kat ruang tamu tu. Duduk depan-depan tv pun tak apa. Biar sampai masuk tv." Aku menjelingnya. Rayyan mula mencebik melihat aku.
"Naura!"laung Puan Maimunah dari dapur. Rayyan tersenyum.
"Kau tu diam ah. Tu mak kau panggil pergilah. Anak dara pergi duduk dekat dapur. Shuh shuh."kata Rayyan mengahalau aku. Dayyan dan Eri tergelak melihat kami yang macam anjing dan kucing itu.
"Apa kau fikir aku ni kucing." Marah ku apabila Rayyan menghalau aku.
"Dah jangan gaduh tu ummi panggil pergilah. Kau jangan sampai ummi bertukar jadi super sayain macam dalam cerita Dragon ball tu." Kata Dayyan. Mereka mula ketawa terbahak-bahak. Aku menghempas kaki ku pergi ke dapur.
*****
"Ha sampai pun kamu Naura. Kamu pergi mana. Ummi panggil banyak kali takkan kamu tak dengar." Kata Puan Maimunah kepada ku.
"Penatlah ummi" kata ku dan menongkat dagu melihat Puan Maimunah menyediakan juadah kuih muih di dalam bekas tupperware.
"Haih kamu bukannya buat kerja teruk sangat pun. Dah dah angkat semua kuih ni letak dekat depan."
"Banyaknya. Takkan nak angkat semua ni. Penatlah Naura kalau macam ni. Macam mana kalau kaki Naura terseliuh. Oh sakitnya." kata ku membuat drama tak berbayar di dapur.
Rayyan yang baru masuk dapur melihat Hana membuat drama entah apa-apa di situ. Puan Maimunah mengelengkan kepalanya.
Puan Maimunah terlihat Rayyan di situ dan mula tersenyum.
"Rayyan ada buat apa-apa ke sekarang?" Rayyan mengelengkan kepalanya tanda tiada kerja.
"Baguslah. Boleh tolong Naura angkat semua kuih ni hantar dekat depan boleh tak?"
"Ouh boleh-boleh." jawapan Rayyan menyebabkan Puan Maimunah lagi tersenyum panjang lebar.
"Kalau macam itu ummi pergi depan dululah. Naura nanti jangan nak lari pula." Senyum Puan Maimunah seperti ada makna.
"Ummi mana boleh tinggalkan kitorang berdua-duaan dekat dapur ni, HARAM." Kata ku kuat memprotes.
"Mana ada kamu berdua-duaan kat dapur ni. Tu mak cik kamu kat situ takkan tak nampak." Hana melihat di pintu dapur terlihat mak cik nya sedang ketawa terkekek-kekek sambil mengupas bawang.
Secara automatik aku tersenyum malu. Manakala Rayyan menekup mulutnya bagi tidak terletus tawanya.
"Apalah kamu ni Naura. Mak cik punya lama kat sini pun kamu tak nampak. Haih ni dah teruk sangat anak kau ni Maimunah. Kacak sangat ke orang depan dia sampai tak perasan mak cik." Katanya panjang lebar.
Aku sudah memerah menahan malu. Puan Maimunah dan Rayyan pula mengelakkan aku.
"Dah lah ummi pergi dulu. Jangan cuba nak lari ye."
"Ye ummi."
Tinggal lah kami berdua. Eh salah! kami bertiga di dapur. Suasan mula sunyi tanpa ummi, huhu.
Aku mula menyusun bekas kuih yang hendak dibawa pergi ke depan sama seperti Rayyan.
"Anak ni boyfriend Naura ke?" Aku yang dengar soalan yang terpacul dari mulut mak cik aku terus membuatkan aku tersedak.
Rayyan pula sempat memandang ku sebelum memandang Mak cik ku itu.
"Eh taklah. Saya kawan Hana. Anaknya kawan ayah Hana" terang Rayyan.
"Ouh. Jadi kamu berdualah yang nak di buat kenduri tahlilnya." Aku yang mendengar terus terbeliak. Kenduri Tahlil? Siapa mati?
"Ha!" Serentak aku dan Rayyan menjawap.
"Eh kenduri tahlil pula. Kenduri doa selamat. Maaflah, makcik tersasul pula." Gelaknya bersama kami. Haha jauh betul tersasulnya ye. Haha.( gelak tak ikhlas -_-)
"Makcik tengoklah kamu berdua ni macam secocoklah. Memang sesuailah kalau nak di jadikan pasangan. Naura comel dan Rayyan pula handsome. Memang kenalah." Rayyan yang mendengar terpinga-pinga.
"Haha makcik salah tengok kut. Eh dah lah Rayyan kita hantar makanan ni kat depan. Nanti ummi aku marah pula." Kata ku memberikan isyarat mata pada Rayyan.
Rayyan faham dengan isyarat aku dan mengambil bekas kuih yang hendak di bawa ke depan.
"Ha jom lah Hana. Jalan cepat sikit." Katanya. Kami jalan cepat pergi ke tempat hidangan makanan. Makcik aku yang berada di dapur pula ketawa melihat gelagat kami.
______________________________________
Next: DMA 27
"I'm truly sorry..." kata Bella
"Kau ingat senang ke aku nak lupakan kejadian yang kau cuba nak bunuh kawan aku." Kata Rayyan.
###
Jika nak tahu apa yang berlaku seteruanya..nantikan chapter seterusnya.😚
Followaliaaaaxjimin, vote and share my story💜.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
De Todo[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...