DMA 5

650 33 6
                                    

 

    Tamat perhimpuhan rasmi, ramai pelajar mula masuk ke kelas masing masing. Hana dan kawan kawanya sekelas iaitu kelas 5 Alfa. Kelas pertama tau, bangga sekejap haha. Semasa mereka ingin pulang ke kelas, mereka terserempak dengan Amar dan Syed di tangga.

"Wah jodoh lalu" usik Amar pada mereka. " Kau ni dah tak ada kerja lain ke nak kacau anak dara orang pagi-pagi ni"kata Mira di sebelah Hana."Kau ni anak dara ke? Aku tengok kau ni macam mak orang je"

Membutang mata Mira apabila Amar berkata begitu. Mira memandang lelaki yang tak lah berapa nak handsome sangat berada di depan matanya. "Kau cakap aku ni mak orang, kau ni memang nak kena kan". Mira menghempuk buku tulisnya di bidang dada Amar.

"Woi sakitlah, habis sispack aku rosak" Syed yang berada disebelah membuat muka menyampah.

"seriously? Kau ada sispack. Asal aku tengok macam buncit je perut kau ni"

"Kau mana nampak sebab aku pakai baju. Try tengok ni" Amar terus mengangkat Syed gaya bridal style.

"Woi kau buat apa ni turunkan aku lah"

"Ish korang ni tak payah lah nak berasrama sangat. Tak malu ke orang tengok" marah Tasya a.k.a rakan sekelas mereka

"Tak pun"jawap Amar

"Dah jangan gaduh boleh tak . Dari pagi ni cuaca elok cerah kang tak pasal-pasal datang ribut pulak" tutur Hana pada mereka. Amar mencebik bibirnya ye lah siapa tak kenal kawannya yang seorang ni. Arifah hanya mentertawakan gelagat mereka yang tak berapa nak mature.

****


"Yeay!" Hana mematahkan jari jemarinya yang lenguh dan mengeliat. Siap sudah kerja BM karangan dibuat. Dia terus mengambil telefonnya yang berada di atas meja. Dia membuka aplikasi instagram. Dia ni pun femes jugak orang nya tau.

Semasa dia di explore, dia terjumpa satu gambar yang sangat menarik perhatiannya. Dia melihat tubuh seseorang lelaki dari sudut belakang. Lelaki tersebut nampak segak dengan memakai black suit dan mengenakan kasut hitam Adidas.

Dia ingin mengetahui siapa lelaki itu. Tapi tidak sepat dia menekan account lelaki itu uminya sudah memanggil dia dan Dayyan dari bawah. Hana terus keluar dari instagram dan menutup handfon nya.

Hana turun kebawah dan terserempak dengan Dayyan yang ingin turun ke bawah juga. " we asal umi panggil. Nak kata makan malam tadi dah makan" Hana hanya mengangkat bahu sahaja. Mereka terus menuju ke ruang tamu berjumpa dengan umi nya.

" ye umi , kenapa ni panggil kitorang" Hana terus duduk di sebelah umi nya.

"Ni umi nak bagi tahu ni. Sabtu ni kita sekeluarga pergi bermandi- manda dekat air terjun. Tapi kita pergi dengan kawan umi. Tu sebab umi bagi tahu awal-awal ni takut pula kamu berdua ada pergi mana-mana ke hujung minggu ni"tutur umi dengan lebarnya.

"Hana okey je, lagi pun hujung minggu ni tak ada apa-apa perancangan pun"jawap Hana.

"Hujung minggu ni pun Yan cuti"

"Kau ni asyik cuti je"Hana memandang abangnya di sebelah.

"Biarlah, sibuk je"

"Umi kawan umi tu ada anak ke" kata Dayyan sambung.

"Ada dua orang, seorang lelaki seorang perempuan"

"Lelaki handsome tak"

"Kau ni semua nak mengorat. Mana si pujaan hati kau tu? Siapa nama dia? Jabet?" Fikir Dayyan cuba mengingati nama pujaan hati adiknya itu.

"Apa abang ni, nama dia Jimin lah. Suka hati je panggil dia Jabet" Hana membaling bantal ke arah Dayyan.

"Kau ni ayik baling bantal je, cuba lah baling benda lain"

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now