"Siapa?" Soal mereka serentak.
" oh! Nama akak Humairah. Akak yang selamatkan dia dalam tasik tadi" katanya.
"Dalam tasik?" Amar membuat muka pelik.
"Cuba akak terangkan lebih lanjut sikit sebab kami tak faham."
"Sebelum itu, adik semua ni siapa ya?"soal Humairah.
" kami kawan dia" jawap Amar.
"Oh macam ni..
**flashback**
Humairah perasan akan kejadian pukul memukul itu. Dia dengan bergegas mencapai telefonnya di poket dan merakamkan kejadian itu.
Humairah tersentak apabila orang suruhan gadis itu mencampakkan budak lelaki itu ke dalam tasik.
Apabila gadis dan orang suruhannya meninggalkan tempat itu dia tidak teragak- agak terjun ke dalam tasik di situ untuk menyelamatkan budak itu.
Humairah menarik lengan budak itu dan di membawanya ke tepi tasik dan membaringkan budak itu.
"Dik? Dik dengar tak suara akak?"
Humairah menampar pipinya perlahan. Malangnya dia tetap tidak bangun. Lalu dia memapah budak itu sampai masuk ke dalam kereta dan membawanya ke hospital.
Sesampainya dia di hospital dia membawa budak itu ke bahagian kecemasan dan membiarkan doktor melakukan tugasnya.
Humaira tunggu di bahagian menunggu. Tiba- tiba wad pintu kecemasan terbuka dan seorang doktor lelaki keluar dan menuju ke arahnya.
"Pesakit sekarang sudah dalam keadaan stabil sekarang cuma luka luarannya sahaja yang membengkak. Nasib baik awak hantar awal ke hospital kalau tidak mungkin dia mati lemas. Oh sebelum saya terlupa. Ni telefon pesakit dan saya harap awak boleh call ibu bapa pesakit." Kata doktor itu panjang lebar.
"Alhamdulillah. Baik doktor, terima kasih." Humairah memberikan senyuman dan doktor itu berlalu pergi.
'Nasib baik handfone budak ni kalis air' desis hati Humairah.
Dia call ibu budak itu dan suruh dia datang ke hospital.
**End flashback**
Amar dan Rayyan terkejut mendengar cerita itu.
"Siapa yang buat?" Soal Amar.
" boleh kami tengok tak video yang akak rakam tadi?" Minta Rayyan.
Humairah menyerahkan telefonnya kepada Amar dan Syed.
Mereka melihat bersama. Alangkah terkejutnya apabila melihat Bella yang berada di dalam video itu.
"Apa semua ni?" Rayyan terkejut.
"Apa yang dah berlaku ni Rayyan. Apa kena mengena diaorang ni"
" kalau kita nak tahu jawapan yang sebenar kita kena tunggu Syed sedar" kata Rayyan sambil memandang rakan karibnya itu.
Dia memulangkan balik telefon milik Humairah. Humairah meminta diri untuk pulang tidak lupa juga Amar dan Rayyan berterima kasih kepada Akak Humairah.
Mereka terdiam seketia sampai lah mendengar ketukan pintu. Mereka melihat Ibu kepada Syed iaitu Puan Nafisah masuk ke dalam bilik itu.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Soal Puan Nafisah pada mereka sambil membuat muka sayu.
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Aléatoire[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...