DMA 39

326 18 0
                                    

Aku membuka mata aku perlahan apabila terasa badan aku digoncangkan.

Benda pertama sekali yang aku nampak ialah muka Rayyan yang berada betul-betul dihadapan muka aku.

Wait? Rayyan?

"Arghhhhhh!!" Jerit aku sekuat hati dan melempang mukanya kuat. Semua tergamam dengan tindakan aku. Rayyan mengaduh kesakitan.

"Kau? Apa kau dah buat dengan aku syaiton." Kata aku marah dan memeluk diri aku kerana ketakutan. Muka aku sudah berasa panas.

"Apa masalah kau perempuan!" Marah balik Rayyan pada aku dan menarik kedua belah pipi aku sekuat hati.

"Kenapa kau tarik pipi aku?"

"Bagi kau sedar sepenuhnya."

"Eee lepaslah. Suka hati je cubit anak orang." Marah aku.

Dia melepaskan cubitan di pipi ku. Aku mengusap kesakitan kedua belah pipi ku.

Baru aku sedar yang aku berada di tempat yang asing bagi ku. Aku menjadi terpinga-pinga di situ. Ha? Apa sudah jadi? Kenapa aku ada di sini?

Aku dapat mendengar orang yang sedang terkekek-kekek seperti mentertawakan aku.

Aku menjadi seorang yang blur di situ. Aku melihat kesemua rakan aku yang berada di situ.

Aku melihat Rayyan yang memandang ke tempat kerana malu.

"Kenapa aku ada kat sini?" Kata aku apabila melihat mereka.

"You don't remember anything." Soal Bella kepada aku.

Baru aku teringat semasa di dalam kereta tadi sekumpulan gadis tadi mempengsankan aku dengan menekup hidung dan mulut ku dengan kain. Dan dari situlah aku mula tidak sedar.

"Sorry. Aku menyusahkan korang. Aku pun tak sangka benda jadi begini." Kata Aku rasa bersalah.

"Tak. Ini salah aku. Aku yang tak bagi tahu korang yang kau dalam bahaya. Aku yang sepatutnya minta maaf." Kata-kata Wafiy membuatkan aku keliru dan tanda tanya.

Tiba-tiba Rayyan memegang bahu aku membuatkan aku terkejut dengan tindakannya.

"Kau boleh tak berhenti buat orang risau. Jangan takutkan aku lagi boleh tak. Kau tahu tak aku risau gila. Tolonglah jangan buat aku macam ni." Kata Rayyan sambil memegang bahu aku. Muka aku sudah menjadi merah dan muka aku mula membahang.

Rayyan risaukan aku?

"Uuuuu.. drama siang." Usik Amar di belakang. Rayyan mula melapaskan genggamannya di bahu aku. Dia memandang ke tempat lain. Aku tersenyum apabila terlihat muka Rayyan yang bertukar merah.

"Terima kasih Rayyan sebab risaukan aku." Kata aku tersenyum manis ke arahnya. Rayyan terkaku.

"Sudahlah tu.." kata Wafiy bengang melihat mereka berdua.

"Erk Wafiy. Thanks" kata aku tersenyum kepadanya.

"Dah jangan senyum kat dia. Tak baik." Marah Rayyan bengang terhadap aku.

"Kenapa pula?"

"Jangan cakap banyak. Kita kena buat rancangan cepat untuk tangkap geng berluncas itu. Ayuni dah bagi tahu aku yang diorang otw datang sini." Kata Wafiy.

Mereka mula mengatur rancangan dengan segera.

*****

Mereka terdengar suara orang bergelak ketawa. Kesemua mereka menyorok di dalam sebalik dinding di dalam bangunan itu. Geng beluncas itu melintasi mereka.

"Haha kesian betul dengan budak tu. Siapa suruh dia rapat dengan Wafiy lagi. kan balasannya." Kata Farha sambil kakinya menuju ke bilik.

"Dia tak sepatutnya mengatal dengan Rayyan aku sekali. Suka hati dia je nak rapat-rapat." Kata Nana aka rakannya Farha.

Ayuni hanya berdiam diri melihat kedua rakannya itu. Mereka tergelak jahat di hadapannya.

Maaf farha, Nana. Desis hati Ayuni.

Bam!

TBC.

_______________________________________

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now