Bam!!
Mereka semua terkejut.
"Far-farha apa kau buat? Macam mana pintu ni boleh tercabut. Kuatnya kau." Kata Nana terkejut apabila pintu tercabut apabila Farha membukanya.
"Haha, aku kan kuat. Lagi pun bangunan ni kan dah lama. Jadi tak hairanlah kalau pintu ni dah reput haha." Katanya dengan poyo sekali.
Mereka semua yang di balik dinding cuba menahan ketawa daripada terletus.
"Kau tak tahu ke. Itu tendangan cinta daripada abang Rayyan kita." Kata Amar perlahan Membuatkan Arifah tidak tahan ingin gelak dan akhirnya terletus juga tawanya dengan kuat.
Hana pantas menekup mulut Arifah dengan tangannya. Hana memberi insyarat supaya diam.
"Siapa tu?" Soal Farha apabila terdengar orang kertawa dengan kuat.
"We aku rasa seram sejuklah. Aku dah cakap jangan bawa budak tu kesini. Tapi kau degil, nak juga." Kata Nana melihat sekeliling sambil mengusap tangannya.
"Jangan merepeklah kau ni. Aku pasti tadi tu suara orang. Jom ikut aku." Kata Farha mula membuka langkah dan menuju ke arah mereka.
"Woi,Kau ni biar betul. Ish tunggulah aku. Ayuni, yang kau berdiri tegak kat situ kenapa. Jom ah." Kata Nana menarik tangan Ayuni.
Farha jalan ke hadapan menghampiri mereka yang berada di sebalik dinding batu itu.
Farha memberhentikan langkahnya. Dia memandang Ayuni.
"Ayuni kau pergi tengok."
"Kenapa saya pula."
"Alah dengar jelah cakap aku. Pergilah."
Ayuni mengeluh. Nak lawan pun tak ada guna. Dia itu perempuan yang sentiasa nak menang. Ayuni terus menjenguk kepala di balik dinding batu itu.
Tersentak Ayuni perlahan apabila melihat lapan orang yang amat dia kenali memandangnya tepat.
Mereka semua tersenyum dan membuat peace ke arahnya.
Ayuni berasa malu tapi dia pandai cover. Dia berdehem perlahan dan memandang kembali kedua rakannya.
"Mana ada apa pun."
"Kau ni betul ke. Sini biar aku pergi tengok. Aku pasti aku dengar ada orang ketawa." Kata Farha menolak Ayuni ketepi.
Farha melihat di balik dinding itu.
Bahh!!
Sergah mereka.
"Bonda!!!" Jerit Farha dan jatuh pengsan. Ayuni tergelak perlahan.
"Ha! Farha kau kenapa." Kata Nana mengoncangkan sedikit badan rakannya itu.
"Ceh. Baru jer buat suprise sikit. Dah pengsan." Kata Syed.
Nana yang terdengar suara seperti orang bercakap terus memandang di sebelah kanan.
Nana terkejut melihat mereka berlapan yang memandangnya. Malah dia juga terkejut melihat Hana sudah terlepas dari ikatan.
"Macam mana korang.."belum sempat Nana menghabiskan ayatnya. Rayyan lebih pantas mencelah.
"Macam mana kitorang ada di sini? Heh,"kata Rayyan.
"kitorang ada orang dalam yang boleh bagi tahu aktiviti kau." Kata pula wafiy sinis melihat Nana.
"Siapa?" Soalnya. Wafiy tidak membalas pertanyaan Nana melainkan memandang tepat ke arah Ayuni yang berdiri tegak di belakang Nana.
Nana memandang Ayuni yang berada di belakangnya.
"Kau? Kau ke yang bagi tahu rancangan kita!?" Soal Nana melihat rakannya itu.
"Ya." Kata Ayuni perlahan.
"Tak guna kau perempuan." Nana menolak Ayuni kebelakang.
"Macam ni ke kau layan kawan kau. Kau tu cuma hamba yang patut mendengar arahan. Kita dah janji takkan bagi tahu sesiapa pun pasal ni. Kau memang tak guna." Kata Nana marah pada Ayuni.
"Saya terpaksa buat macam ni. Memang selama ni saya asyik dengar cakap korang sahaja. Saya sedar saya hanya manusia dan bukan hamba untuk orang macam awak, Nana."
"Kau, diam." Nana ingin melempang muka Ayuni. Ayuni perasan akan dirinya akan di lempang dan terus memejamkan mata.
Hatinya redha dengan apa yang akan terjadi.
Lama Ayuni memejam mata. Tiada apa yang berlaku. Dia kembali membuka mata.
Matanya memandang kearah Wafiy yang sedang menahan tangan milik Nana daripada melempang Ayuni.
"Eh, apa ni. Lepaslah." Kata Nana merayu melepaskan dirinya.
"Kau jangan sesekali berani lempang dia." Wafiy menolak Nana hingga dia terjatuh terduduk.
"Kau tak apa-apa?" Soal Wafiy.
"Aku okey." Jawap Amar di belakang.
"Aku bukan cakap dengan kau lah." Jeling wafiy pada mereka yang gelak akan dia. Wafiy kembali memandang Ayuni.
"Sa-saya okey."jawapnya perlahan. Wafiy mengeluh lega.
"So, apa kita nak buat dengan dua mahluk beluncas ni." Kata wafiy memandang seorang gadis yang sedang menangis dan yang sedang terbaring pengasan.
"Jangan risau. Aku dah bagi tahu family Hana. Maybe kejap lagi polis akan datang. Just, kita kena tunggu sini supaya dua budak ni tidak lari." Kata Rayyan.
Mereka hanya mengangguk kan kepala.
TBC.
________________________________________
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Разное[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...