"Hana"
Laung seseorang memanggil nama ku di pagi hari. Aku yang membetulkan tudung memandang kebelakang melihat gerangan orang yang memanggil nama ku.
Dia berlari anak ke arah aku. Lelaki yang memakai baju sekolah dan menggunakan beg conves berwarna merah hitam itu sedang berdiri betul-betul di hadapan ku.
"Kau nak apa?"
"Lajunya kau jalan. Kau guna enjen kuda ke apa. Aku panggil kau banyak kali takkan kau tak dengar? Atau kau ni ada kecacatan telinga?" Eh eh macam ku kenal je ayat ni. Aku memandangnya dan menengeluh.
"Kau nak apa Rayyan?" Tanpa memberikan jawapan dia terus menghulurkan aku sehelai handkerchief yang bewarna putih. Handkerchief itu bercorakkan bunga buckwheat flower yang bewarna pink.
"Ini handkerchief kau ke?" Aku mengerut dahi.
"Ini handkerchief Kau kan? kalau nak kelentong pun agak-agaklah." Kata ku. Macam mana aku tahu itu ialah handkerchief nya.
Hari itu aku pernah nampak dia menggunakan handkerchief nya untuk mengelap tangan. So, tak hairanlah macam mana aku boleh tahu itu handkerchief dia.
"Kau ni bijak juga ye."
"Aku memang bijak." Kata ku membangga diri. Haha kembang semangkuk sekejap.
"Tapikan apa maksud bunga buckwheat ni?" Terpancul soalan itu di benak fikiranku.
"Kau kan bijak. Takkan maksud bunga ni pun kau tak tahu."
"Kau kena faham. Orang-orang yang bijak ni sometime dia jadi blank." Rayyan mengulingkan matanya.
"Mengarut lah kau ni."
"Cepatlah apa maksud bunga ni?" Rayyan tersenyum melihat ku.
"Why kau nak tahu sangat?"
"Alaa~ please Rayyan~"
Rengek ku memujuknya. Rayyan mengeluh melihat aku yang mengada-ngada di situ.
"Yelah" Rayyan mengalah. Entah kenapa dia rasa nak mengalah dengan Hana kali ini.
"So, apa maksudnya?"
"LOVE"
Aku terkedu apabila dia memberikan ku jawapan. Cinta? Maksud bunga itu ialah cinta? Tiba-tiba aku rasa berdebar yang teramat di jantung ku. Aku tidak tahu kenapa aku berasa hampa.
Tetapi kenapa aku berharap apa yang dia cakap bukanlah sekadar kata-kata sahaja. Aku berharap sangat ada maksud lain dari apa yang dia kata tadi.
"Hana!" aku berhenti mengelamun tatkala ada seseorang memanggil nama ku dari belakang. Pantas aku dan Rayyan memandang belakang. Terlihat Wafiy berada di belakang kami.
"Eh Wafiy, Kenapa?" Soal ku.
"Nanti rehat kita jumpa dalam kelas sekejap boleh tak."
"Kenapa?"
"Aku ada something nak bagi tahu kau ni. Okey lah aku pergi dulu." Katanya dan terus berlalu pergi.
Aku dan Rayyan memandang antara satu sama lain.
"Dah kenapa dengan mamat tu. Pelik betul lah." Kata Rayyan mengerutkan dahinya. Manakala aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Kami pergi ke dataran bersama- sama.
*****
"Aku suka kau"
luah Wafiy kepada aku. Nasib baik dalam kelas ni hanya ada aku dan Arifah sahaja. Mira pula pergi ke kantin. Katanya lapar tak sarapan pagi jadi tinggallah aku dan Arifah. Memandangkan sekarang ialah waktu rehat.
"Ermm Wafiy, kau okey ke? Atau kau tak sihat?" Aku pelik dengan perangai Wafiy yang tiba-tiba berubah.
"Aku okey dan aku sihat. Please Hana terima aku." Rayu Wafiy.
"Jap aku mimpi ke apa ni?"Hana bingung. Dia tidak tahu apa yang berlaku.
"This real Hana. Please accept me."katanya. Aku hanya senyap tidak berkata dan terpaku di situ. Aku tidak tahu kenapa aku jadi begini.
"We Hana terima lah we. Budak handsome plus famous tu takkan tak nak. Kalau kau tak nak, bagi jelah aku." bisik Arifah di belakang. Yes aku nak terima. Tapi hati aku rasa kosong bila dia confess pada ku.
Seperti ada yang mengatakan dia bukan jodoh aku.
"Ma-maaf Wafiy. Aku tak boleh nak terima." Kata ku mengalihkan pandangan daripada bertentang mata dengannya. Aku dapat melihat raut wajahnya mula bertukar.
"Kau suka dia kan?" Soalnya kepada ku dan meninggalkan ku seribu soalan. Siapa? Dengan siapa?
"Siapa?" Jawapku balik dengan persoalan kepadanya.
"Rayyan" sebut je nama tu terus aku rasa berdebar. Asal dengan aku ini. Aku bukannya ada apa-apa hubungan dengan mamat tu.
"Apalah yang kau mengarut ni Wafiy. Of course lah aku tak suka dia. Dengan perangai yang tak serupa jembalang dia tu selalu buat aku marah."
"So kenapa kau tak boleh terima aku?" Soalnya lagi membuatkan aku berkerut dahi. Dah kenapa dengan mamat ni. Dahagakan girlfriend ke.
"Sebab aku tak rasa kau jodoh aku." Kata ku perlahan tetapi boleh di dengari olehnya.
"kau tak boleh ke terima aku. Cakap je 'aku terima' pun dah cukup." Wafiy mencengkam lengan ku dengan kuat. Terasa sakit ya amat membuatkan aku meronta melepaskan diri.
"Sudahlah tu Wafiy. Dia dah tak nak. Kau jangan nak paksa dia boleh tak." Kata Arifah yang berada di belakang ku.
"Kau jangan nak masuk campur."
Aku masih lagi cuba untuk melepaskan diri tetapi tenaga lelaki itu tidak dapat aku tandingi.
"Tolonglah Hana. Acept me please. Aku janji aku akan jaga kau."
"Aku tak nak!"
"Arghh, susah sangat ke kau nak terima aku ni. Aku ada buat salah dekat kau ke sampai kau tak nak terima aku. Atau kau tak suka aku sebab aku ni abang Bella." katanya menengking ke arah ku.
Arifah cuba melepaskan gengaman lelaki itu daripada mencengkam lengan ku.
"Lepaskan dia bro."
TBC.
________________________________________
Sorry semua sebb author mungkir janji. Author dh janji nk hntr setiap sabtu/ahad, tapi fon author buat hal seminggu lebih ni. Baru hri ni fon author okey sikit. Sorry sangt2 sebab lambat hantar. Author kalau boleh nk hbis kn buku ni tahun ni. Insyaallah tahun ni jugak habis & fon author takkan buat hal. Hope korg bersabar. Btw, jgn lupa follow me aliaaaaxjimin ,vote and share.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...