DMA 31

341 21 7
                                    

Hari ini ialah hari dimana kesemua pelajar tingkatan lima akan mengadakan solat hajat di surau sekolah . Terdapat juga ibu bapa yang hadir.

Hari ini juga kami semua akan bermaaf-maafan bersama guru kami yang dari form 1 hingga ke form 5.

"We cepatlah Hana kita dah lambat ni.  Bacaan yasin dah nak habis dah itu. Lepas ni kita nak solat." Kata Arifah berlari ke arah surau.

"Sabarlah. Tunggu aku."  Kata aku dengan termengah-mengah.

"Ni kalau kau tak bertapa lama-lama dalam tandas mesti kita tak lambat." Marah Arifah pada aku.

"Sorrylah."

Kami mula membuka kasut dan  mencampaknya di tepi rak kasut. Arifah menarik aku masuk kedalam surau. Aku memberhentikan langkah.

"Kenapa? Kita dah lambat ni. Semua orang dah mula masuk saf." Kata Arifah pada aku.

"Aku belum ambil wuduk lagi. Kau masuklah dulu nanti aku cari kau." Kata aku.

"Ha cepatlah. Nanti cari aku dekat dalam." Kata Arifah meninggalkan aku.

Aku mula bergegas ke tempat wuduk wanita untuk mengambil wuduk. Sedang aku mengambil wuduk, aku perasan seperti ada beberapa pelajar masuk ke dalam tempat wuduk wanita ini.

Mungkin dia pun belum ambil wuduk juga. Desis hati aku. Aku menghabiskan wuduk aku dan memakai tudung.

Buk

Dia melanggar aku dengan kuat menyebabkan aku hilang imbangan dan jatuh terduduk. Aku mengaduh kesakitan. Aku memandang gadis yang tersenyum sinis ke arah aku.

"Opps, maaf. Tak sengaja pula." Katanya tergelak bersama rakannya.

"Lain kali jalan tu pakai mata." Kata aku geram. Aku bangun dan mengusap belakang baju aku.

"Siapa suruh kau berdiri macam tiang kat situ." Katanya tergelak lagi.

"Maaflah cik sebab aku nak cepat. Solat dah nak mula, aku pergi dulu ye." Kata aku meminta maaf dan pergi dari situ. Mereka berdua memandang aku dengan geram.

"Hey dia ke perempuan yang Farha cakap tu?" Soal Fasya pada rakannya.

"Betul lah itu. Kau tak nampak name tag dia ke?" Kata Ayuni. Ayuni memandang kelibat Hana yang berlalu pergi.

'Hana. Saya nak awak berhati-hati selepas ini.' Desis hatinya perlahan.

*****

Arifah duduk di sebelah Bella. Bella dan Mira memandang Arifah yang segera memakai telekung.

"Mana Hana?" Soal Bella pada Arifah.

"Dia pergi ambil wuduk. Nanti dia datanglah." Jawap Arifah. Solat duhah dan solat hajat ingin di mulakan. Hana masih lagi belum sampai.

"Lamanya Hana? Ambil wuduk tu bukannya lama kut."kata Mira risau akan rakannya yang tidak hadir lagi di dalam surau.

"Maybe dia duduk belakang. Sebab barisan saf kita ni dah penuh." Kata Bella bagi tidak merisaukan akan rakannya itu.

"Iyelah kut."

*****

Selesai menunaikan solat duha dan solat hajat. Kami semua bangun dan pergi ke dataran untuk mendengar ucapan pengetua.

Semua murid mula berbaris mengikut kelas. Mata Arifah tidak lengkang mencari kelibat Hana. Mira juga tidak terlepas mencari Hana.

"Aduh...mana Hana ni. Dari surau tadi tak nampak." Kata Mira risau akan rakannya. Dari jauh ternampak Rayyan dan rakan-rakannya menuju ke arah mereka bertiga.

"We korang ada nampak Hana? Aku nak pulangkan buku dia yang aku pinjam hari itu." Soal Rayyan sambil mata melilau mencari kelibat Hana.

"We korang. Hana hilang." Kata Bella sedikit kuat kerana kerisauan. 

"Ha!? Hilang!?" Jerit Amar. Mira pantas menutup mulut dan memberi isyarat supaya tidak bercakap terlalu kuat bagi tidak menarik perhatian orang ramai pada mereka.

"Kau ni biar betul. Bukan dia dengan korang ke?" Kata pula Syed.

"Memanglah. Mula-mula Hana dengan aku tapi dia pergi ambil wuduk masa kat surau. Lepastu dia terus hilang." Kata Arifah menerangkan kepada mereka bertiga.

"Takkanlah kena sorok dengan hantu kut Hana ni?" Kata Amar.

"Kau ni mulut memang tak ada insuran. Ada pula cakap begitu." Marah Arifah.

"Sembang pasal apa tu?" Tegur seseorang di belakang mereka.

Itu...suara Hana. Mereka memandang Hana yang berdiri tegak di belakang.

Arghhhhh!!!

Jerit mereka sekuat hati menyebabkan semua murid di dataran itu memandang mereka.

"Rayyan, tolong! Hana dah kena makan dengan hantu." Jerit Amar memeluk Rayyan erat.

"Ya, aku nampak. Tapi asal kau minta tolong dengan aku. Lepaslah we." Marah Rayyan minta di lepaskan.

"Korang ni kenapa? Aku pakai topeng pun terkejut ke?" Kata aku memandang mereka.

"Mana you dapat topeng tu? Seramlah" kata Bella. Mira dan Arifah mengangguk. Aku membuka topeng itu dan melihat topeng yang menyerupai hantu itu.

"Ouh ada orang bagi aku tadi. Aku saja je pakai." Kata aku. Mereka mengeluh lega.

"Huu aku ingat Hana dah kena makan dengan hantu." Kata Amar mengurut dadanya. Aku hanya tergelak melihat mereka yang menyangkakan aku di makan hantu.

TBC.

____________________________________


NEXT:DMA 32

"Sejak bila kau jadi mengada-ngada ni." Kata Syed.

"Sejak dia jatuh hati dengan budak itu." Kata Amar mengusik.

Rayyan menjeling kedua rakannya.

######

Please Follow aliaaaaxjimin, share and voting😎.

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now