Hari ini hari jumaat mereka bersekolah. Mereka memulakan dengan matapelajaran matematik.
" okey! Rayyan kamu buat soalan no. satu di depan" Rayyan mula mengambil pen marker dan menulis di depan.
" Hana kamu buat soalan no. dua dan amir buat soalan no. tiga" mereka mula pergi ke depan dan menjawab soalan tersebut.
Hana melihat Rayyan menjawap soalan itu dengan tulisan yang agak besar.
'Nenek dia, tulisan tak boleh besar lagi ke'
Hana mengendahkan dia yang sedang menulis dan terus menjawap soalan no. Dua itu.
" ish! sanalah sikit, dekat tepi kau tu ruang banyak lagi kut" marah Rayyan pada Hana di sebelah.
" siapa suruh tulisan kau tu besar sangat" Hana menjeling Rayyan.
" woi-woi hal rumah tangga jangan bawa pergi sekolah lah" kata amir.
Seisi kelas sudah tergelak termasuk cikgu. Hana dan Rayyan memberi jelingan maut pada Amir. Amir terus diam dan menyiapkan soalan itu.
Selesai mereka menyiapkan soalan di depan. Rayyan dengan sengaja menconteng lengan baju Hana dengan marker pen.
"ops! tak sengaja"
" apa masalah kau ha!"
" aku kata tak sengaja kan"
" ye lah tu tak sengaja"
" ha sudah! jangan gaduh. Nak cikgu kahwinkan kamu berdua ke"
Mereka mengelengkan kepala
"Dah pergi duduk tempat masing-masing kalau tak nak saya denda kamu"kata cikgu yang sudah bercekak pinggang.
Mereka terus menuju ke tempat duduk. Rayyan sempat menarik tudung Hana dari belakang. Kurang ajar betul mamat ni. Marah Hana sambil memegang tudung nya.
Hana duduk di tempatnya. Belum sempat Rayyan duduk Hana menarik kerusi Rayyan dari belakang.
Kedebuk! Macam nangka busuk jatuh kah kah kah. Rayyan jatuh ke lantai. Semua mentertawakannya.
Hana sudah tidak tahan gelak sampai sakit perut dibuatnya.
'Aduh tak guna betul minah ni guna cara kasar eh kau. Kau tengok lah nanti'
Rayyan menjeling Hana yang gelakkannya.
"Ha! kamu ni Rayyan macam mana boleh jatuh ni. Tak ada angin tak ada ribut tup-tup kamu jatuh" cikgu mengelengkan kepalanya.
"Angin dengan ribut memang tak ada cikgu tapi SYAITON tu mesti ada " Rayyan menjeling Hana di belakangnya.
"Kurang asam jawa betul jembalang ni panggil aku sayiton" kata Hana perlahan tapi masih boleh didengari oleh Tasya
"Elok lah tu sorang tu jembalang sorang lagi syaiton memang kena lah korang" kata Tasya di sebelah . Hana mencebik apabila Tasya berkata begitu. Mereka mula sambung pembelajaran seperti biasa.
****
Hana menghumban badannya ke atas katil yang empuk sambil memeluk patung tata. Selain jimin dia minat taehyung jugak. Hana membuka aplikasi whatssap nya.
Best army friends😎🔫
Arifah
We hana sweet lh aku tgk ko dgn Rayyan tuHana
Hotak kau dia tu dah lah jembalang sewel
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Acak[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...