"Jom lah. Semua dah tunggu tu." Ajak Rayyan."Semua?" Aku berasa pelik. Apa yang di maksudkan dengan Rayyan semua?
Rayyan tergelak melihat wajah aku yang agak blur. Dia menunjuk jari telunjuknya ke arah belakang aku. Aku memusing kebelakang melihat di balik tingkap kaca cafe itu.
Kesemua rakan aku berada di situ. Mereka melambai tangan kenarah aku sambil tersenyum.
Kejap? Jadi, mereka nampaklah apa yang terjadi tadi? Whatttttt!?
Aku ternganga membuatkan mereka di dalam cafe itu tergelak melihat wajah aku. Rayyan juga tidak terlepas peluang mentertawakan aku.
Aku berasa amat malu. Aku menyorok di belakang Rayyan bagi menutup muka yang mula bertukar merah tomato.
"Tak payah nak menyorok. Diorang dah nampak semuanya. Jomlah sayang oi." Kata Rayyan menarik tangan aku berlapikkan baju. Aku masih lagi dengan muka blushing.
Aku duduk di sebelah Arifah. Di hadapan aku pula ialah Rayyan.
"Kenapa korang ada di sini? Arifah! Mira! Bukan korang berdua hilang ke tadi?" Soal aku sebanyak yang boleh.
"Sebenarnya kitorang dah plan nak buat semua ni. Hehe."kata Arifah peace kearah aku.
"So, kau tipu akulah yang kau lari daripada kerja semata-mata sebab ini." Kata aku tidak percaya.
"Tak adalah. Dia memang lari daripada kerja pun. Dia fikir bossnya tak tahu kut yang dia lari dari kerja." Kata Syed memerli Arifah sambil matanya tidak lepas daripada bermain game di fon. Arifah menunjukkan giginya yang putih.
"Hehe, macam mana kau tahu eh."
"Aku ni banyak mata-mata. Tak hairanlah aku tahu kau ponteng kerja. Jangan risau, aku akan pastikan esok kau lunyai dengan kertas kerja." Ayat Syed kali ni membuatkan Arifah hilang kata-kata.
Baru aku perasan Syed memakai suit kerja kelabu yang agak lengkap dan ternampak agak segak daripada dulu.
Aku melihat pula Bella dan Wafiy yang sedang berebut air. Haha seperti aku dan Dayyan. Aku melihat juga Mira dan Amar sedang bergambar bersama. Aik diorang ni couple ke, rapat lain macam.
Aku melihat Rayyan di hadapan aku lama. Dia juga memandang aku dengan senyuman di mulut sambil tangannya menongkat dagu.
"Handsome sangat ke aku ni. Aku tahulah kau rindu aku. Tapi tak payah lah nak tenung lama-lama. Nanti susah kalau orang lain nampak. Kau juga kena tangung malu. Tak apa nanti dah kahwin kau tenunglah aku puas-puas ye." Kata Rayyan tergelak.
"Eeee mengarut."
"Okey semua. Memandangkan semua ada di sini. Rayyan akan belanja kita makan. Amacam Rayyan." Kata Amar.
Semua mata memandang kearah Rayyan.
"Asal aku pula?" Soal Rayyan.
"Bukan minggu lepas kau ada kata ke nak belanja kitorang makan ke kalau kitorang tolong kau." Kata Syed yang masih lengkang matanya bermain game.
"Minggu lepas? Bukan korang semua tak dapat contect Rayyan ke? Macam mana korang boleh contect dia pula?" Kata aku yang kepelikan.
"Aduh, kau lah ni." Bisik Arifah memarahi Syed. Syed menepuk dahinya apabila tersedar apa yang diperkatakan sebentar tadi.
"Korang ada sembunyikan sesuatu pada aku ke?" Soal aku lagi kerana ragu pada mereka. Mereka hanya memandang satu sama lain tanpa berkata apa-apa.
"Sebenarnya, kitorang tak lost contect pon dengan dia. Dari mula lagi."Kata-kata Wafiy membuatkan aku terbeliak mata.
"Maksud korang, dari 7 tahun lepas lagi."
Mereka semua menganggukan kepala bersalah. Aku mula berasa ingin pengsan. Jadi selama ini mereka merahsiakan aku selama 7 tahun. Gila bapak lama gila kut.
Aku memandang tajam Rayyan untuk explain kepada aku. Rayyan menelan air liurnya kesat.
"Aku dah kata jangan permainkan perempuan. Kan dah kena." Bisik Syed di telinga Rayyan.
"Bisinglah kau." Marah Rayyan secara berbisik juga.
Rayyan kembali memandang Hana yang berpeluk tubub memandangnya.
"Okey, sebenarnya memang aku yang rancang semua ni. Aku saja je uji kau selama 7 tahun ni. Kut-kut kau ada lelaki lain ke." Kata-kata Rayyan membuatkan aku marah.
"Jadi selama ni kau memang tak percayakan akulah. Aku benci kau Rayyan." Aku lekas bangun dari tempat duduk ku. Aku keluar dari cafe meninggalkan mereka semua.
"Hana,tunggu."
TBC.
________________________________
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...